Sunday, July 17, 2011

Sekolah Terbakar Panggil Bomba, Bomba Datang Berlumba - Lumba Hey!

Hari tu sekolah ada buat latihan kebakaran. Dah namanya latihan kebakaran, takkan kau nak expect kumpulan Bunkface datang buat show pulak, mestilah brader – brader Bomba yang bombastic datang buat cara – cara nak padamkan api macamana. Penting ni sebab sebenarnya aku sendiri pun taktau macamana nak guna alat pemadam api tu. Silap – silap aku humbankan aje tong tu masuk dalam api. Kehkehkeh.

Latihan kebakaran start pukul 3.00 petang. Dahlah ini je masa aku boleh rehat, rileks – rileks ke makan – makan ke apa, boleh pulak buat firedrill. Sakit hati aku. Terpaksalah buat – buat berada dalam situasi sebenar, lari – lari anak pergi padang sambil buat ekspresi muka guru cemerlang yang dating ingin menyelamatkan anak – anak murid. Yang budak – budak ni pun dah tau sekolah terbakar selamatkanlah diri betul – betul! Ini semberono je lari masing – masing! Dah macam anak kambing!

Brader bomba kata kalau ikutkan situasi sebenar memang kitorang dah failed dah. Patutnya ambik masa 3 minit je nak selamatkan diri tapi hari tu ambik masa sampai 4 minit setengah. Yang seminit lebih tu siapa yang baru terkedek – kedek lari ke padang, anggap diri sendiri rentung sudah.

Ucapan sikit – sikit dari pengetua, lepas tu brader bomba bagi ucapan and lepas tu demonstrasi memadamkan api. Ni bukan demonstari jalanan puiii eh. Ni demonstrasi padangan sebab buat kat padang. Hahahaharunsalimbachik! Part ni aku suka sebab dapat main – main dengan alat pemadam api tu. Aku tak try pun macamana nak gunakan benda tu. Aku tengok dari kejauhan je. Haha tak guna betul. Bila brader bomba tu suruh cuba, aku buat muka gedik – gedik takut. Tak pasal – pasal Idaura kena take over. Kahkah.

Brader Bomba dah siap - siap nak hidupkan api.
Errr Cikgu Shariff, ketepi sikit boleh?
Yeah itu diaaaa! Api sudah mari!
Cikgu Wahid cuba memadamkan api. Nak praktis agaknya bakar reban ayam sendiri.
Go Idaura go Idaura!
Phewwww hebat dong! Asikkkkkk!
Overall firedrill ni okay je. Aku suka je pun firedrill ni. Sebab benda ni membantu jugak kot – kot sekolah terbakar betul – betul. Mana kita nak tau kan. Kot – kotlah ada cikgu mengamuk bakar makmal ke hape kan, at least kita dah ada pengalaman berhadapan situasi macam ni. Ceh.

Oh teringat masa kat universiti dulu, ada firedrill. Aku boleh lari turun bawah bawak laptop dengan handphone sambil pakai baju seksi. Hahahaha. Nampak sangat materialistik. Sempat ambik purse pulak tu. Kehkeh.

Dah.Babai!

No comments: