Saturday, August 6, 2011

Tikar Terbang..ang.

Sekarang ni aku sedang berenak - enak tergolek - golek dalam bilik sebelum aku bangun dah menyetelkan pulak kain yang tak berlipat yang dah membukit. Relaks kejap sebab pagi tadi aku dah berhempas pulas punggah almari + sofa sebab buat flooring kat hall and hall tengah. Tadi masa tengah buat kerja tak rasa penat sangat tapi lepas mandi + solat baru terasa penat ya ampun! Bukan penat sangat pun tapi lebih kepada haus. Kecik besar je aku tengok botol coca cola kat dapur. Kalau taruk ais sikit, perghhhhh!

Yang aku sakit hati, sepanjang proses flooring tu, aku tengok Embun sedappppp je tidur sambil sengih - sengih. Entah mimpi apatah. Mimpi makan tauhu bakar agaknya. Grrr!

Tiap - tiap tahun, kalau aku tengok tikar getah emak macam dah nazak je, memang aku gantikan. Dulu masa belum kerja, time study, duit PTPTN kasi tu aku simpan sikit untuk beli apa - apa yang patut. Pernah duit PTPTN + duit kocek suami mitorang kumpul and belikan emak sofa. Terharu tak? Masa tu kerusi kayu rumah aku memang dah super bangsat rupa parasnya, nak nak lagi raya dah nak dekat dah so kitorang beli sofa PVC maroon tu dengan harga RM950 plus coffee table free. Perghhh rasa dia memang puas sangat!

Memanglah emak tak mintak, tapi aku rasa emak pun suka kot kalau sesekali raya rumah dapat di cantik - cantikkan. Embun pun mesti suka kalau rumah cantik, kerusi cantik. Nanti kawan - kawan dia datang, takdelah dia malu sangat. Kadang - kadang kalau budget lebih, aku cat rumah luar dan dalam. Rasanya dah bertahun jugaklah rutin ni aku buat. Cat rumah memang ternyata mengundang kegembiraan kepada aku dan keluarga. Rumah jadi cantik, berseri - seri. Aku bahagia.

Kuih pulak kalau time raya selagi tak penuh meja memang tak sah. Macam membazir kan? Tapi aku puas hati dapat belikan emak kuih - kuih yang dulu masa aku kecik tak dapat aku nak rasa. So bila besar, dah kerja, dah ada duit sikit, aku faham - faham sendirilah. Rapikan rumah sedapatnya untuk menyambut hari berbahagia.

Macam raya tahun ni, aku tukarkan tikar emak dari hall sampai ke dapur. Aku tau emak happy. Mana tak happy kalau rumah naik seri. Cadangnya kalau budget lebih insyaAllah, aku nak tukar sofa. Sofa yang lama dah berhabuk, bau pun dah lain. Dah koyak - koyak dah pun. Aku nak beli sofa murah - murah je. Simple. Tapi masih anggun bergaya. InsyaAllah.

Nampak macam senang. Tapi trylah pasang tikar kalau kau nak
tau langit tinggi ke rendah.
Kalau boleh, aku nak bahagiakan emak dengan adik aku dulu sebelum aku bahagiakan diri aku sendiri. Takpelah kot dalam usia macam ni aku belum ada rumah sendiri, belum ada harta sendiri. Jalan hidup kita lain - lain. Masing - masing ada ceritanya sendiri. Aku kalau boleh nak duduk dengan emak sampai emak dah tak ada. Baru aku keluar cari rumah sendiri.

Orang kata aku save budget, takpayah keluar rumah bayar duit rumah semua. Hakikatnya, niat aku Allah saja yang tahu. Aku nak jaga emak. Taknak emak sunyi, taknak emak rasa sepi. Ye, aku tau aku anak yang baik. *Muntah*

Sekian saja cerita tikar pada hari ini.

Dah.KBhai!

10 comments:

nur easy said...

bseri2 raya tahun ni.. ala x dpt jg dtg beraya sana..;) err mcm la tau mana umahnya kan..hehe

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHehe. ala kadar je eize! :D alaa setakat pt raja - pt yaani takkan sesat punya! :D

cik nur said...

waah nur pun baru tikar semalam next week baru nak pasang mesti la keluar peluh jantan sume hahaha

Cik Puan Bunga said...

@cik nurChayok chayok Nur! jangan sampai bukak pose sudahhh! hahahah!

Unknown said...

wahh..flooring baru..mulianya ati ko bunga..insya allah..berbakti ngan mak bapak besar ganjarannya...

err..aku pun takde rumah sendiri lagi.. hehe..

Cik Puan Bunga said...

@RaiAmin. Insyaallah rai! hahahaha sama lah kita rai, merempat je aku ni ha. hahaha!

Unknown said...

Bunga..
Akk start kwen sampai la ni dh masuk 14thn dok ngan family..Niat mmg nk jg meka ( la ni tggal abh je, mak dh kembali pdNYA 6 feb lepas)...tiap kali ry mmg akk ngan somilah yg tungkus lumus menghias umah tu...thn lpas siap btekak sbb dia xmo cat umah...rupanya tu lah raya trakhir ngan mak..seb baik dpt cat umah, tmbh tikar buluh, sarung kusyen wajib tuko....mak mmg x mintak..tp akk suka tgok muka dia brseri2 bila tgok umah cantik.
Bab masak2 mmg dia serah kat akk. Thn ni lg terasa la sbb selalu dia akan wat anyam ketupat paling tidak 200 biji tuk ngunjung..dlm 200 biji ni akk adalah wat dlm 20-30 biji....bila dh set ari nk masak, pg pas sahur dh berhempas pulas kat dapo, dia isi isi ketupat, abah wat api nk masak..dlm kol 2, semua setle tggal nk nganto pulak....dlm 40 umah..wah! nnt mak tlg lah kemas periuk belanga tu...wpon di brkusi roda, tp semangat dia mcm org sehat...la ni sume tggal kenangan....kalo ikutkan akk mlas nk msk ngunjung...kang ketupat tu sure ada perasa air mata...( leh awet muda mc cite MAGIKA)..huhuhu..bg kepek sorang setgh kilo agak ptt x???....

** Thn ni tuko tiko getah gak..kaler perple..abh pilih...ermmm..setgh pengsan nk pasng...tu baru ruang tamu....

Cik Puan Bunga said...

@mimieOrg lain punya persepsi lain kak, diorang ingat sy save budget taknak bayar lebih untuk cost living. padahal niat sy mmg nak duduk dgn emak. nak happykan dia, nak hiburkan dia. arghhh tension!

**kak, mehlah upahkan saya pasang tikar. saya hebat! hahahaha!

Unknown said...

BuNGa...
bIOlaH org Nk PiKir Apa, Yg PenTing Niat dr Awal duLu Mmg Nk jaGa Org Tua...Siap Tnyer KAt Somi,Kawen Ngan Sy, kenA jg MaK/Abah Sy Tau...Bole?? Dia CkP InSyAALLAh...ALHamduliLah..Dpt somI Yg MeMahami...
DoK NGan Org Tua BuKan Xleh KuMpul HArta..Malah Jg Org Tua Ni Rezki Lg MelIMpaH, Yg pentIng IkhLas...
SeLaGi Meka BerNyawa, SygilaH SunGGuh2..DuIt BukaN seGalaNya...

Cik Puan Bunga said...

@mimieBetul kak. Thanks kak! :D