Ini mungkin akan jadi entry yang terpaling panjang, mungkin juga akan entry yang terpaling bosan. Tapi pada aku senang je, dalam hidup kita kena ada penutup, kena ada konklusi. Ini my last shot. Apa yang jadi lepas aku publish entry ni aku redha seredha redhanya. Bukan nak kata aku budget bagus ke, berlagak baik tapi macam mulut longkang ke, terserah. Sebab makin lama aku biarkan benda ni aku rasa menyampah pulak. Kadang - kadang orang perlukan pengajaran, kadang - kadang orang perlukan kesedaran. Dalam kes ni, aku rasa orang perlu dua - dua sekali.
Aku rasa dah lama betul budak ni buat entry yang memang ditujukan untuk aku, dan sebagai komen balas, aku ada jugak dedikasikan beberapa entry untuk dia, antaranya :
http://puterihati.blogspot.com/2011/08/stalker-jangan-sentap-sangat-dong.html
http://puterihati.blogspot.com/2011/08/bazaar-ramadhan-banyak-orang-gila.html
http://puterihati.blogspot.com/2011/04/dengar-sini-kakak-nak-pesan.html
http://puterihati.blogspot.com/2011/04/kita-tak-layak-langsung-nak-judge-orang.html
Tu jelah kot yang aku ingat, kalau - kalau ada lagi aku taktaulah, aku dah check sana - sini rasanya takde lagi yang tinggal. Yes. Memang entry tu aku tujukan untuk dia.Aku ni bukan muda lagi, umur aku bulan Oktober ni genap 28 tahun (Ceh sempat pulak nak promote birthday sendiri!) tapi aku sesungguhnya tak pandai nak menangani remaja bermasalah. Walaupun adik aku tu remaja jugak tapi dia takde menimbulkan masalah kat aku so far, alhamdulillah.
Aku ni mulut pun boleh tahan jahat jugak, tapi aku tak pernah nak kisahkan rumahtangga orang yang lagi tua dari aku. Nak - nak lagi kalau aku sendiri belum kawen, aku takut nasib yang sama menimpa aku. Ataupun esok - esok kalau aku ada anak, aku takut anak aku akan dapat nasib yang sama macam orang yang aku kutuk keji hina tu. Baik. Noted ayat aku di situ baik - baik.
Aku taktau di mana silapnya, kenapa dia benci sangat - sangat dengan aku, tapi yang pasti dia yang start semua ni. Sebab setahu aku, dulu masa kawan aku sorang tu marah gila kat budak ni sebabkan mulut dia ni jugak yang suka mengeji orang main emak bapak orang, aku sungguh - sungguh sabarkan kawan aku tu supaya bersabar banyak - banyak. Aku pesan kat kawan aku, tak payahlah sampai nak datang marah budak ni, nak pergi rumah dia segala. Aku cakap, budak ni jiwa tengah kacau (Sebab ada something jadi kat family dia)
Time tu aku rasa aku sungguh bersahsiah dan berhati mulia, sebab kalau aku tengokkkan perangai dia siap main emak bapak kawan aku ni memang dah masuk kategori melampau yang mintak pelempang punya.
And kalau nak tau kenapa dia jaki sangat dengan aku, aku tak boleh nak jawab. Dia je yang tahu jawapannya.
Banyak lagi entry - entry dia yang memang dia tulis pasal aku. Dan setiap kali dia menulis pasal aku, mesti dia takkan lupa nak mengeji hal pernikahan aku tanpa restu.Modal dia kalau mengkeji aku, tak lain tak bukan pasal aku yang kawen tak pernah dapat restu emak abah suami aku. Ye. Kepada yang belum tahu, biar semua tahu, Kepada yang dah tahu, emmm aku pun tak tau nak cakap apa.
Ye. Aku kawen emak bapak suami aku tak restu. Aku tak setaraf dengan anak dia. Aku jahat. Aku budak kampung biasa yang konon - kononnya nak mengikis duit suami aku. Hari aku bertunang, suami aku datang sendiri. Hari aku menikah, suami aku takde satu pun wakil dari keluarga dia kecuali Pakcik dia, Pakcik Husin. Hari kami bersanding, hanya dua orang pakcik dia yang datang majlis kitorang. Aku redha. Aku terima nasib aku. Aku terima jalan dan taqdir yang Allah dah tentukan untuk aku.
