Sebenarnya tarikh dating sebenar adalah berbulan - bulan sebelum ini, tapi mentang - mentanglah memasing busy mengalahkan Perdana Menteri maka tarikh dating terpaksa ditunda - tunda dan tunda sampaikan kitorang kehilangan seorang ahli yang wajib ada iaitu Aloi. Mungkin pada ketika ini Aloi sibuk menjalankan tugas - tugas gigih sebagai seorang journalist di suatu tempat rahsia yang hanya diketahui sebilangan orang saja. Takpelah, tak payah kisahkan Aloi sebab kalau dia ada pun mesti dia yang akan paling banyak. Kahkah. Biadap betul ayat. Mahapkan aku, loi!
Dating kali ni Naddy yang akan jadi AJK Makanan, means hal ehwal mengisi perut kosong akan diuruskan oleh beliau. Inn in charge AJK Pengangkutan and aku adalah seorang VIP yang hebat yang hanya duduk kat seat belakang sambil goyang kaki. Hehe.
Misi adalah menjejak kerang bakar yang famous sedunia di Sungai Lurus, Senggarang. Yeah! Aku tak pernah pergi pun sebelum ni. Nama je duduk Batu Pahat, tapi sumpah tak pernah pergi. Dengar je orang kata tempat ni famous sampaikan artis pun pergi tempat ceruk - ceruk macam ni. Hey, I tell you what, kalau pandai cari, banyak jugak tempat - tempat menarik kat Batu pahat ni yang korang boleh pergi. (Padahal 27 tahun duduk sini apapun tak tau! Haha!)
Ada 2 gerai tau, korang pilih gerai yang paling hujung sekali. Jangan salah pilih gerai pulak karang kalau kerang bakar yang datang rasa macam selipar jangan salahkan aku pulak. Lepas tu pilihlah seat yang korang berkenan, nak duduk bawah kipas ke, nak duduk tepi laut ke nak duduk atas lantai ke, terpulang. Kalau nak lagi romantik, datang sini time petang and sambil makan kerang bakar boleh tengok sunset! Wehhuhuhu!
Sebelum kerang bakar sampai, kita makan otak - otak dulu okay. Biar nampak berotak sikit lepas ni. Haha ouch!
Sebab Naddy kedekut, jadi dia cuma orderkan kami 3 mangkuk kerang bakar, air and sebakul otak - otak. Sebenarnya kami nak order lagi banyak dari tu. Tau tau!
Nampak tak muka kami terpaksa buat - buat gembira.
Lahap.com
Serious sedap!
Kerang ni kerang bakar and lepas tu gaul dengan sambal kacang tapi pedas macam tulah. Entahlah taktau apa nama sebenar benda ni tapi satu benda yang aku boleh janji, benda ni memang sedap and super hebat. And murah! Kitorang makan kerang bakar 3 mangkuk, air 3 gelas plus otak - otak sebakul cuma RM21.50. Berbaloi jugaklah disamping dapat menikmati pemandangan pantai yang boleh tahan mengasyikkan jugak. Cuma tak sampai 20 minit dari Pekan Senggarang. Kalau kau jalan kaki mungkin mengambil lebih masa sikit.
Lepas makan, macam biasa akan ada sesi luahan hati - hati yang terluka. Post mortem pasal kehidupan masing - masing and planning untuk long term life. Tapi untuk sesi kali ni aku banyak dengar dari meluahkan. Sebab fokus adalah pada manusia berdua ni. Aku banyak dengar and sesekali menyumpah mana - mana yang patut di sumpah. Kesimpulannya, life ain't easy. Cuma it is a bit surprising to see how blind human can be in certain situation. Manusia kadang - kadang buat stupid mistakes yang memang unforgivable. Aku bersyukur menjalani hidup yang aku jalani sekarang. Ada lagi yang lebih kurang bernasib baik dari aku. Hmmm.
Kesayangan aku.
Dulu masa sekolah rendah dia lagi tinggi dari aku. Hah sekarang, tengoklah! Hahahaha!
Rindu rindu rindu.
Untuk Naddy, aku doakan kau akan jumpa dengan jalan yang kau inginkan dalam hidup kau. Masalah memang tak lepas dari kita. Setiap hari mesti ada satu masalah yang melanda. Aku tak janji hidup ni akan jadi seronok, tapi macamana palat pun hidup ni, kita still boleh selitkan sikit senyuman. Kan?
Untuk Inn, aku harap kau akan jadi lebih tabah and jangan sampai tersalah pilih laluan hidup kau. Sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat okay?
Kawan - kawan, aku sayang kau.
Dah. Kbhai!
4 comments:
wah mencabar sungguh baca entry ni bsama kerang2 indah itu..dulu selalu gak pegi. for me, bkn setakat kerang, nasi grg, mee grg, rojak dia sume sedaplah.. ;)
@nur easyOh eh? Ingat nak try kuew teow dia, tapi takut tak bertepatan dengan selera. wahhh rupanya eize dah sampai sini dulu eh! huhuhu! jakunnya!
hehe sedap kan mkn kerang kt situ.. kg husband yan sg lurus tu... and kdai mkn tu kdai pakcik husband..dlu mse berchenta slalu lepak ptg2 kt situ sbb husband part time tlg pkcik dia kt kdai... eheh... nanti dtg lg ye...
@izyan asimatwaaa kalau nak makan kerang free boleh tak boleh tak? hihihihi!
Post a Comment