Aku masih ingat kali pertama aku pegang badan dia yang berselaput lendir dan masih ada bekas – bekas darah. Badannya hangat, fresh from the oven. Aku rasa macam mimpi. Dan Subhanallah, sakit perit yang aku rasa sebelum ni, yang konon – konon macam nak mati tu terus hilang lenyap. Aku macam dah hilang ingatan. Tak ingat apa – apa. Tak ingat langsung macamana sakitnya. Tak terasa langsung nurse yang sibuk menjahit – jahit apa yang patut dijahit. Mata aku terus terpaku menatap badan yang menggeletik – geletik atas dada aku. Masa itu aku sedar dan baru tahu, betapa aku telah jatuh cinta untuk kali yang kedua.
Tangannya yang kecik gebu tu aku kuit – kuit. Aku tenyeh – tenyeh hidung dia yang berbintik – bintik putih. Satu – satunya tanda yang ada yang aku ingat sampai bila – bila. Maklong kata bintik tu ada sebab dulu masa pregnant aku suka minum air batu. Mata dia belum terbuka. Cuma segaris je, buat pipi dia makin tembam berbakul – bakul. Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi serta segala isinya, tercurah sudah sayang yang selama ini aku persembahkan untuk suami, kepada makhluk Allah yang kecil ini. Masa itu juga aku tau yang hati manusia sebenarnya mampu menyimpan kapasiti cinta yang sangat banyak.
Kali pertama mulut kecil itu menghisap susu badan aku, aku rasa separuh tanggungjawab aku sebagai emak telah terlaksana. Bunyi macam cliche, tapi aku rasa syahdu sangat - sangat. Ketika itu, dua jiwa menjadi satu.
Dari saat si kecil itu keluar melihat dunia, hidup aku berubah. Hidup kami suami isteri berubah. Gurau senda, rajuk tawa semuanya dikongsikan dengan permata hati yang belum kenal apa – apa. Masa untuk berehat berubah sepenuhnya. Kepentingan diri bukan lagi suatu benda yang mutlak. Si kecil itu kini menjadi top priority. Kalau dulu, duit yang ada dibelanjakan sesuka hati, sekarang apapun kena fikirkan untuk si kecil. Kami suami isteri belajar erti hidup sebenar. Belajar membesarkan seorang lagi khalifah di muka bumi Allah. Pernah aku menangis sebab duit gaji tak cukup untuk tampung kehadiran si kecil kami. Tapi Allah sudah memberi janji, anak yang lahir kedunia lahir bersama rezekinya sendiri. Alhamdulillah, biarpun sikit, lama – lama kami mampu memberikan permata hati apa yang terbaik untuk dia.
Permata hati pertama aku dan suami, aku namakan sebagai Adam Irfan Xaharis.
Hari ni genap setahun usia Adam. Adam membesar dengan sihat dan sempurna. Bijak Alhamdulillah. Sedikit nakal, lasak and suka nak cuba benda yang bukan – bukan. Nakal tapi suka gila dengan soft toys especially soft toys yang lembik – lembik. Takpe masih macho lagi. Vocab tak banyak sangat tapi bolehlah sikit – sikit. Dah boleh sebut Mama, Papa,Nenek, Mamam, Dah, Kitty (soft toys dia), gigit and buah. Cukuplah tu kan. Haha. Macam takde kaitan je benda – benda yang dia pandai sebut. Aku pun hairan macamana dia pandai sebut gigit dengan buah. Jelas betul dia sebut gigit. Haha.
Bila Adam sakit, aku dan suami jadi tak senang duduk. Tak boleh tidur malam. Risau sepanjang masa. Bila Adam nangis malam – malam taknak berhenti, dunia aku rasa tonggang terbalik sekejap. Bila Adam demam and batuk teruk aku rasa macam nak pikul semua kesakitan yang Adam rasa. Aku taknak Adam sakit, nak Adam sihat sentiasa.