Tapi satu aku nak cakap dengan kau, demi maruah aku yang kau dan orang - orang macam kau selalu perkotak - katikkan, aku kawen walaupun emak bapak suami aku tak restu, satu sen pun aku tak guna duit emak bapak suami aku, atau duit suami aku. Majlis kat rumah aku dari yang sekecil - kecil benda sampai yang sebesar - besarnya 100% duit aku. Bukan nak riak, bukan nak ujub. Tapi ini hakikatnya. Berpuluh ribu yang aku spent, takde satu sen pun duit suami aku. Allah saksi aku. Lillahi Ta'ala. Dan dari tarikh aku bernikah sampai sekarang, satu sen pun aku takde bebankan suami aku dengan duit. Aku guna duit aku sendiri.
Aku bukan riak, bukan ujub nauzubillah, tapi sepanjang pernikahan aku dan suami, aku senangi dia semampu aku, rezeki aku bila lebih aku kongsikan dengan suami, aku cukupi keperluan dia tanpa sikit pun aku rasa terbeban. Sebab aku bersyukur dia jadi suami aku, sanggup di buang keluarga (Pada masa itu) kerana bernikah dengan aku. Maka sebagai galang gantinya, aku tak pernah membebani dia. Sehingga Adam Irfan Xaharis selamat dilahirkan, satu sen pun aku tak pernah mintak dengan suami. Bila dia memberi dan menyediakan, maka aku terima. Tapi kata nak mintak itu - ini dengan dia, memang TIDAK SEKALI - KALI. Aku kawen dengan suami aku bukan sebab harta yang tak boleh nak bawak ke mati tu pun. Teori aku kawen sebab nak harta, kau boleh buang jauh - jauh dalam longkang. Kalau nak tahu sangat kenapa suami aku pilih aku untuk jadi isteri dia, maka manusia paling tepat yang kau kena tanya adalah suami aku sendiri, sebab aku takde jawapan.
Ayat dia "Tapi kalau dari kecik dah di ajar macam tu, sampai dah ke tua pun perangai tu takkan berubah.." Sekarang apa hak kau nak libatkan emak abah aku sekali? Kalau nak kata aku jahat, kata aku sorang je tak payah nak libatkan emak abah aku. Emak abah aku didik aku dengan baik, kalau aku jahat, sebab aku yang jahat. Aku memang tak boleh terima dia nak libat - libatkan sekali emak abah aku yang takde dosa apa - apa langsung dengan kau. Jadi jangan sentap kalau aku panggil kau biadap. Seingat aku, aku tak pernah sebut apa - apa pasal emak abah kau. Noted disitu.
Kau kata aku dibenci, dipandang rendah dengan "family aku sendiri". Siapa family aku yang pandang rendah kat aku? Family suami aku? Makcik - makcik pakcik - pakcik sebelah family aku? Kau ingat aku kisah ke kalau orang nak benci aku? Hidup aku selama hampir 28tahun kat muka bumi Allah ni takde langsung bergantung dengan sedara - sedara yang langsung tak memberi guna dalam hidup kami sekeluarga. Asalkan emak abah aku, kakak - kakak aku yang tercinta, adik aku yang tersayang, abang - abang ipar aku dan yang penting suami aku kenal aku siapa, tahu aku yang sebenar - benarnya, yang lain - lain aku dah tak kisah dah. Isnin.com comes first. Yang lain? Never comes second.
Ye. Pakcik aku and makcik aku ada jugak yang turut menanam share memburukkan aku sekeluarga kepada keluarga mertua aku terutama emak dan bapak suami aku. Kitorang sedia maklum hal - hal macam ni. Takpe. Pandai - pandailah diorang hitung untung nasib masing - masing. InsyaAllah ada bahagiannya. Kalau benda betul yang disampaikan, namanya mengumpat. Kalau benda tak betul, fitnah namanya. Dah besar. Dah turun naik haji dan umrah. Fikirlah.
Ye. Pakcik aku and makcik aku ada jugak yang turut menanam share memburukkan aku sekeluarga kepada keluarga mertua aku terutama emak dan bapak suami aku. Kitorang sedia maklum hal - hal macam ni. Takpe. Pandai - pandailah diorang hitung untung nasib masing - masing. InsyaAllah ada bahagiannya. Kalau benda betul yang disampaikan, namanya mengumpat. Kalau benda tak betul, fitnah namanya. Dah besar. Dah turun naik haji dan umrah. Fikirlah.
