Friday, August 26, 2011

Perjuangan Pada Hari Terakhir Bersekolah

Bukan perjuangan apa pun tapi lebih kepada perjuangan membuang jauh - jauh rasa malas dalam hati. Dari pagi asyik merengek - rengek dekat suami kata taknak pergi sekolahhhh taknak pergi sekolah. Buat macam - macam alasan kata demam laa, sakit perut laa, alasan kasut sekolah basah je aku belum bagi. Sumpah aku rasa malas gila nak datang sekolah. Ni kalau anak - anak murid aku baca ni confirm semua keji aku dalam hati. Haishhh!

Datang sekolah dengan penuh pengharapan mudah - mudahan anak murid aku yang nakal - nakal takkan datang sekolah hari ini. Jadi cikgu tak perlu stress - stress berganda nak melawan perasaan malas dan juga sebel nak melayan anak murid yang kadang - kadang peel masing - masing macam nak mintak penampar sorang - sorang. Tapi macam tak berapa nak makbul doa dan harapan tu sebab on the way ke sekolah ramai pulak aku tengok muka - muka palat tengah tunggu bas. Haishhh! Rajin pulak kau datang hari ni!

Sampai sekolah raya sayu pulak sebab kosong je bilik guru area tempat aku duduk. Kalau tahun lepas kepoh - kepoh bermaafan sesama kami tapi tahun ni sedih sebab aku dah ke petang kan. Jadi tak dapatlah nak  bermaaf - maafan, yang lagi sayu tak dapat nak beraya pusing rumah kawan - kawan dengan diorang tiap - tiap kali balik sekolah, macam tahun - tahun lepas. Sobb sobbb sobbb.

Untuk mengubat hati yang berduka nestapa, aku kemas tempat duduk aku. Maklumlah semangat raya membuak - buak, jadi sebelum cuti seminggu aku kemaslah tempat duduk aku. Susun - susun buku, sapu - sapu habuk, hias - hias sikit. Barulah nampak macam bagus - bagus gitu. Lagipun kelas aku start pukul 3.35 petang. Banyak masa lagi.

Serious kalau tahun depan masa hari guru ada anugerah meja guru paling ngetop senang - senang je aku menggondol kejuaraan.
Sebab dah terlampau rajin tambahan lagi aku kesiankan meja sebelah yang serabut macam tempat jin bertendang, maka aku kemaskan sekali meja jiran tetangga. Sakit hati jugak kemas meja jiran ni tahapehapelah kertas zaman bila dia simpan taknak buang dengan habuk dengan lipas mati celah buku. Ita kau kena menghargai jiran yang baik macam aku ni weh. Hargai aku seadanya. Hahah!

Ita, bangga tak meja kau dah kemas sedunia?
Dan yang paling buat aku sedih bila ada kuih dua bekas atas meja aku. Ni mesti kakak - kakak aku yang prihatin tinggalkan kuih atas meja. Kasih sayang berpanjangan betul. Tapi yang lagi buat aku bertambah sedih rupanya kuih tu bukan free tapi kena bayar satu bekas RM25! Sob sob sob!

Kuih ni sedap! Nama dia Kuih Datin sebab bentuk dia poyo and macam good - good aje. Nak rasa mehlah datang rumah aku! Hehe!
Maka dengan ini dapatlah aku bercuti dengan tenang dan tenteram. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kebahagiaan dalam diri aku dan keluarga tercinta. Tak sabar nak bawa Adam pergi beraya rumah sedara - mara dengan kawan - kawan. Mesti comel bila dia buat perangai notty. (Comellah sangat, padahal rasa nak cubit!) Yayyy Adam dah boleh collect duit raya!

Untuk semua readers / stalkers / haters  .geek in the pink. sahabat - sahabat, bloggers, saudara mara, anak - anak murid, skandal - skandal, jiran - jiran kampung, artis - artis Malaysia, Pak Lah, Datin Rosmah eh semua semualah ye aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432Hijrah. Aku mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala keterlanjuran selama ini. Maaf zahir dan batin. Raya jemput datang rumah ye!

Dah.KBhai!

9 comments:

nur easy said...

selamat hari raya jg dr kami sekeluarga..maaf salah silap terkasar bahasa selama kenal ni ya..;) raya happy2 tau

zella y said...

selamat hari raya pn.bunga...
semoga gembira menyambut lebaran bersama fmly tercinta! ;)

zella y said...

selamat hari raya pn.bunga...
semoga bergermbira menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.... ;)

Mrs. Adnan said...

taknak bagi alamat ke..?hehe!
Selamat Hari raya jugak buat CPB!

nazahiahhalim said...

salam aidil fitri utk akak dn family

Cik Puan Bunga said...

@nur easySama jugak ye eize! Terima kasih kerana menjadi teman yg menggembirakan saya selama ni! :D

maaf zahir batin eize!

Cik Puan Bunga said...

@zella ySelamat hari raya zella! maaf zahir dan batin! :D

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanNanti PM alamat eh! :D

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimSama - sama nazahiah! :D