Monday, August 8, 2011

Kecittt Hati Dengan Suami

Benda ni dah lama sebenarnya, lebih kurang 2 minggu lepas. Tapi aku baru teringat nak update. Kira acilah kan eh eh eh!

Semuanya bermula dari mulut suami yang tak ada insurans. Gara - gara aku lambat solat Isya' malam tu (Masa ni aku berlingkar kat katil dengan penuh gembira sekali) suami panggil aku 'Isteri Yang Malas Solat'. Ya Allah terlukanya hati aku masa tu. Suami cakap dengan nada marah and serious. Aku memang sentap habis. Aku taulah salah aku sebab dah pukul 10 malam pun aku belum solat lagi. Tapi aku sesungguhnya rasa yang suami tak patut panggil aku macam tu. Hatiku sungguh terluka, tersiat dan pecah berkeping - keping takkan bisa diobati lagi.

Lepas suami cakap macam tu, tiba - tiba dia terdiam dan masih berdiri kat hujung katil. Satu malam tu kami tak bercakap. Aku tidur menghadap arah lain. Malam tu dalam keadaan mamai - mamai aku dapat rasa suami peluk aku tapi aku tak bagi respons apapun. Konon - konon marahlah. Eh bukan konon - konon, ini memang betul - betul marah. Huh!

Esok paginya suami pergi kerja, dia cium aku macam selalu tapi aku buat muka sardin. Tak sengih - sengih macam selalu. Aku buat bodoh je. Pandang pun tidak. Hati aku masih sakittttttt bangat dek kerana insiden malam tadi. Yang buat aku lagi marah, dia tak minta maaf sikit pun kat aku. Cis cis! Menyumpah sikitlah aku dalam hati.

Sepanjang hari tu aku berfikir, apa yang berlaku. Patut ke tak patut. Entahlah. Hati aku masih marah time tu, jadi apa yang aku fikir pun negatif memanjang. Aku sikit pun tak fikir yang positif. Sebalnya hati aku ni Allah saja yang tahu. Memang amarah melampau. Sehinggalah hari menjelang malam, time yang hampir - hampir sama ketika kejadian semalamnya berlaku, suami datang pada aku.

Dia cium aku berkali - kali, berulang kali bagitau aku yang dia sayangkan aku, dan ini yang dia bagitau aku;

"Sepanjang hari abang tak boleh nak buat kerja. Abang teringat Lina sepanjang masa. Hati tak tenang, buat kerja semua tak kena. Abang mintak maaf salah abang. Abang tau abang salah. Abang ni salah. Mulut abang ni jahat. Abang mintak maaf ye sayang. Abang semalam penat sangat, entah apa yang abang fikir. Abang mintak maaf."

Tak jadi aku nak merajuk lebih lama. Aku faham, apa - apa hal dosa aku dia yang menumpang sharenya. Redhalah aku ketika itu ditegur suami kerana lewat solat Isya'. Dan dan dan nak tahu hasilnya? Aku sekarang lebih alert dengan waktu solat especially bila ada dengan suami. Azan je insyaAllah aku terus cepat - cepat solat. Aku taknak suami panggil aku "Isteri Malas Solat" Terhina sungguh aku dengan panggilan tu.

Redha suami tu redha Illahi jugak.

Intan payung aku.
Motif? Jangan malas / lewatkan waktu solat!

Dah.KBhai!

20 comments:

Lea Isnawi said...

ehem..sweet je =)

Haneesa Fuad said...

tersentap juge mule2 bace..tp ade hkmahnye...kasih syang suami isteri lebih erat...wah gitu!!!!

Cik Puan Bunga said...

@Lea IsNaw!Eh eh! Malu! Hehe!

Cik Puan Bunga said...

@Haneesa FuadOhhh jangan sentap2 noks! Hihihi!

nadhirah. said...

sweetnyaa ! :D

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah. EH hehehehe! :D

nadhirah. said...

betul, sweet sangat. macam cerita dalam novel ^^ tak sgka ada real punya :)

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah.Hehe terima kasih.

Tapi bukan macam dalam novel. Scene gaduh2 dan tarik2 rambut ada jugak! hehehehehe!

sailaaf said...

saya suka part yang berlingkar atas katil dengan penuh gembira, yakni ada keyakinan di situ. haha..

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiKehkehkeh pastu kena maki! Hahaha!

cik nur said...

bila tgk apa yang huband kak bunga cakap tuh alahai best nyer rasa mcm nak kawin ad suami skng jer hehehe :)

cik nur said...

hehehe bila baca entri nie ttba rasa nak kawin cpat jer heheh boleh :)

Nini Hartini said...

hehe..kak, mcm kes tini 1st time gaduh ngn ilhan smpi spjg mlm x bertegur sapa. haaha.. gara2 kecik hati gak lah.klu akk persan tini pernah story dlm entry CONTEST : we are not perfect couple.

pun sama mcm akk, kena tegur yg buat kecittt ati. tp kena tegur 'malas nak lipat baju lah tu' atas alasan tini minta almari baju yg baru. sekali tu je tini mintak pastu x sebut2 lg. hehe..

mlm tu pun dia peluk tini tp tini keraskan badan sampai dia merajuk gi tidobilik sblh. haa time tu baru rasa bersalah. laki dah pujuk lg mau jual mahal. hehe...

pagi ms nk gi keje diaminta maaf tp tini x layan (ego kan) haha. time kt tmpt keje tini rs bersalah sgt. blk tu tini belikan ilhan ais krim sbb nk pujuk dia, tetiba dia pulak belikan tini kek sbb nk pujuk tini. alahaiii terharu sgt. hehe...

Beza ilhan dgn suami akak, ilhan x pernah nk buat luahan mcm suami akak buat tu. jgn harap nk dgr ilhan meluahkan rasa sedihnya pd tini. huhu..sedih tau.

Cik Puan Bunga said...

@cik nurCik Nur, kalau part yg best + romantik mmg best, kalau part gaduh2 mmg tak best sikit! huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurCepat nikah! :D

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniKehkeh! Kita ni kalau dah merajuk memang dahsyat! Ngehngeh!

Ala Tini, tu luahan rasa yang sepuluh tahun sekali tah apa, dia pun jenis memendam. Tanya pat ratus kali baru nak jawab, tu pun ciput2 jekkk...

Takpe nanti2 ilhan belajarlah meluah rasa tu, Tini selalu2 la tanya2 soal hati kat dia, lama2 nanti dia dengan senang hati meluah. Kalau tak, kita yg makan hati. uhuhuhu!

(wahh Tini pun pandai majuk2 eh? Kihkih!)

yayath said...

wah...bestnye:)hihi~~terase nak kawen cecepat je:)

Cik Puan Bunga said...

@yayathJOM! KAWEN DENGAN SEGERA! :D eh eh NIKAH DENGAN SEGERA! Hihi!

Anonymous said...

uuu nak nanes baca! tulah bini. terase pandai. padahal salah kita jugak ek? hehehe. hai..indahnya hidup mcm ni :')

Cik Puan Bunga said...

@Vanilla ProfiteroleHaaaa tulah tulah! Sebenarnya salah sendiri jugak. Ngehngeh!