Well, kau suka nasihatkan orang macam kau bagus sangat kan? Kau suka sangat fikir yang kau baik, orang tak boleh judge kau dari luar, kau tak buat salah apa - apa, hakikatnya? Kau dengan Allah saja yang tahu. Modal kau balik - balik pasal aku kawen emak bapak mertua aku tak restu. Takde modal lain? Kenapa kau kisah sangat kalau emak bapak mertua aku tak suka, tak restu aku sekalipun? Demi Allah, saksi hakiki apa yang aku type dalam blog malam ni, kalau aku berdusta maka aku akan dilaknat, aku tak pernah cari pasal dengan kau at the first place. Kau timbang tara semula, siapa yang mulakan semua ni.
Aku takde masa nak jengah blog kau yang langsung tak bagi apa - apa informasi. Tapi kau kena ingat, kawan - kawan kau tu kawan - kawan adik aku jugak, diorang bukan bodoh, bukan buta huruf tak boleh nak baca apa yang kau tulis kat blog. Indirectly, diorang akan bagitau adik aku. Dan sebagai adik yang berjasa kepada keluarga, adik aku akan beritahu aku, manusia yang dibahan. Tapi alhamdulillah kawan - kawan adik aku semua berotak. Even adik aku sendiri kesian habis - habisan dengan kau. "Biarlah Kak Lina. Kadang aku kesian dengan dia. Kawan - kawan aku cakap orang kalau belajar setakat sampai SPM je memang macam tulah. Jumud. Cara berfikir terbantut." Betul jugak apa yang adik aku cakap. Ilmu ni kadang - kadang penting. Kalau bercakap guna otak kosong, memang haru - biru.
Ye. Memang aku cakap bf kau tak ada masa depan. So, kalau kau rasa terbakar dan tersentap, maka adillah apa yang kau rasa tu. Takkan kau je kot yang sedap menganjingkan orang. Bila terkena batang - hidung sendiri, tau pulak kau marah. So, buktikanlah yang bf kau ada masa depan. Dan yang paling penting, berilah jaminan yang perkahwinan kau nanti direstui semua orang, berdoalah semoga semua kejahatan yang kau buat takkan tertimpa kat anak - anak kau. Dan sentiasa beringatlah, kalau kau ada anak perempuan, atau anak lelaki,semoga mereka bila bernikah kelak pernikahan mereka direstui semua orang. Beri jaminan ini semua pada aku sekarang.
Pada aku, kalau kau nak kata aku jahat dan bermulut jahat, apa kurangnya kau?Kau kata aku selalu memburuk - burukkan orang, apa kurangnya kau?Kau kata aku kurang ajar, apa kurangnya kau?Kau suruh aku jaga pertuturan, kau jaga tak pertuturan kau?Kau suruh aku banyakkan berzikir, kau berzikir tak?Mahu tau realitinya?Apa yang kau cakap kat aku, adalah sebenarnya the exact things yang kau buat.
Alhamdulillah. Allah saksi hakiki aku, aku tak ada mengaitkan atau mengaibkan emak ayah kau atau keluarga kau yang lain. Tapi kau dah mengaibkan emak abah aku dan suami aku sebagai insan yang berhak mutlak ke atas aku. Secara tak langsung, kau mengaibkan emak bapak suami aku jugak. Salah silap kau pada aku, aku dah maafkan. Tapi pada mereka - mereka ni, kau fikirlah sendiri. Andai kata salah seorang ada yang meninggal, kau ingat macamana kau nak mintak maaf dari mereka? Mungkin sekarang ni kau boleh tersenyum sinis memperlekeh apa yang aku cakap, takpe. Aku sabar tunggu Allah tunjukkan kuasa Nya.
