Anak - anak aku 1C tu kadang - kadang memang buat darah aku naik jugak. Dengan bisingnya, dengan pot petnya, dengan degilnya. Kadang - kadang aku terasa jugak macam nak rendam diorang dalam kolam ikan keli kat belakang sekolah tu. Nasib baik saki - baki kesabaran aku ada lagi.
Kadang - kadang aku bagi kerja bukan diorang nak siapkan pun. Bila aku tanya mana kerja yang diorang kena siapkan, nanti sorang - sorang buat muka itik minta dikasihani. Kadang - kadang kalau aku dah geram sangat aku libas jugak rotan sedas dua. Buat pengajaran. Sebelum rotan aku baca bismillah dulu, doa supaya rotan tu tak tinggalkan bekas. Kehkeh. Karang kalau mak bapak diorang datang, takkan aku pulak nak buat muka itik minta dikasihani.
Tapi hari tu tetiba je masing - masing buat perangai baik - baik aja. Aku suruh diorang discuss untuk presentation Poem : The River wahhh masing - masing tunjuk perangai angel. Dengan bincang penuh perasaannya, dengan tanya aku makna, tanya nak sebut macamana, dengan penuh semangatnya. Nasib baik aku tak terus keluar beli nombor ekor. Kalau tak kompom kena juta - juta.
Dalam hati bangga jugak ni. Bukan selalu anak - anak ni buat perangai malaikat. Maka harus dihargai dan digunakan semaksimumnya. Alhamdulillah, presentation berjalan lancar.
First group. Malu - malu. Lempang baru tau. Haha!
Group malu - malu jugak. Tapi present best!
Anak - anak gadis aku. Masing - masing perangai buat aku pening kepala.
Anak - anak bujang aku yang emphhhhhh...
Bila aku puji, masing - masing muka tersipu - sipu. Menyampah! Huhu. Macam nilah bagus anak - anak. Teacher pun senang hati semua orang dapat belajar dengan aman. Kan? Takdelah teaher mati muda skit jantung!
Dah.Kbhai!
Dah.Kbhai!
14 comments:
bestnya dgn budak2!
@EtongHahahaha langit tak selalu cerah. Bukan selalu bestnya pun! Haha!
ada hari jugak bdk2 ni nak wat baik. klu x....perangai sorg mcm.....(sila sambung sendiri. hehehe)
tp klu time diorg baik, kita blh ajar dengan aman, maka hari tu akan bertukar jadi indah giler la. kan...
@Cik Puan Bunga hehehe betul la..sabar tu yg penting..tp betul2 tabik dgn cikgu2, tahan hati dorang dgn kerenah budak2 hehe
@fiza_noorTepat sekali! Biasanya dalam sebulan 2,3 kali je buat perangai baik! Hahahah kecewa betul bila tak dapat nak kosentrate! :D
@EtongKdg2 tak sabar jugak. Tu yang rotan naik! Kihkih! :D
amboi garang nyer teacher kita nie heheh tapi tuh la unutk kebaikan kan :)
kak bunga, class management susah tak? sy nanti lepas grad kena ajar sekolah rendah. wuwuwuwu takott.
ms sekolah dulu tini x suke dgn teacher tini. hehe... siap bg dia gelaran cikgu Mc'D sbb rambut dia mcm patung mc'd tu.huhu.. dia slow motion sgt. ajar mcm ckp sorang2 je. satu habuk pun x paham. hasilnya, dapatlah anak2 murid yg lemah berbahasa inggeris (salahkan cikgu pulak) kehkeh
@cik nurBetul. Takpernah hukum diorang sebab benci ke hape, huhu.
@bella bellitosDepends bella. kdg2 senang, kdg2 susah. yang penting first impression tu penting. Bagi budak jangan mudah pijak kepala kita. huhu!
@Nini HartiniHaha bertuah punya anak murid! kehkeh!
@Cik Puan Bunga thanks kak♥♥♥
@bella bellitosWelcome Bella! :D
Post a Comment