Lately, bilik guru macam dah jadi satu hub gosip yang super besar. Dimana gosip - gosip dari kategori yang paling cikai sampailah yang ke paling tak masuk akal boleh tercipta hanya dengan beberapa patah perkataan saja. Boleh diperhatikan, cikgu - cikgu semua dah terkena simptom Domino effect. Satu benda berkait dengan benda yang lain then terkait dengan benda yang lain. Bukan isu tu yang aku nak ulas, walaupun satu dua isu nama aku terkait sama. Damn.
Aku paling menyampah kalau manusia gunakan kuasa untuk menjatuhkan manusia yang lain. Sindrom yang aku rasa sekarang tengah berleluasa kat sekolah aku. Yang berkuasa memijak - mijak yang kecil. Tu pun aku taknak ulas sebab kalau aku ulas nanti orang panggil aku jahat. Nanti Kaunselor PPD panggil aku cikgu rebel. Serious aku malas nak layan. Kadang - kadang aku malu nak mengaku diri sendiri sebagai guru. Manusia yang sepatutnya memimpin manusia lain menjadi manusia yang super berguna untuk agama, bangsa dan negara. Aku muak dengan mentaliti cikgu - cikgu yang kadang - kadang lagi kartun dari mentaliti manusia yang duduk atas pokok. Bencinaklayanbolehsakitotak! Sekarang ni baru aku faham kenapa dulu pernah keluar fakta, golongan cikgu paling ramai sakit jiwa.
Aku tau ada orang benci aku. Tak suka aku. Mungkin sebab aku cantik bijak dan bergaya dan ini sememangnya pakej wanita yang diperlukan pada masa kini. Ataupun kerana aku sangat bubbly dan jovial dan insan lain tak dapat jadi seperti aku maka aku masuk kategori manusia yang patut dibenci? Hidup aku bahagia? Suami aku kacak dan bergaya?Atau muka aku ni memang super annoying, tak perlukan reason untuk membenci aku? Korang lebih tau jawapannya, sebab kalau korang tanya aku, aku memang taktau.
Aku sentiasa berpegang pada prinsip "What goes around comes around". Prinsip yang hanya boleh diguna pakai dan di aplikasi pada manusia yang super tabah dan penyabar gila baby punya. Aku tak macam tu. Aku panas baran. Mana boleh pakai teori sabar membawa berkat. Tapi kalau kata teori buat baik di balas baik tu memang aku pegang ketat - ketatlah. Aku percaya, apapun yang kau buat, walau sekecik baby kuman sekalipun kau akan dapat balasan.
Tak kisah pun kalau orang nak cantas aku ke, nak tindas aku ke, nak kata aku bukan - bukan ke, aku redha. Your time will come, baby. Your time will come.
Kadang - kadang kan, terfikir dalam hati, bestnya kalau dapat lempang muka manusia hati jahat ni sedas dua.Lauk hari ni. Nasi putih + telur goreng bilis + sayur bening pucuk manis + sambal. Sambal tu sumbat mulut puaka pun ada baiknya.
Dah.KBhai!
8 comments:
wow ! kenapa macam makin hangat jep sekolah I sekarang nie. Haih ! nak taw jugakk gossip terkini ! hehe
@Asyraf ArifMehlah dating! :D Baru boleh gosip - gosip! Huhuhuhu!
wah. sedapnya nasi tuh
@Lea IsNaw!Memang sedap! :D
tak per kak kita kan manusia comel sedunia so biar kita jer buat perangai yang comel2 nie heheh orang2 yang tak osem wat benda yang tak osem tuhan akan balas dgn seadil nyer kan hehehe
@cik nurAminnnnn! Thanks cik nur! :D sejuk hati baca komen cik nur!
CPB..gaknya korang ni kurang pergaulan...asyik2 jumpa muka yg sama jek tiap ari ngan bilangan cikgu2 yg x bape rmai ( mcm lect UTHM) tu korang dok nk timbulkan 'hot2 gosip', cari gosip & mggosipkan....kalo dilayan mau ko stress silap2 mereng...ignore jek meka2 yg brfikiran sempit & rs bgus sgt tu....( ker sbb meka dh lama sgt dok sekolah tu? jemu.)dan rsnya meka jd mcm tu sbb zaman meka muda..meka x lalui sume ni....dan satu msm kita yg muda2 ni...akan juga melalui fasa2 kesenioran kan sekolah...amik je sume ni sbg penguat semangat ko tuk jd pendidik berwibawa tuk anak bangsa ( biasalah..org glamerr mmg akan HOTT..& selalu dpt perhatian...nk2 dr meka yg x bole jd mcm kita ( oh!)..hihihi)..
@mimieDiorang ni kdg2 tengok macam mental pun ada... entahlah. agaknya hidup memasing tak bahagia, maka hidup orang lain pula hendak dipalatkan! arghhhh! TIDAKKKKK!
Post a Comment