Demi Allah, sebagai wanita yang belum berkahwin, kau tak ada hak untuk memperlekeh pernikahan aku yang sah dari segi syarak dan direstui Allah Maha Besar walaupun tak direstui manusia yang tidak abadi. Aku tak pernah malu bernikah dengan tak mendapat restu emak bapak mertua aku, sekurang - kurangnya aku tak berdosa melakukan zina, samada zina besar atau zina kecil, aku tak melakukan maksiat kerana lelaki itu sah menjadi suami aku, emak abah aku tak menanggung dosa andai kata aku keluar berdua tanpa nikah, andai kata aku melakukan maksiat atau apa yang dilarang. Disitu, taraf aku jauh berjuta kali ganda lebih mulia dari orang yang bercinta kononnya direstui emak ayah tapi takde langsung sebarang ikatan nikah. Ye, nampak remeh di mata kau. Sebab kau tak sedar.
Kau marah bila orang kata pasal kau, tapi bila kau kata pasal orang, ada kau fikir perasaan orang?
Dik, semua salah kau pada akak, akak dah maafkan.Dosa kau mengeji, mengata akak, akak dah maafkan. Akak tau kau akan baca entry ni. Akak nak datang rumah kau, nak berjumpa empat mata dengan kau, tapi suami akak tak beri izin. Akak tak pasti samada dia terluka, atau kerana dia memikirkan yang sepupu dia adalah suami kakak kau. Akak ikhlas. Sebab akak takut tak dapat nak maafkan kau andai kata akak meninggal dan kau tak sempat nak minta maaf dari akak. Tapi akak mintak maaf, akak tak dapat nak maafkan kau bagi pihak suami akak, emak akak, abah akak dan sesiapa yang terlibat selain akak.Kau cakap akak menutup keburukan akak dengan mendajalkan orang lain, itu paling akak tak boleh nak terima. Akak tak pernah menjahati kau, malah sesiapapun dengan niat nak menutup keburukan diri. Dik, keburukan diri ni tak payah nak ditutup - tutup, suatu masa Allah akan tunjukkan juga.
Kalau lepas ni kau masih nak mengeji, nak mengutuk dan membahan yang pernikahan akak tak direstui emak bapak suami akak, kau masih nak mengeji peribadi akak, masih nak kutuk akak macam - macam samada di blog ataupun secara lisan dengan masyarakat, maka terputus kemaafan akak di situ. Itu urusan kau dan Penilai Hati Yang Maha Mengetahui.
Dengan bersaksikan Allah Yang Maha Kuasa, walau apapun yang kau tulis / cakap lepas ni hanya Allah yang layak memberi perhitungan.
Bila Allah memberi izin dan restu Nya untuk aku dinikahi suami pada tarikh 10 Oktober 2008, tepat selepas Isya' maka sesungguhnya itulah restu dan redha yang paling superior memberkati pernikahan aku.
Suamiku (Hafizal Elias) Emak, abah, kakak - kakak, adikku, maafkanlah aku andainya pernikahan aku ini memalit arang yang berpanjangan ke muka kalian, insan - insan yang aku sayang.
Ya Allah,Penilai hati yang hakiki, kau lihatlah batinku Ya Allah. Andai ternyata aku yang bersalah, maka kau laknatilah aku Ya Allah. Kau tunjukkanlah kekuasaanMu Ya Allah. Demi Allah, Tuhan Esa Yang Maha Adil, aku sabar dan penuh redha menunggu pembalasan dan penganugerahan kemanisan iman dari Mu Ya Allah.
Assalamualaikum.
58 comments:
Salam akak. sedih sy bace. betapa tabah dan kuat nya akak. kagum.. ape2pun byk sabar ye kak, semoga akak bhagia sekeluarga & tuhan tu Maha Mengetahui kan.Peduli apa org nak kata.
Be strong.
:)
@Mimie.Thanks Mimie! Thanks Mimie! Thanks Mimie!
sebak saya baca entry ni..akak, sabar n tabah ye..tuhan nak uji akak..
slm kak bunga. mulut yang lancang berkata-kata tu tak sedar, 1 jarinya menuding pada akak tp empat lg jarinya menuding diri sendiri. satu hari nanti dia akan dpt balasan yg setimpal.
akak bertabah ye. sedih baca entry akak kali ni. biasenye entry akak hepy2 je.
be strong sis!
dah bace td.pastu nak baca bnyk kali lak.tak puas ati!kenapa ada org mcm budak tu.hish!sabar jela.betol-betol menguji kesabaran :P nasib baik akak KUAT!peduli kan manusia mcm tu.dugaan ne.
sabar byk2 kak. kita hidup untuk diri sendiri, keluarga kita, dan ALLAH SWT. 'biaq p kat depa kak'(loghat kedah) maksudnya: biarkan mereka kak.
"Makcik - makcik pakcik - pakcik sebelah family aku? "
kak, aku satu family pernah termakan kata2 orang yang mengata kau. tp itu suatu ketika dahulu....
sekarang....
tidak lagi.
kerana terbukti KALAU RESTU IBU BAPA MERTUA yang budak kecik itu cuba persoalkan, kenapa setakat hari ini kau bahagia dengan kehidupan kau?? adik beradik kau semua pon berjaya..
aku rasa sangat kurang ajar dan biadap kata2 "kalau dah dari kecik di ajar begitu..."
mari ajarkan kami wahai Eila tentang nilai2 murni yang keluarga awak dah didik awak semoga ia menjadi pengajaran kepada kami. :P
btol. sedih bila baca. bila ada orang nak memburuk2 kan kita,dan membabitkan family kita.tak suka lah saya orang yang macam good-good ni.
nampak sangat diri tak pandai hormat orang.
kak,sabar eh.
sedihnya baca entry ni tp xpe ye bunga... sabar je lah... satu hari Allah akan perlihatkan mana yg betul...mana yg x...
semoga awak sentiasa bahagia bersama family awak.... ;)
sy baca blog kakak sebelum adam ada lg dan harini walau terbuka cerita yg sy pernah tertanya2, sy tetap sokong kakak dr blkg. takpe kak, ramai lg yg faham akak. tak perlu sbb dia sorg hidup akak huru hara. dia bkn sesiapa nk judge akak. Al-Hakim je yg berhak judge kita. sabar ye kak. ingat, Allah bersama dgn org2 yg sabar. sy percaya suami dan family akak tetap bangga dgn akak no matter what happened.
Those who matter don't mind, and those who mind don't matter. kan ?
hidup kak bunga ! *sori terpanjang plak komen.hiks*
ya allag akak nur harap akak dapat bertahan dan kuat dengan dugaan allah nie yaa..nur mendoakan kebahagiaan akak sekeluarga :)
ya allag akak nur harap akak dapat bertahan dan kuat dengan dugaan allah nie yaa..nur mendoakan kebahagiaan akak sekeluarga :)
ya allag akak nur harap akak dapat bertahan dan kuat dengan dugaan allah nie yaa..nur mendoakan kebahagiaan akak sekeluarga :)
(1) weh..ko lahir oktober eh..aku pon (pomot bday sendirik jugak!!) hahaha..err..umur pun sama :P
(2) aku mmg tak layak nak suruh ko sabar sbb cabaran aku tak sebesar cabaran yg ko dapat..tapi aku yakin Allah bagi ko cabaran sebesar tu sbb Allah tau ko mampu nak hadapinya berbanding org lain. insya allah satu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenaran..
kadang2 aku kesian gak dgn org2 yg hidupnya jenis suka hina,kutuk org lain..dia tu kawin pun tak lagi.. ada ati nak kata org lain..untung nasib dia kawin jadi mcm mana esok pun tatau lagi..hish..
bertabahlah akak oiiii..sy kawen pun tak ada sorang pun famili dia yang dtg. nasib baik makcik2 pakcik2 dia baik hati budi membantu menutup segala cacat cela. Setakat ni Alhamdulillah tak ada masalah. FYI, kalu sy down, mmg sy baca blog akak, sbb rasa mcm bc kisah sendiri. terus lega...budak tak cukup umur yg cr pasal tu, buat dekkkkk sudehh..biar dia menyalak sorang2 kat blog dia tu..Chill!!
bertabahlah akak oiiii..sy kawen pun tak ada sorang pun famili dia yang dtg. nasib baik makcik2 pakcik2 dia baik hati budi membantu menutup segala cacat cela. Setakat ni Alhamdulillah tak ada masalah. FYI, kalu sy down, mmg sy baca blog akak, sbb rasa mcm bc kisah sendiri. terus lega...budak tak cukup umur yg cr pasal tu, buat dekkkkk sudehh..biar dia menyalak sorang2 kat blog dia tu..Chill!!
bertabahlah akak oiiii..sy kawen pun tak ada sorang pun famili dia yang dtg. nasib baik makcik2 pakcik2 dia baik hati budi membantu menutup segala cacat cela. Setakat ni Alhamdulillah tak ada masalah. FYI, kalu sy down, mmg sy baca blog akak, sbb rasa mcm bc kisah sendiri. terus lega...budak tak cukup umur yg cr pasal tu, buat dekkkkk sudehh..biar dia menyalak sorang2 kat blog dia tu..Chill!!
@bella bellitosSalam Bella,
Akak manusia normal yg makan nasik dan tau marah juga (huhu)
akak puas dah kot sbr, tapi kali ni mintak maaflah, dah kait sekali pasal mak bapak, memang mintak maaf banyak2. you are messing with the wrong bitch.
Thanks Bella. Doakan akak sentiasa kuat ye! :D
@alinThanks Alin. Doakan akak sentiasa kuat! :D
@bella bellitosThanks! :D
@CikHanisManusia mmg macam tu. Selalu rasa diri sendiri bagus, orang lain buruk, salah, hina, keji. Thanks ye. Doakan akak lebih kuat ye! :D
@nazahiahhalimBiaq pi depa na. Hahaha. Comelnya ayat! :D
Thanks nazahiah! :D
@Miss TasantekNak kata aku jahat, aku tak kisah. Tak melenting, tapi nak kata pasal mak bapak aku memg melampau. Mak bpk aku takde kaitan dengan dia, jangan nak memalatkan mak bpk aku.
Dia pun of course taknak aku cakap, perangai dia ni sekarang hasil didikan emak bapak dia kan??
@sukasukiPada dia, diri dia betul dsb. Org lain semua jahat, keji, hina. Astaghfirullah Ya Allah, kuatkan hati ku Ya Allah.
@zella yAmin Insyaallah. Thanks zella! :D
@FaraSyeeraThanks Fara. Akak hargai sangat2. Akak tak malu nak mngaku akak bukan menantu pilihan, akak tak menyusahkan org, tak kacau orang.
Yg penting akak ada suami, adam dan family. yang lain..... tolak tepi!
Thanks ye fara! :D
@cik nurThanks Nur! :D Akak hargai sangat - sangat!
@RaiWahhhhh!
(1) Boleh ah kita sambut sesama! Wahhh budget retiss gitu! Kehkeh!
(2) Takpe, kau boleh je suruh aku sabar. Kehkeh. Insyaallah, Allah Maha Tahu apa plan dia untuk aku. Aku redha dong! :D
Kita tengok ajelah nanti Rai, apa perhitungan Allah untuk dia.
:D
@mieyzaSama - sama kita kuat eh Mieyza. Kita hidup bukan untuk org lain. Allah Maha Tahu jalan hidup kita, kebahagiaan kita bukan terletak di tangan sapa - sapa melainkan Allah jua.
Ya Allah semoga aku terus sabar dan tabah sepanjang perjalanan hidup ini Ya Allah.
Sabar Yat. Sabar. Demi suami dan anak.
Assalam.
saya salah sorg blog reader akak. ari ni akak dh buat air mate sy menitik tanpe dipakse. sgt sedih bace entry ni. saye harap akak bnyk2 sbr dgn dugaan yg sdg akak hadapi. saye doakan akak n family sentiase dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. AMIN
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)
"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (Surah Al-Nur, ayat 24).
awak dah dapat dua perkara CPB..biarkan si Luncai tu terjun dengan labu-labunya..hihi!
kau kuat. kau kuat. kau kuat.kau kuat. weE...
CPB, nak lagi berani mati tak? bukan nak jadi batu api, tapi rasanya kes sebegini setakat sound kat blog "budak hingusan tak berakal tapi bernafsu" tu tak makan saman.
Bawak ke court. atas alasan FITNAH & MENJATUHKAN REPUTASI.
Biadap punya budak! Menyampah lah dengan orang macam ni. Bajet bagus. Pandai kata kain orang koyak rabak, macam kain dia elok!!! Meh sini aku ganyang muka dia!!!
@Maynee RazakTerima kasih Maynee Razak. Doakan akak lebih tabah lebih tabah dan lebih tanah ye! :D
@Mrs. AdnanSubhanallah.
Thanks Zila! Thanks sangat2!
@Miss TasantekAku kan suka MILO! hehe! (takde kena mengena!)
@Innanie | AriffinBoleh eh bawak ke court?