Sekejap je masa berlalu. Macam baru semalam je aku gigih berpantang. Rupanya dah setahun. Setahun ni apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dah bertahun – tahun jadi emak. Pengalaman pun belum banyak sangat. Masih terkial – kial lagi nak uruskan anak. Nasib baik ada emak yang selalu bantu aku. Kalau emak takde, aku taktaulah. Dah besar – besar bagak macam ni pun masih nak harapkan emak. Haih!
Mana ada parents yang nak tengok anak dia membesar berperangai palat. Semua pun nak anak diorang besar jadi anak yang hemsem kacak bergaya, pandai, kerja bagus – bagus, dapat menantu yang bagus – bagus jugak. Samalah macam aku. Senang kata, aku nak Adam jadi yang terbagus sedunia. Sebagai emak dia, aku akan sentiasa sokong dia. Aku memang garang dengan Adam compared dengan papa dia yang dua juta kali ganda lebih penyayang dari aku. Sebab aku taknak jadi macam budak – budak zaman sekarang yang kalau nak cerita memang sedih sangat – sangat. Hopelessnya aku rasa. Aku, sebagai emak, nak Adam Berjaya dalam hidup dunia akhirat.
Aku mungkin tak dapat beri kemewahan untuk Adam. Tapi aku akan cuba beri kehidupan yang selesa, yang baik untuk Adam. Dunia dan akhirat.
Takde perkataan yang tepat untuk gambarkan betapa sayangnya aku pada Adam. Aku selalu doakan yang terbaik untuk dia. Selalu. Aku nak Adam bangga ada emak macam aku. Hehehh.
Muka fresh baru bangun tidur di pagi Sabtu 16 Julai 2011 8.44 am
Adam sayang,
Selamat Hari Lahir yang pertama.
Mama doakan Adam sihat sentiasa dan dalam lindungan serta kasih sayang yang Maha Esa. Mama dan papa sayangkan Adam sangat – sangat. Jadi anak yang soleh ye sayang. Yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. I love you sayang.
Touching nya aku ah!
Dah.KBhai!
16 comments:
happy birthday Adam Bambam!!!
Hepi 1st bufday Adam!..semoga doa mama and papa Adam dimakbulkan..aminn..
Semoga panjang umur, mewah rezeki, sentiasa dirahmati Allah..jd anak soleh, bijak dan hensem yea.. =)
@mieyzaThanks auntie mieyza! :D
@fizzamin amin! thanks uncle fizz! :D
HAHAHA comelllnyeeee adam wat muke camtuh kannnn. Bebaru ni dia dh pandai wat muke gitu ehh? Kelako betul.
Heppy 1st birthday adam. Even kita tak pernah jumpa, akak (ecececececey) doakan adam smoga mbesar dgn sihat tubuh bdn spy, punyai akal yg cerdik, kebesaran iman di dalam dada untuk dunia akhirat.
Kalo nak anak soleh, ibu pun kene solehah jgk la kan, hehe kak sama sama kita baiki ke arah kebaikan ye. Solat yg utama, dan aurat kena titik beratkan spy suami tk tanggung dosa kita dan adam pn bangga. Ingatan utk diri sy sendiri. :) Syurga di bawah tapak kaki ibu ye adam. (Kot kot la dia baca bila dia besar nanti) hehehe.
Wassalam.
selamat hari jadi adam syg. semoga jadi anak yg baik k :)
selamat hari lahir adam comel. canggihnya nama anak akak ni nak mengeja nye pun pelat2 rasa (:
hey, selamat setahun dak comel!
bukan mama yg comel yea..hhehe
@fa-rho-ha-alif-nunpanjang lebar komen! takpe akak suka! :D
thanks ye. bagi ingatan untuk akak. meh peluk kau sikit meh!
:D
@Etongthanks etong! :D
@bella bellitoshehehhh takyah eja. panggil je adam. sonang! kihkih! thanks ye! :]
@♥ PeLanGie ♥thanks! :D weh bila mau dating daaaaaa!
hepi bufday Adam !!
May Allh bless U always .
:)
@missteeha the babling girlthanks auntie teeha! :D
happy birthday adam!
@Miss Tasantekthanks!
Post a Comment