16 Ogos 2011, genap Adam Irfan Xaharis Bin Hafizal berusia 13 bulan. 1 tahun 1 bulan. Bijak, nakal, semua pun datang siap in one package. Dah takleh nak remove - remove dah. Terima seadanya. Alhamdulillah dah pandai jalan dengan riang rianya, dah pandai panjat - panjat, dah pandai sorok - sorok bawah dapur, dah pandai majuk, pandai menggedik, semua dah dia pandai dah. Sekarang pun dah jarang sakit, alhamdulillah.
Adam punya obsesi adalah dengan bola. Kalau nampak bola mesti rasa teruja jerit - jerit. Kat mana - manapun kalau nampak bola nanti jadi tak ketahuan hala. Nak tak nak terpaksa belikan. Kalau hari tu kejam sikit maka buat - buat tak nampak bola tersebut dan terus berlalu pergi. Cakap belum pandai lagi. Sikit - sikit bolehlah. Adam suka menjerit. Pekak telinga orang kampung kalau dengar dia menjerit.
Dan dan dan yang selalu buat kami suami isteri pening kepala adalah perangai dia yang memang entah hape hape. Lucu. Kadang - kadang boleh buat darah naik jugak. Haih! Macam last week aku belikan dia bakul bola dengan bola berbiji - biji sebab aku dah sedia maklum dia memang sukakan bola apatah lagi kalau bola tu berwarna - warni. Memang dia teruja bagai nak rak!
Comel! Aku pun siap teruja main sama dengan Adam!
Tapi, instead of main bola tu betul - betul, dia boleh pulak sepah - sepahkan bola tu and masukkan kepala dia dalam bakul net tu sambil jalan sana sini sengih - sengih. Bila aku marah nanti dia menjerit sekuat hati! So, aku biarkan ajelah dia main dalam bakul tu dengan gembiranya.
Wah! lagi gembira dia main dalam tu!
Buat muka sengih dia!
Nampak sesungguhnya sinar ke'notty'an dia!
Olohlohlohloh!
Papa senang je, kalau perangai macam ni, semua pun dia kata perangai aku. Kalau perangai yang baik - baik tu, hah dia laaaa punya perangai. Haish!
Dah.KBhai!
20 comments:
Go adam, go adam.. sepahkan rumah!!! patutlah CPB kurus sekarang, adam dah makin lask ye?? kehkehkeh biasalah kak anak lelaki kan lasak! Kang bagi main periuk belanga, jadi lain kang! heheeh...
lagi satu, tadi kata adam dah pandai semua-semua lah kan..dia dh pandai mintak adik tak? heheheh~
suka muka sengih adam tu! comel
ahrgggh!!.comel.(ikhlas dari: pencinta bayi)hehehe..kak, ni bukan main bola, ni masukkan badan dalam bakul bola ni.kalo ada sukaneka acara ni, mesti adam menang. sebab da praktis dari rumah.haha.
comel gilaa bila dia senyum admire jaa nur tgk kalo dapat jumpa nur picit2 pipi dia boleh hahaha
inovasi sungguh..;)
hahahaha pelik pelik macam Sinchan!
kau ada suka anak murid kau tak masa kau preggy?? benci ke?? kikikiki...
@Innanie | AriffinMintak adik dia tak pndi lagi tapi papa dia dah pndi! oooppss! Hahahaha!
@bella bellitosNgehehehehe sengih dia tu yg mahal! :D
@sukasukiKehkeh tahpapa tah dia main macam tu. Hadeihhhh!
@cik nurJom jom dating jom! :D
@nur easyKehkeh!
@Cik OdieOhhh gatal pun mcm shin chan jugak! pantang nampak pompuan cantik! Huhu!
@Miss TasantekSuka takde, benci banyaaaaaakkkkkkkkkk! Hahahaha!
kalau bapak dia toksah cakap lah kak.. kannn?? kehkehkeh...nak geget pp adam sket~~
wahhhhh...sangat comellll:)hehe
@Innanie | AriffinNak geget? sila sila! tapi berbayar la! hahahaha!
@yayathHehe tengkiuuuuuuuuu!
alo..comelnye..geram tgk die punye sengih!!
@.:Kiah-ohh-Kiah:.Hehe macam gedik gitu! Hahaha!!
Post a Comment