Bangun pagi ingatkan nak pergi car wash nak cuci kereta, tapi car wash tutup pulak. Sudahnya aku basuh sendiri je Farrel guna tangan, main gosok - gosok je pun tak bagi sabun pun, hasilnya? Tak payahlah tanya sebab nampak bentuk dia pun cukup untuk membuatkan orang ramai berasa geli - geli nak tumpang naik kereta tu.
Masak meggi sekejap sebab lapar sangat, terus mandi nak pergi sekolah. Time nak make up nilah kejadian yang paling palat untuk hari ini berlaku. Blusher terjatuh terus terpecah. Terkilan toksah cakaplah sebab blusher baru beli, shades cantik pulak tu. Walaupun blusher Elianto je pun (Taklah mahal mana pun) tapi aku suka pakai baked blusher Elianto. Macam comel kilat - kilat je kat muka. Dah bertahun jugaklah aku pakai baked blusher Elianto. Tiba - tiba jatuh berderai atas lantai. Mak aihhh aku rasa macam nak tercabut jantung sekejap. Dahlah baru beli!
Sambil aku menangisi nasib yang menimpa diri sambil mulut aku tak sudah - sudah pujuk suami belikan baked blusher yang baru bila dah gaji nanti. Suami yang tengah main Angry Bird, sebab malas nak layan aku, dia pun iyakan ajelah. Derhaka betul.
"Yang sedih - sedih kenapa? Halahhh halahh halahhh blusher je pun. Nanti pergi kedai beli baru."
"Abang tak faham tau. Sedih tau. Dah pecah!"
"Memang abang tak faham. Blusher pecah pun nak sedih. Ni hah tolong abang jatuhkan benda ni macamana."
Ah tak kuasa pulak aku layan suami main Angry Bird. Macam game budak mental je.
Pecah. Sob sob!
Tinggal ni je.
Masa nak pergi sekolah baru perasan minyak kereta tinggal 2 bar je. Alah nyampah betullah, tak sempat kot nak isi minyak sebelum pergi sekolah sebab malas pulak rasa nak pergi pekan dulu. Mintak - mintaklah dengan dua bar tu survive untuk aku pergi and balik dari sekolah. Haihhh!
Sampai sekolah je nasib baik semua kerja pun aku dah buat tapi dapat kerja baru pulak, kena buat paper work dengan multimedia presentation untuk NILAM. Sabar sabar. Ditambah pulak dengan headache yang tak pasal - pasal arghhh memang spoil lah hari Isnin aku minggu ni!
Double chin!
Alhamdulillah bintik dah kurang! Yayyyyy!
Banyak benda aku nak share sebenarnya. Jap jap eh.
Dah. Kbhai!
6 comments:
hahaa.. lawak lah kak, part nih
"Memang abang tak faham. Blusher pecah pun nak sedih. Ni hah tolong abang jatuhkan benda ni macamana."
memang buat kite gelak! =D
hehe, sabar eh kak, memang laki susah nak faham perasaan kite yg sayangkan sesuatu barang even nampak macam remeh. tapi kalau dh kata syg...........hurmm.kite gak yg faham.
eh! lupe nak cakap, comel betul baju polkadot itu! >.<
teruk sgt pecahnya? mcm jatuh dr tmpt yg sgt tinggi.
Sphynx Cat di Malaysia
.
@KatekateKiteorang laki memang cenggitu eh? sabooo ajelahhhh... sedihlah sebab benda tu baru beli, kita sayang pulak tuh! huuuuuu!
@KatekateKiteHehehehe thanks! :D
@Nini HartiniJatuh dari paras pinggang terus ke lantai! Ufffff!
Post a Comment