Friday, September 30, 2011

Kau Ni Harap Make Up Je Lahhh! Make Up Jeeee!

Innanie kan dia kan kan kannnnn tak suka perempuan yang obses sangat dengan kecantikan.  Tak baik tauuuuu kutuk aku lettewww dalam blog! HAHA! (Iklan sekejap!)

Assalamualaikum semua! Sihat? *Semalam dapat surat layang dari reader. Dia kata kenapa aku tak suka beri salam setiap kali mulakan entry. Sentap aku sekejap!* Maka hari ini terus berubah menjadi ustazah pilihan. Assalamualaikum. Ehem.

Ingat lagi minggu lepas aku excited sangat beli naturactor tapi memberikan kesan yang menyebalkan? Ia tidak begitu menjadi di muka saya ye kawan - kawan. Effect magik yang dijanjikan tidak memberikan kemagikannya kepada aku yang sudah sedia cantik ini. Sebagai pengguna of courselah aku merasa kecewa sebab aku nak muka aku mulus dan tulus macam muka Dato Siti *Tangan ke bahu mata ke atas* Tak dapat macam Siti Nurhaliza, macam Siti Sifir pun jadilah. Satu darab lapannnn lapan! *Tiba - tiba*. Engkau kalau tak tahu Siti Sifir tu siapa pergi Google sendiri. Superstar pun tak kenal ke?

Tapi bila aku bagi Maklong pakai, elok je krim tu menyerap dalam muka dia. Sekata. Cantiklah. Kiranya magik naturactor tu berkesan di muka Maklong. Aku pun dengan kecewanya jual separuh harga krim itu pada dia. Mungkin aku tak berjodohan dengan naturactor dari Jepun tu. Penjual tu kata, itu naturactor asli. Dari Jepun. Dari booth Meiko. Aku tak tahu. Aku duduk Parit Banyumas, Johor.

Sebab tidak puas hati, aku menjalankan siasatan macam Detektif Konan. Naturactor ni ada dua jenis. Satu dari Jepun, satu dari China. Banyak pihak bertelagah main sep sep mi mi untuk membuktikan naturactor mana yang original. Katanya, of course lah yang dari Jepun yang original. Jepun kan ada Ultraman! *Tak ada kaitan*. Naturactor dari Jepun ni agak mahal. Maklumlah original. Maklong kata ada peniaga jual sampai RM60 sekotak. Tak masuk postage. Banyaknya ambil untung!

Naturactor dari China pula katanya palsu. China ni memang Raja Immitation. Semua barang dia nak ciplak. Best jugak. Tapi tak semua barang China tiruan. Tak percaya? Cuba siapa - siapa yang ada beg Guess, kasut Adidas ke, even yang ada beg Coach pun, cuba selak tag dalam beg. Apa tulis? MADE IN CHINA. Habis, kau bayar ratus - ratus, semata - mata nak mendapatkan barangan tiruan sajakah?

Anda salah!

Tahukah anda bahawasanya nama - nama besar seperti GUESS by Marciano, Adidas, NIKE, Coach, Calvin Klein dan bermacam - macam lagi menggunakan tenaga kerja dari China kerana rakyat mereka adalah yang teramai dalam dunia. Di sana, sumber tenaga begitu banyak tetapi penawaran kerja adalah terhad. Jadinya syarikat - syarikat gergasi ini membuka kilang pengeluaran di China dengan kualiti yang sama untuk mengecilkan kos dan memaksimakan keuntungan. Tak faham?

Okay. Aku bagi contoh.

Beg Guess yang dibuat di US (MADE IN USA) adalah lebih mahal kerana nak bayar upah pekerja, machinery and semua - semualah. Tapi kalau buat di China, upah pekerja lebih murah, pengeluaran lebih banyak (kerana pekerja banyak) kos dapat direndahkan. Untung tetap sama.

Jadi, tak semua barangan dari China adalah barangan tiruan!

Panjang aku membebel. Padahal nak cerita pasal naturactor saja pun! Sambung balik. Google punua Google aku terjumpa satu akak ni yang jual naturactor dengan harga yang cukup murah. Dia kata naturactor dia adalah Made In China. Dia juga kata, naturactor original bukan semestinya ada hologram tetapi ada barcode and datang bukan sekotak - sekotak sebab naturactor sebenarnya dijual dalam 5 shades satu kotak (1 set). Jadi, anda nilaikan sendiri ye mana - mana yang memakai naturactor. Tepuk dada ukur bra eh tepuk dada tanya selera.

Aku pun berminat nak beli. Saja nak tengok. Nak comparekan dua benda tu. Jepun dan China. Apa bezanya. Daripada asyik dengar cakap orang, elok aku try sendiri. Semalam aku order dan bayar, hari ni dah selamat sampai rumah posmen hantar. Hebat betul posmen zaman sekarang. Kalau pakai burung merpati macam zaman dulu, empat bulan agaknya baru sampai rumah aku. Eh apa kau merepek!

Dengan penuh excited, aku pun tepek kat muka naturactor yang dari China ni. Hasilnya?

Coverage yang lebih licin dari yang aku beli dulu. Warna terus jadi warna kulit aku. Teksturnya lebih ringan, tak padat tapi coverage dia memang terbaik. Dia tak buat muka engkau jadi merekah dan cakey. Tak berminyak. Walaupun pores masih nampak dengan jelasnya, tetapi sapuan lebih rata.
And aku tak sapu compact powder langsung. Terus sapu blusher and I'm reday to go!Aku rasa aku jatuh cinta dengan yang ini lah!
So, macamana aku nak cakap? Ada orang kata, yang dari China ni bahan ramuan dia entah hape hape. Aku tak sure sebab dia tulis China jadi aku tak pandai baca. Aku cuma tawakal saja, sebab ada yang kata pakai dari China ni muka jadi teruk, buruk, beruk. Eh. Tawakal tawakal! Orang baik - baik macam aku janganlah ditimpa bala. Amin! Aminkan kawan - kawannnnn!

Tak baik aje kata aku nak cantik - cantik sebab nak berskandal dengan murid sekolah. Pui!
p/s : Degil betul bekas jerawat kat pipi kanan ni! Susah betul nak hilanglah!

Babai semua. Assalamualaikum!

Thursday, September 29, 2011

Sayalah Guru Gemilang Pemangkin Pembangunan Negara

Aku ni sepanjang 4 tahun berkhidmat sebagai PPPS, tak pernah langsung aku disuruh jaga exam. Tiba - tiba tahun ini kena jaga exam PMR pulak. Yang lagi kelakar, kena jadi Timbalan Ketua Pengawas pulak. HAHAHADOI. Aku dengan pengalaman yang super zero, dapatkah aku menambat hati Ketua Pengawas yang kacak itu dan menjalankan tugas dengan penuh keazaman tinggi serta tidak berbelah bahagi? Insyaallah. Aku berkobar - kobar ni semangat. Doa aku cuma satu, supaya aku tidak membuat palat dan dapat menyempurnakan kerja dengan baik.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Lembaga Tanpa Kepala Di Tepi Kubur mana lagi menakutkan?
Tadi masa pergi meeting aku sangat berdebar sebab aku tak tahu apa yang KP expect dari aku. Rupa - rupanya KP aku jenis yang cool bebeh lepas itu beliau kacak pula! Aku ingat umur dia 28++ tapi dah 40 dah! *Batuk* Awet mudanya! Ni mesti rajin minum air masak baca selawat ni. Hilang separuh stress aku. Sebab aku tak pernah jaga exam. Selama ni hidup bersenang - lenang. Tapi aku hargailah peluang ni. Selain dapat duit, aku jugak dapat timba pengalaman. Kata nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kan kan kan? HAHA.

Jujurnya, aku ikhlas buat semua ni. Bukan nak dapatkan pujian mana - mana pihak. Lillahi ta'ala. Sebab style cikgu sekarang, buat kerja banyak - banyak, bagi boss nampak. Untung - untung boss petik nama engkau cepat naik pangkat. Keberkatan dalam melaksanakan pekerjaan dah tak ada dah dalam kamus hidup. Aku pun bukan stok - stok cikgu gemilang tonggak pembangunan negara. Tapi aku bersyukur sebab mata hati aku belum tertutup dengan duit dan nama. Apatah lagi nak mengejar pangkat. Aku cuma nak pergi dan balik sekolah dengan gembira.

Itu saja.

Aku bersyukur sangat sebab kejadian ini berlaku pada diri aku. Aku dah lupakan apa cakap - cakap buruk orang. Aku ubah diri jadi yang lebih baik. Orang kata aku mengajar tak bagus, aku buktikan aku boleh mengajar apa saja kelas, apa saja tahap. Orang kata aku suka bawa students masuk library sebab nak ponteng mengajar, tahun ni aku bawa jugak masuk library tapi aku siap dokumentasikan dalam Buku Rekod Mengajar apa aktiviti aku dalam library. Orang kata aku main FB bila mengajar (Ini paling puiii lah!) tahun ni aku betul - betul bawa laptop pergi sekolah. Bukan kata FB, tapi dengan blog sekali aku dapat update. Tapi after class lah kan. Buku latihan students semua lengkap. Writing semua aku dah selesai mengajar. Siap dengan notes and modul writing. Fail oral semua aku dah setelkan. Parts of speech semua aku dah lunaskan.

Aku tahun ini memang terasa diri sendiri cemerlang. Aku tak bagi sikit pun ruang untuk orang lain perlekehkan kerja - kerja aku. Aku masih ingat lagi macamana sakitnya bila kena sacked dengan boss. Bila orang busukkan kita. Aku rasa lagi sakitnya.

Tapi aku ambil itu sebagai satu lonjakan kekuatan. Aku buat kerja sehabis baik dengan melipat gandakan usaha supaya orang tak boleh memperlekehkan aku lagi. Orang TAK AKAN BOLEH memperlekehkan aku lagi. Aku kini umpama Naruto yang hebat!

Senjata paling utama, aku tingkatkan kebolehan dalam bidang sendiri. Jadi cikgu bahasa bukan bermakna aku bodoh dalam serba - serbi yang lain. At least, aku tingkatkan ilmu dalam bidang aku sendiri. Cakap - cakap tak berilmu ni tolak tepi. Ada jugak aku merapu - meraban entah apa - apa dengan orang, tapi kalau orang tanya pasal benda - benda yang melibatkan bidang aku, alhamdulillah setakat ini aku tak pernah tak dapat rungkaikan. Thanks to Melanie, yang banyak tanya itu ini dengan aku. Buat aku tajamkan otak aku. 

Sebagai manusia, aku rasa puas jugak bila manusia - manusia yang memalatkan aku dapat balasan masing - masing. Tunggu sikit lagi. Sikitttt aje lagi. Tak mampu aku nak doakan buruk - buruk untuk mereka. Cukuplah aku doakan yang hebat - hebat untuk aku sendiri. Bila Allah balas apa yang mereka buat, itu bonuslah untuk aku. Dunia ni hanya ujian. Ingatlah itu selalu.

Eceh. Aku dah macam apa dah membebel panjang - panjang. 

Dah.Babai!

Belacan

Siapa suka makan belacan angkat tangan! Rugi tak tak suka makan belacan, sebab siapa yang suka makan belacan dia akan cantik dan awet muda. Tengoklah aku. Aku kan cantik dan awet muda. KAHKAHKAH. Muntah lettewwww! 

Semalam aku tak ada selera nak makan, nak makan makanan - makanan eksotik je macam kepala itik ke, kepala lori masak tomyam ke. HAHA. Taklah taklah. Senang kata, aku terasa nak makan belacan saja sebagai lauk dinner. Belacan sahaja.

Jadi emak yang baik hati telah menggorengkan belacan untuk aku. Mula - mula ingat nak buat sendiri, lepas solat bila aku ke dapur dah terbau haruman semerbak belacan yang sungguh menggamit emosi. Alaaaaahhhh perut terus lapar!

Nasi + Tomyam Udang suami rembat dari rumah mertua + belacan goreng campur ikan bilis yang sungguh syiokkkkkkkk!
Ni aku bagi close - up sikit! Peh peh sedap sedap!
Makan dengan nasi panas - panas memang best. Menikmati makanan betul aku dengan penuh penghayatan. Belacan weh belacan! Salah satu nikmat makanan sedap yang Allah bagi kepada hamba - hambaNYA. Yang tak suka makan belacan mintak maaflah banyak - banyak ye sebab belacan memang sedap. Aku suka belacan Melaka. Kalau pergi Melaka confirm beli belacan dengan cincalok sebab suami suka cincalok. Suamikan berdarah Melaka. Ecehwah. Sedara Hang Tuah tu. HAHA.

Orang Jawa mesti tau nak buat belacan goreng campur ikan bilis ni macamana. Mesti punyalah. Sebab ini kiranya one of the Javanese dish yang orang Jawa suka makan sebab simple dimple pejam mata sambil korek hidung pun boleh buat.

Belacan best! Undilah belacan! Eh!

Dah. Bebaiiiiiiiiiiiiii!

Sampai Mati (Reblog)

Aku pernah dedikasikan ini untuk seseorang yang sesungguhnya tak layak. Aku tarik balik. Aku taknak dedicate dekat engkau lagi. Sebab engkau jahat. Ceh!

sampai bila...
sampai jasad tiada nyawa...
mereka yg tak pernah tahu,
kita memburu rasa itu...
~biar dunia menidakkan kita....
kita ada dlm dunia berbeza....
sampai bila...
sampai bila pun...
sampai jasad terpisah nyawa....
sampai hati bertemu TuhanNya...
kau tetap dalam jiwa--sanubari....
sampai mati....
Aku tarik balik! Aku tarik balik!

Dah. Bebaaaiiiii!

Wednesday, September 28, 2011

Manusia Bulat Suka Benda Bulat - Bulat

Alkisah diceritakan adapun wujudlah satu manusia yang obsesinya selain kepada benda berwarna pink, juga berobsesi sejati kepada benda yang bulat - bulat. Kalau ternampak benda bulat - bulat beliau akan bersikap umpama penggemar porno yang terjumpa video lucah di handphone nokia second handed yang baru di beli di kedai Ah Peng. Begitulah adanya.

Aku rasa bulat - bulat itu sesuatu yang cool kentang. Aku pencinta tegar polkadots. Dari dulu lagi kalau ke sekolah, baju yang aku suka sangat pakai adalah baju kepam polkadots aku yang dua helai tu. Satu warna hijau lumut, satu lagi warna ungu. Lama dah, dari zaman aku baru lepas kahwin. Dua tahun lepas dah. Alhamdulillah, sejak berdiet ni muat lagi rupanya aku pakai baju - baju tu walaupun dah sendat! HAHA.

Last year, lepas bersalinkan Adam aku ada beli satu polkadots cotton. Beli online. Masa tengok kat lappy macam comel je engkau, tapi bila sampai depan mata, rupanya cotton yang heavy tu. Comel memanglah comel. Polkadots nya warna - warni macam Smarties. Emak kata sesuai sangat kalau dibuat sarung tilam. Terluka betul aku. Emak mahal tu mak!! Jadinya cotton tu terperap sajalah tanpa diperlakukan apa - apa. Setahun jugak kain tu terbiar macam tu saja sampailah hari tu datang seru nak buat kain tu jadikan baju kurung moden. Kelassss kau jah gemuk gedempol pun ada hati kau nak melaram! HAHA!

Kain sebelum dijadikan apa - apa. Nak buat ihram pun tak lepas. Mana boleh ihram warna - warni gini!
Bila dah dijadikan baju, segan pulak aku nak pakai sebab kurung moden kan ala - ala sendat. Padan muka aku. Dah tau gemuk, buat lagi baju macam tu. Lagipun kain dia heavy sangat, kalau aku pakai kan, aku dah macam Robocop jalan tegak je. Eh ke macam Spongebob gitu sebab kotak sangat! Last - last aku pakai kain dia saja. Matchingkan dengan baju zaman dulu - dulu yang dulunya tak muat pakai, sekarang dah muat balik! HAHA! Amin!

Tuh tuh tuh! Comel kan kan kan?
Dan lagi dan lagi!
Eh ada gambar aku yang vain! HAHA! Double chin pun tak kesah yang penting bahagia. Suami sayang. Ecehceh!Muka berminyak boleh buat goreng keledeklah!
Ni pose aku yang paling menyampah aku nak tengok. Apasal entah. Tapi aku saja je nak tunjuk betapa sekarang aku dah ada pinggang! KEHKEHKEH! Adoi!
Aku sekarang ni buat wardrobe clearance. Baju - baju yang dah out - of - date, aku asingkan. Semoga tahun depan ada rezeki boleh menambah koleksi baju kurung. Insyaallah. Beli bahan kain ela yang murah - murah saja. Bak kata Kak Wa, aku kan dah cantik. Pakai apapun cantik. Errrr tu Kak Wa kata tau, bukan aku kata. KEHKEH. Janganlah loya tekak dengar. HAHA.
Eh korang kalau tau mana nak beli kain ela murah - murah, bagitaulah ye!

Dah. Bebbbaiiiii!

Kisah Membakar Haiwan Dan Diserang Lipan Sekali Lagi.

Selalu tak reti sebut Barbeque selalu sebut "BABIque" kalau nak nampak awesome sikit aku sebut BBQ. Kenapa aku tak pandai sebut janganlah tanya kan. Umpama engkau tanya kenapa ketam jalan senget atau kenapa katak bernafas melalui kulit. Dah aku tak reti sebut maka bear with it lah. HAHA. Oh semalam kami buat BBQ (Cehceh tak reti jugak nak kata Barbeque!) secara membabi - buta. Sebab tak prepare apapun. Last minute punya preparation. Suami balik kerja terus prepare bumbu (Rencah) untuk marinade ayam dengan udang. Itu saja pun benda - benda yang nak dibakar. Tak ada haiwan lain. (Semalam macam nampak ada lotong belakang rumah)

Lepas solat Maghrib, tetamu kehormat pun sampai. Meme dengan Wah (Auntie). BBQ ni pun buat sempena birthday dia orang last week. Tak dapat nak beri apa - apa, maka dapat beri ini sajalah. Baiknya hati aku! HAHA!

Ini budak kerjanya nak terkam bara api je. Tak takut panas ke apa! Haih!
Haiwan sebelum dikorbankan. Lulur dulu badan kasi lazat! HAHA!
Dari proses marinade sampailah penyediaan sos sampailah bakar - membakar semuanya Chef rumah kami yang sediakan. Ehem Chef sayang I lah kan! HAHA! Suami memang berbakat besar dalam menyediakan benda - benda macam ni berbanding isterinya. Isterinya tahu makan dan membebel saja. HAHA. Orang lain tak boleh buat kacau kalau dia dah ready nak pegang senduk. Tak boleh komen tak boleh bising - bising. Nanti dia tak fokus! HAHA! Makanya kerja kami senang saja. Buka mulut dan makan kenyang - kenyang!

Sos pencicah dengan sos botol. Ikut suka nak try yang mana.
Uiiiiiiiiii nampak mengiurkanlah!Haaa featuring tangan Chef all-time-fav!
Setiap kali buat BBQ, suami akan cuba resepi baru untuk marinade haiwan - haiwan yang terlibat. Macam untuk BBQ kali ni, suami tambahkan Sos Nando's yang extra hot bagi rasa pedas dia menyengat lebih sikit. Memang pedas tapi rasa dia memang kick habislah! Pandainya aku pilih suami!

Dah siap! Rupa bentuk memang palat tapi rasa dia sangat memukau! NYUMNYUM!
Burp! Kenyang alhamdulillah! Memang sedaplah, sayang! Semua orang puas hati dengan BBQ malam ni. Buat simple saja. Pencuci mulut pula Jelly kelapa emak yang sedap sejuk sedunia. Nyumnyum! Memang makan banyak aku malam tadi. Sampaikan suami pun hairan agaknya apasal isteri dia makan banyak sangat. Kata diet! WAHAHAHA!

Siap je bakar - bakar, aku duduk kat hall online dengan Meme, Adam pun dah tidur. Tiba - tiba terasa ada benda merayap dalam seluar tidur. Rupa - rupanya lipan! Cis! Lumat emak kuntau dengan kaki! HAHA! Aku ni memang berjodohan dengan lipanlah. Haih!

Dah. Babai!

Tuesday, September 27, 2011

Nasihat Untuk Lelaki -- Untuk Diri Sendiri Juga


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Share from Amirul Mujahidin

Open House Membuatkan Perut Kenyang Hati Pun Senang. Eceh!

Open house pertama yang aku terjah sempena bulan Syawal adalah rumah Kak Sally. Ni invited saja. Lebih kepada perjumpaan rahsia ahli Geng Gagak Hitam. Sebab yang dijemput 5 orang sahaja. Atau bolehkah aku panggil ini sebagai open house save budget? Harharhar. Jahatnya saya! Wah dapat jumpa Tika. Rindu sangat dengan kekasih gelap aku yang sejak – sejak akhir – akhir ini semakin radiant bergelar isteri orang. Tak sabar nak tunggu berita gembira dari dia. Manalah tau kan, kalau perempuan ke babynya nanti terus cop jadikan pasangan Adam. HAHA.

Menu special Kak Sally masak adalah Nasi Ayam, ayam panggang, sup (Sudah semestinya) buah – buahan potong tabur dengan asam and ada ice cream. Tapi aku terlupa nak makan ice cream. Cis! Tulah aku sibuk sangat gosipkan pasal tuttttt terus terlupa nak ratah ice cream. Ruginya! Sejak berdiet hampir dua bulan macamana boleh terlupa nak makan ice cream? Sesungguhnya kami tidak berjodohan. Tapi sebelum balik sempat rembat buah potong, makan dalam kereta.Jadilah. Dari langsung tak dapat rembat apa –apa. HAHA.

Perempuan ni memang tau! Datang terpaling lambat! Sampai berkeroncong perut aku tunggu dia sampai. Cis dua kali!
Skandal saya asyik menjeling makanan. Haish!
Alamak. Kepamnya muka! Tak kisahlah janji hati bahagia kerana kenyang! Burp! HAHA!
Alang – alang dah jumpa macam ini, kenalah update sikit gossip – gossip semasa yang berlaku di sekitar sekolah. HAHAHAHA. Sambil bergosip sambil mulut sumbat popiah pintal. Memang tak sedar dah nak licin sebalang.Tak guna tadi masa makan nasi ambil nasi seciput saja konon – konon dengan ketatnya mengikuti rejim diet. Tapi melantak biskut raya berbalang – balang. Punah plan diet aku!

Aku macam biasa, bergerak secara solo dan berseorangan. Barulah ada aura – aura misteri sikit. HAHA. Kempunan kawan – kawan nak gomol Adam sebab Adam selesema jadi aku tinggal dengan nenek di rumah. Suami sayang pula kerja jadinya terpaksalah aku berpura – pura single hari itu. HAHA. Bukankah aku suka menyamar single? Tettttt! Malangnya Adam sangat hyper dan bencikan car seat. Kalau tak, boleh juga aku sumbat dia duduk dalam car seat dan bawa dia kemana – mana saja aku pergi walaupun suami kerja. Tak payah risaukan siapa nak pegang Adam. Ya malang sekali Adam bencikan car seat.

Oh terima kasih Kak Sally bagi perut aku kenyang sementara. Sedap masaknya! Cuma duit raya saja tak ada. Kedekutlah! Sebab kedekut, aku taknak tepek muka Kak Sally kat sini! HAHAHAHA!
Dah. Bebai!

Monday, September 26, 2011

Sayalah Hero Hemsem Mama!

Assalamualaikum everyone! Nama saya Adam. I guess semua orang pun telah sedia maklum nama saya Adam sebab Mama asyik tulis pasal saya dalam blog Mama. Sampaikan semua kawan Mama kenal saya dan saya jadi malu – malu bila kawan – kawan Mama cubit – cubit pipi saya dan kata saya comellll comellll. Tapi Mama selalu ambil kredit kecomelan saya. Mama kata saya comel sebab Mama comel! Mana ada Mama!

16 September yang lepas genap usia saya empat belas bulan. Oh sekarang saya sudah boleh berjalan! Malah saya juga sudah boleh berlari! Ada yang lebih hebat! Saya boleh memanjat grill! Tapi Mama tidak berapa berkenan setiap kali saya memanjat grill. Mama akan menjerit seperti gorilla sambil berlari kearah saya “Adam NO NO NO! Danger! Danger!” Oh satu hari saya akan dengar perkataan DANGER sebanyak 16 juta kali. DANGER apabila saya mahu memanjat motor, DANGER apabila saya memanjat meja, DANGER apabila saya tarik wayar TV atau peti sejuk, DANGER apabila saya pegang cawan atau pinggan kaca, DANGER apabila saya masukkan batu ke dalam mulut. Semua DANGER DANGER DANGER! Mama! Bila saya mahu belajar kalau semua benda adalah DANGER?

Mama kenalah tahu, yang sekarang hobi baru saya adalah membuat aksi berbahaya, Mama!

Tapi Papa cool! Kalau saya buat aksi nakal Papa selalunya akan senyum saja sambil melihat saya membuat lagak ngeri. Papa akan pastikan saya sentiasa berada dalam keadaan selamat tapi Papa tak pernah keluarkan perkataan DANGER kepada saya. Cuma apabila kami mendengar suara Mama sayup – sayup menuju kearah kami, barulah Papa akan pura – pura marahkan saya sambil berkata “No Adam! It’s DANGER!” Untuk itu, saya lebih sayangkan Papa cool saya!

Tapiiiiii saya tahu Mama saaaaaayang saya yang teramat sangat. Bila pagi – pagi Mama bangun dari tidur, Mama akan cari ketiak masam saya dahulu. Mama akan gomel – gomol saya sampai saya menangis. Sebelum Mama pergi sekolah, Mama akan cium saya banyak – banyak kali. Macam itu jugak kalau Mama balik dari sekolah. Mama selalu senyum dan ketawa kalau saya buat muka comel sambil tersengih – sengih tunjukkan gigi saya yang besar. Kalau saya demam, Mama tak tidur malam, sekejap – sekejap Mama akan jenguk saya. Kalau saya jatuh dari sofa, Mama usap – usap tempat yang sakit sambil Mama kata “Hero Mama kuatttt, hero Mama kuatttt” Lepas saya sudah diam, Mama akan beri ceramah keselamatan di dalam rumah sampai saya boring. Mama selalu belikan baju cantik – cantik, botol comel – comel. Saya saja yang nakal sebab tak mahu dengar cakap Mama. Saya nak panjat – panjat!

Sekarang saya sudah mahu makan. Saya makan semua benda yang Mama makan. Saya suka kalau Mama makan jeruk, nanti saya rampas jeruk dari Mama. Tapi jangan buat macam ini kalau Mama tengah bad mood, nanti saya nahas. Oh saya suka makan nasi lauk sup telur. Sedap dan menyelerakan. Kalau makan lauk ikan saya tak berapa favourite. Rasa ikan tak sedap! Walaupun saya suka cokelat, Mama jarang – jarang beri saya makan cokelat. Mama kata tak boleh beri saya makan cokelat, sebab nanti saya end up jadi out of control. Sugar rush! HEHE!

Sekarang juga saya sedang menggilai Upin Ipin. Saya suka tengok Upin Ipin. Comelnya! Saya ada sehelai baju Upin Ipin. Itupun Abang Fateh yang punya. Saya ambil. Mama asyik kata nak belikan saya baju Upin Ipin tapi tak jumpa – jumpa juga. Mama kata sekarang musim Angry Birds, musim Upin Ipin dah habis dah. Tak tahulah Mama tipu keapa.

Bila tidur malam, saya suka kalau Mama susunkan soft toys saya semua sebelah saya. Barulah saya boleh tidur dengan riang rianya. Jadi bila saya golek – golek, badan saya tak akan berasa sakit, sebab ada soft toys yang mengawal kiri – kanan saya. Macam bodyguard! HEHE! Bila saya terbangun tengah malam dan Mama syok tidur tak mahu main dengan saya, saya akan main – main sendiri dengan soft toys saya. Sampailah saya tertidur semula.

Sebelum tidur, tak kiralah tidur malam atau tidur dalam kereta, saya cukup suka kalau Mama nyanyikan untuk saya. Lagu yang sekarang saya suka adalah lagu “Di Pondok Kecil”. Mama nyanyi bukan sedap sangat, tapi saya suka! Tak tahulah kenapa, tapi suara Mama menenangkan saya. Suara Mama tengah marah saja yang membingitkan saya. Tapi kalau Mama nyanyi, cepat saja saya tertidur.

Sekarang saya sudah boleh sebut beberapa perkataan. Saya juga suka meniru Mama menyebut perkataan – perkataan mudah. Kalau saya sebut dengan betul, Mama bagi upah geletek satu badan. Tak suka! Jadi saya selalu buat – buat salah sebut. Nanti Mama sangat bengang. Pun saya kena geletek satu badan jugak! Hari – hari lepas dinner and sebelum tidur, mesti ada English lesson dengan Mama. Kadang – kadang Mama bacakan story book untuk saya. Dan kalau saya behave, Mama beri saya makan gula – gula.

Kalau dengan Papa lebih syok! Papa ajak saya naik motor keliling kampung. Papa ajar naik basikal, Papa bawa pergi jalan – jalan di kebun tepi rumah. Papa ajak tengok fish dalam parit depan rumah. Papa ajak main dengan ayam. Best best best! Kalau Papa ada banyak masa, Papa main wrestling – wrestling sebelum kami sama – sama main Angry Birds. Tapi jangan main lama – lama. Kena sleep. Sebab kalau tak sleep, Mama pula yang jadi Angry Birds.

Papa kata naik kereta kena pakai helmet. Barulah jatuh taksakit!
Budak kampung kenalah pandai kupas kelapa! Barulah macho!
Mama nak toys!
Bila Mama solat, saya suka tengok Mama. Masa itu, saya tak akan membuat perkara nakal. Saya duduk diam – diam atas katil sambil dengar Mama berdoa,

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah anakku anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Dapat berbakti kepada agamanya, negaranya dan bangsanya. Berikanlah kesabaran dan keredhaan yang tinggi di dalam hatinya. Jadikanlah dia lelaki yang soleh, beriman dan berilmu, bijak serta mendapat keberkatanMu di dunia dan di akhirat. Jadikanlah dia anak yang menyejukkan hati ku, yang menjadi kebanggaanku di dunia dan di akhirat. Murahkanlah rezekinya Ya Allah. Permudahkan urusannya, Ya Allah. Rahmatilah dan Kau lindungilah dia Ya Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin!”

Mama berdoa untuk saya.

Semoga saya membesar menjadi seperti apa yang Mama impikan. Saya saaaaaayang Mama, Papa, Atuk, Nenek dan semua!

Babai semua! Jumpa lagi!

Saturday, September 24, 2011

Sabtu Aku. Diari Emak - Emaklah.

Hari ini sungguh panas sedunia. Adam hampir terbogel sebab dia berpeluh dengan lebat sekali dan kerana dia tak boleh duduk diam, sekejap - sekejap panjat sofa dan sliding dengan riangnya, maka emaknya pun terpaksa panjat sofa dan sliding sekali dan emaknya pun berpeluh dengan lebatnya juga! Haih!

Bila Adam sudah hampir lesu sedikit sebab belum makan, maka aku dudukkan dia dan suap dia dengan nasi lauk sup telur. Adam suka sup telur! Walaupun sesi lunch dia seantero rumah (Kerana dia makan sambil berlari - lari satu rumah) tapi bila tengok dia makan dengan penuh berselera maka sejuk sikit hati walaupun nantinya terpaksa menyapu dan mengemop satu rumah.

Bila Adam sudah kenyang bermulalah sesi nak membobokkan dia supaya aku boleh buat kerja lain macam lipat baju, kemas wardrobe, iron baju kerja suami dan baju aku pergi sekolah ataupun cuma duduk bermalasan di depan laptop mengupdate blog.HAHA. Dua cubaan membobokkan Adam. Pertama kali gagal. Dia keluar lari dari bilik dengan begitu pantas sekali terus menyorok bawah dapur. Cubaan kedua berjaya. Itupun selepas beberapa kali Adam gigit tangan aku.

Bila hero panjat sofa sudah tidur, barulah aku duduk depan TV sambil lipat baju yang sebakul tu. Mula - mula asingkan baju mengikut kategori. Papa punya, mama punya dan hero panjat sofa punya. Lepas itu baru lipat ikut kategori tadi. Barulah cepat sikit nak lipat. Tak payah pening kepala nak sortingkan baju. Lepas lipat, susun cantik - cantik dalam wardrobe. Susunan yang paling aku suka adalah color coded! HEHE. Suka tau suka tau susun baju ikut warna. Very the like!

Lepas lipat baju, barulah mandi (Alamak kantol mandi tengahari!) solat dan lunch. Lepas lunch, sementara hero panjat sofa tengah bobok, aku duduk tengok TV dengan emak. Emak pulak baru lepas buat jelly kelapa. Alamak! Panas - panas pekena jelly kelapa sejuk baru keluar dari peti ais alahai memang terbaiklah! Pulaknya emak buat dalam mangkuk besar - besar, haihhhhh memang ibarat puasa seharian dan time berbuka dapat korek idung!

Nampak tak helaian kelapa muda berenang - renang penuh ghairah di situ? Slurpppppp!
Nak cuba sendiri kat rumah? Resepi di sini!
Malam ini lepas suami balik kerja nak bertolak ke Kota Tinggi, rumah Mak Ngah. Esok kalau ada rezeki boleh pergi Balau! Yeayyyyy!

p/s : Takziah untuk family Wak Li sekeluarga atas kehilangan insan tersayang dalam keluarga. Al - fatihah.

Dah.Babai!

Thursday, September 22, 2011

Tapioca Nervosa Mimosa Pudica.

Aku budak kampung. Tengoklah sajalah alamat. Kampung Parit Banyumas. Sudahlah budak kampung, orang Jawa lagi pula. Jawa kampunglah jadinya aku ni. 

Perut aku tak pandai kalau disuruh - suruh makan lasagna, pavlova, ke hapekejadahlagi nama makanan yang aku tak tahu sebut. Sungguhpun macam itu, aku tidak pula memakan tempe. Kata Jawa, kok tak makan tempe? Maka begitulah. Aku pun pening dengan diri sendiri. Betul. Aku tak makan tempe.

Tapi, makanan kampung yang lain selain tempe masuk assalamualaikum ke dalam perut aku yang babatnya berlapis - lapis ni.

Dan emak sungguh cool kentang cap rambutan apabila menyediakan ubi rebus calit sambal tumis sebagai kudapan selepas makan malam. Tengok! Emak aku berjiwa penyayang. Lepas mencekik nasik sebagai menu dinner, dia sumbat pulak perut kami dengan ubi godok*. Jadinya anaknya dan menantunya gemuk bersama - sama.

Meleleh air liur. Ubinya empuk montok. Sambalnya perghhhhhhhhhh!
Terbaik satu dunia!

Babai!

Bila Wanita Cantik Diserang Batuk

Aku sudah hampir 3 minggu diserang batuk yang sungguh luar biasa sound effectnya. Semacam ekzos motor yang tercabut besi dalamnya. Super menyakitkan telinga.

Kadang - kadang, Adam dengar aku batuk langsung dia pandang aku dengan penuh kepelikan? Mama saya sejenis haiwan kah? Sebab kadang - kadang aku batuk serupa bunyi anjing. Khong khonggg khonggg!

Kalau di sekolah, batuk begini buat aku terasa macam hendak cabut tekak dan buang ia dalam longkang. Sebab ia menyusahkan. Menyusahkan aku dan orang ramai. Menyusahkan aku sebab setiap kali aku batuk tekak terasa perit nauzubillah macam kena hiris - hiris. Menyusahkan orang lain sebab bunyi batuk aku mencemar ketenteraman awam.

Oh aku ada jumpa doktor. Doktor kegemaran jugak sebab beliau kacak. Suka treat aku dengan penuh sopan - santun. Aku pun sudah macam ulat bulu naik daun. Sebab itu bila aku minta suami hantar aku ke klinik doktor ini setiap kali aku sakit, bila tiba turn aku untuk rawatan, suami mesti masuk sekali. Sebab perangai akulah macam ulat bulu naik daun. (Ulat bulu kalau naik daun macamana? Tergedik - gedik ya?) Siapa duduk Yong Peng mesti tahu Doktor Mutallib. Alah kacak!

Doktor kata kahak aku banyak sangat. Bila dia tanya suka minum ais kah, aku balas dengan sengih saja.

Dua ubat ini terutama yang cecair itu, rasanya semacam ketiak!
Aku redha dengan ujian Mu Ya Allah. Walaupun suami selalu terkejut kalau aku batuk. Bunyi apa tu bunyi apa tu! Katanya tanpa sebarang perasaan bersalah.

Cis!

Dah. Babai!

Kau Ni Asyik Nak Cantik Jeeee! Menyampah Aku Lah!

Kataku kepada diriku sendiri.

Baiklah kawan - kawan. Aku seorang yang suka nak cantik sepanjang masa. Engkau bayangkanlah, masa pregnant dekat - dekat dengan due date nak bersalin dulu aku selalu standby tidur dalam keadaan comel dan berlipstick. Semata - mata nak bersalin (Manalah tau kot - kot terbersalin tengah - tengah malam) dalam keadaan yang cantik. 

Aku tak kisah berbelanja besar asalkan tampil menawan dan cantik. Eheh. Tapi itu dululaaaahhh. Sebelum aku berkahwin, sebelum ada Adam. Sekarang ni aku budgeting sikit. Apa - apa kena rujuk Kementerian Kewangan dulu. Eheh.

Siapa tak suka cantik, kan? Cantik tu pada aku, kemas, tak selekeh, muka bersih dan wangi. Brand tu bonuslah. Kalau pakai barang branded kalau engkau mampu apa salahnya, kan? Bukan engkau minta duit aku beli.

Berbalik kepada tajuk asal iaitu cantik. Semuanya bermula bila Naddy selalu cerita mengenai Naturactor Cover Face. Bila dia selalu sangat buat iklan free di hadapan aku, aku pun langsung tergerak hati nak mengoogle menatang itu. Sebab dengar gebang Naddy, macam syok - syok juga pakai naturactor itu. Lantas aktiviti pengooglelan pun dijalankan. Okeh banyak juga review mengenai produk ini. Aku bertambah terangsang. Eh! Lantas terbeli.

