Hari kedua aku pergi sekolah selepas cuti - cuti Malaysia selama 2 minggu rupa - rupanya ada satu event yang berlangsung kat sekolah. Aku apapun tak tau! Apapun tak boleh! Haha! Ada event 1 Murid 1 Sukan dimana students semua kena lari mengikut jarak yang ditetapkan and event ni berlangsung secara serentak di seluruh negara. Dahsyat jugak kan. Siap masuk Malaysian Book Of Records gitu.
Tapi kan tapi kan tapi kan aku kan tak sihat lagi, mana boleh lari - lari nanti habis bintik - bintik kat badan aku jadi gatal - gatal semula. Taknak taknak! Lagipun dulu masa Larian Perdana Mahkota habis badan aku sakit - sakit sebab lari. Keji je lemak goyang - goyang dalam badan. Taknak! Jadi, menggunakan alasan itu aku pun mengelat dari kena lari. Duduk kantin and breakfast dengan gembiranya. Kata sakit kan, memanglah kena makan! Huhoho!
Ni dua makhluk yang memang taknak lari.
Dahlah taknak lari, berangan posing - posing pulak!
Tahniahlah kepada students yang berjaya menghabiskan larian mengikut jarak yang ditetapkan and tahniah jugak kepada cikgu - cikgu yang berlari sehabis daya. Cuma aku rasa macam tak proper pulak cikgu - cikgu perempuan kena berlari. Sakit mata tengok! Chewaahhh time - time ni lah kau nak cakap tak proper ye! Haha!
Dah. Babai!
p/s : Please ah lenkali toksah ah buat lari - lari macam ni lagi. Letih ah nak layan!
4 comments:
i rs cikgu i pun escape lari jg..haha
kak...tini paling suka sukan berbentuk larian tau. tp skrg xde kesempatan nk join larian mcm tu.
Heart In A Cage
.
@nur easyEhem memang nak kena cikgu nih! hihihi! 1 murid 1 sukan kannn jadi muridlah yg kena lari! haha!
@Nini Hartinialahai Tini comelnya! hahahaha akak memang dari kecik kalau bab lari2 ni hadoihhh malasnya nak layan! huhu!
Post a Comment