Ada kes lah kiranya ni eh?
Wowww, first time dapat legal advice neh. Rasa teruja pulak. Betul jugakkan, sebab kalau sound - sound kat blog je apapun tak boleh.
Thanks! Nice advice! Untunglah kenal dengan lawyer ni! :D
kak bunga..!!!......sabar ye...
Dan Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)
boleh bawak gi court.
"kesan kepada Plaintif, menyebabkan Plaintif berada dalam keadaan tetekan selain dipandang serong oleh masyarakat. "
- ini salah satu alasan yang popular kat ofis aku kenapa orang saman bekas tunang dalam kod kes 'ganti rugi pertunangan'
wujud tekanan je dah boleh saman orang...
sabar eh kak...
(reply yg pnjang kt fb akak. privasi kite berdua.) haha
@prinCess.prinCessInsyaallah! Thanks! :D
@Miss TasantekErrrr tertekan tuh bunyik macam dasat je. aku tak berapa tertekan, cuma sakit sikitlah nak tahan amarah. huhuhuhuhu!
nak saman orglah. dapat duit boleh bayar bio aura kau! huhuhu!
@Nini HartiniInsyaallah. Thanks Tini. :D
CPB... the simple word to you.
be strong & ignore orang macam ni. Just live happily with your beloved husband and adam irfan xaharis. be strong.
hukum karma itu wujud~ pray to Allah and i;m sure she will get what she gave to you!!!
x pasal2 femes itu budak hingusan. haha aku sempat tgk blog dia.
@Innanie | AriffinThat's what I'm doing right now! thanks mucuk! ecehwahhhhhh! :D
@~ SueHarriz ~OH TIDAKKKKK! SUE dah melawat diaaaaaaaaa! Hahahahaha!
cikgu bunga!
terus kuat dan tabah.
hanya mahkamah Allah yang Maha Benar dan hanya Dia yang layak menilai. biar kita tidak menjadi pilihan manusia, tetapi bimbanglah jika kita tidak menjadi pilihan Dia :)
saya tetap dengan cikgu ! semoga bahagia milik cikgu sekeluarga. amin :)
@are_lianaTerima kasih! :D Terima kasih banyak2! :D
tp oleh kerana aku mmikirkan kbajikan KAU, maka aku x hanjingkan dia di blog dia tu..sbb pikir2 nt efek ko plak kang. cuma boley hanjingkan dia dlm hati ajela. =) ko sabar ye yatt. org ZELOSSS mmg cmtu. kalo dia sorg xsuka ko, ada 50 org lg yg suke ko dlm dunia ni.chill babe! IM WITH U!! =))
DAn bila kita memaafkan sesiapa yang berbuat jahat kepada kita, maka dengan sendirinya, taraf kita adalah lebih tinggi dr mereka.. Dugaan dalam kehidupan ni datang mmg tak diminta, tp Alhamdulillah Yat tabah dan masih diberi fikiran yg waras utk menilai baik buruknya setiap tindakan. Salah satunya, by replying to the girl without even lower down your std. Alalh itu Maha MEngetahui akan sesuatu... Biarlah murai berkicau, penat nanti berhentilah dia...Anda kuat!
@~ SueHarriz ~Tekpelah sue. biarlah dia. aku pun dah malas nak berlawan cakap dengan budak minda kelas ke tiga. makin kita cakap, makin banyk keluar hujah2 non-academical dia. buat bazie idea bernas aku je. Insyaallah sue, langit tak selalu cerah. thanks babe! kau setia di samping ku walau kita terpisah beratus km jauhnya! :D
@SyedaFauziAlhamdulillah kak. sekarang sy lebih tenang. walaupun hati sakit tapi sekurang2nya bila kawan2 ramai support, suami support, family, sy jadi kuat, sekuat tiger! huhuhuhu!
murai berkicau sedap didengar kak, sekurang2nya. :D
thanks kak. sudi bagi nasihat. :D
hye CPB~~wahhhh..sangat sedih baca cerita nih..btw, be strong sis..just ignore orang yang macam tuh:)hehe...
@yayathThanks yayath! :D
subhanallah...ada jugak mnusia gitu...haih...byakkan brsabar ye kak CPB...:)
@miZz sYirAhInsyaallah. Thanks! :D
Post a Comment