Phewiitttt dapat kad raya! Hahaha kad raya pertama untuk tahun ni. Student bagi. Anak - anak murid yang lain derhaka sebab tak ingat langsung nak bagi aku kad raya. Korang memang tau. Sob sob! Tak sangka aku masih super teruja bila dapat kad raya. Terbukti bahawa skill aku nak jadi kanak - kanak ribena masih ada lagi. Ada ke students aku yang lain boleh cakap apa, "Teacher nanti wish raya kat FB jelah ehhh.." Wahwah korang. Ni lah satu benda yang aku malas kalau bercakap pasal teknologi ni. Kadang - kadang benda old school macam pos kad raya ke, pos kad birthday ke, hantar kad kahwin ke janganlah sampai guna FB je. Benda - benda macam ni nampak je remeh, tapi sebenarnya lebih terkesan dalam hati.
Hari tu aku mintak kat suami kad raya, suami senyum je. Dulu masa zaman bercinta, tiap - tiap tahun aku tunggu kad raya dari suami (Boyfriendlah pada ketika itu) excited habis. Standard size A4 kad raya yang aku dapat dari suami. Siap bunyi - bunyi lagi. Haha. Kelakar bila difikir - fikir tapi memori semua tu. Nanti baca ayat - ayat suami yang sungguh jiwa - jiwa tu buat aku senyum sengih sorang - sorang. Sekarang dah tak dapat lagi ye,bang?
Comel kad raya aku dapat. Korang ada? Huhu!
Raya dah nak dekat tapi preparaion raya tak buat lagi ni. Kuih pun aku tak beli lagi. Adoiiii! Ingat nak borong kerepek ajelah. Senang and sedap. Kan? Aku nak mintak suami belikan lampu raya yang bentuk ketupat tu. Dari kecik aku teringin nak ada lampu liplap liplap tu. Macam cool kentang je. Nanti tunggu suami free, tak kerja, nak pow dia lampu raya bentuk ketupat. Yiahooo! Kan dah kata aku orang tua yang berjiwa kanak - kanak ribena. Hoho!
p/s : Jangan membazir. Duit simpan. Hujung tahun kena beli roadtax. Haih!
12 comments:
wah..cikgu baek ni
sebab tu anak murid syg
tak ada tak ada..hehe.. selamat hari raya cikgu ;)
kak, sofa tu kau keluarkan kau nak campak mane??? hahaha..aku nak belikan bapak aku set baru tapi tade idea ah. kau ada?? share ah sikit.
waa..dh dpt kad raya. kite xde pon. en suami pon x bg dh.. mmg x ble membazir sbb bln 10 bak kata awak kena bli oradtax.. huhuhu
@Lea IsNaw!Anak murid menyampah ada kot?Kehkeh. Kuat potpet, kuat merotan. Haih!
@nur easySelamat hari raya eize! :D
@Miss TasantekAku nak bakar. Kehkeh. Dia perangkap habuk lah, tak bagus untuk kesihatan. Beli kat kedai perabot pasar, depan kedai bapak abag izal. murahhhhhh pun cantik2! :D aku beli kat situ. sofa bed + large ottoman baru rm600! :D
@watyzHaaaa suami saya pun tak bagi!Kehkeh! Awak bulan 10, saya bulan 12! Ngehngeh!
aku dah lama gila takde dapat kad raya..sedih oo..mintak kad raya dari laki aku? hoh..tobat dia gelakkan aku guling2..ampeh!!
last nur dapa kad raya waktu form 5 ler hehehe
rindu nak dapat kad raya heheeh
@RaiKau buat memanja sket ah Rai, mana tahu tahun ni dapat kad raya! Muahahaha!
@cik nurKan? Cik Nur bagilah kad raya kat kita! Hehehehe!
Post a Comment