Dan tadi ia telah selamat sampai di rumah.

Bila dah sampai, takkan nak tengok aje. Kenalah cuba! Haih!

Naturactor ada dua. Satu dari Jepun, satu dari China. Dinasihatkan beli yang dari Jepun. Ada 5 warna sahaja. Kalau yang dari China, ia telah diformulasi semula menjadi 10 warna. Dah tak cool sangat.
Untuk kulit Melayu yang cerah pilih nombor 141. Ni bukan nombor rumah ye. HAHA. Tak kelakar.
Dari segi tekstur, memang ia super ringan dan blend in sangat naturally. Macam engkau langsung tak rasa muka engkau sedang bertepek make - up. Best - best sahaja. Tak berminyak dan tahan lama jugak. Tapi kalau engkau duduk bawah matahari dan berlari - lari ditengah panas, sudah tak berapa long lasting sangatlah.

Dari sudut coverage pulak, ermmm aku rasa BB Cream Sunplay Skin Aqua lagi hebat dan berkuasa Gaban lagi kot. Pada akulah. Sebab naturactor ni tak menutup pores sangat. Jerawat pun berbintat - bintat masih kelihatan. Kalau BB Cream Sunplay Skin Aqua memang coverage dia cap jempol! Ke aku yang tak pandai pakai naturactor tu? KAHKAHKAH!

Ini aku pakai naturactor.
Ini aku pakai BB Cream Sunplay Skin Aqua.
Dan aku lebih suka muka aku bila pakai BB Cream Sunplay Skin Aqua. Tapi esok aku cuba lagi pakai naturactor. Sebab review dia orang kata bestttt besttt kenapa bila aku yang pakai sungguh tak membestkan? KAHKAH. Menyampah aku sorang - sorang. Takpe! Usaha tangga kejayaan!
p/s : Aku menyampah tengok pores yang boleh buat tanam jagung tu! Pui!

Dah.KBhai!

Wednesday, September 21, 2011

Burung Yang Marah / Rabu Tanpa Kata - Kata (4)

Yang, kalau ayang marah kan, sebijik macam Angry Bird warna merah. Tapi comel laaaa.. comel!

Tak mampu nak membalas balik kata - kata suami. Aku ni isteri yang grumpy!

Dah.KBhai!

Tuesday, September 20, 2011

Duit Raya Adam Juta Juta Juta!

Menahan perasaan saja setiap kali duit pelbagai warna dan selalunya diselit dalam sampul yang ceria rekabentuknya, dihulur tetapi bukan untuk aku. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk manusia bambam yang kacak bergaya itu!

Emaknya menahan perasaan! Menahan perasaan!

Raya kali ni, Adam tak beraya sangat sebab emak bapaknya malas nak beraya. Duduk rumah tunggu tetamu datang ataupun kalau beraya pun hanya ke rumah saudara mara terdekat. Oh dan rumah kawan - kawan kerja. Masa beraya dengan kawan - kawan sekolah, Adam telah diabaikan. Aku single sekejap.

Semalam selongkar duit raya Adam, korek - korek dalam handbag, dalam dashboard kereta, dalam beg gantung dalam paperbag, kat mana - mana celah yang ada sampul raya semua dikumpulkan satu tempat. 

Wahhhh! Boleh tahan banyak jugak! $$$$ Tapi belum kira total dia. Nak tunggu raya ke 30 nanti baru nak kira sama - sama dengan suami. Lepas itu simpan dalam bank. Baru berhajat nak buka akaun bank Adam sendiri. Menabung sikit - sikit untuk Adam. So nanti bila Adam besar dan mahu kahwin dia sudah ada simpanan yang cukup. Eh no? For his educational purposes lah. HAHA.

Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua yang bagi Adam duit raya!
Oh selamatlah sebab Adam sudah pandai bersalam. Comel kalau engkau orang tengok Adam main hulur tarik tangan dengan orang yang mahu bersalam dengan dia. Annoying, kan? Tapi nak pukul tak sampai hati sebab Adam terlampau comel. HAHA.
Lagi satu perangai emak dia yang turun kat dia, setiap kali orang beri duit raya Adam akan belek warna duit itu sebab Mama selalu kata "Adam, find the red one. Blue? No!" HAHA. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Olohloh. Buat muka comel seperti ini siapapun tak mampu melawannya. HAHA.

p/s : Hopefully collection Adam boleh bertambah di hari - hari akhir Syawal. Ehehehh!

Dah.KBhai!

Mengukur Bahagia

How does you measure your happiness?

Dengan duit yang banyak? Dengan gf / bf / isteri / suami yang kacak bergaya dan cantik? Rumah yang besar? Perhiasan dan emas yang melimpah ruah? Anak - anak yang comel serta bijak bestari? Kereta besar? Kekayaan?

Dan kalau andai kata suatu hari nanti kita dah takde semua - semua tu, mampukah kita menjalani hidup yang bahagia?


Awak dah tak ada apa - apa sekalipun, saya tetap cinta dan sayangkan awak. Bukan cakap kosong, sayang. Kerana saya dah buktikan.

Dah.KBhai!

Monday, September 19, 2011

Bengkak Susu Dan Petua Jawa Untuk Mengubatnya

Ecehceh. Mentang - mentang baru lepas tengok cerita Hantu Susu di Astro Ria terus buat entry yang ada kaitan dengan susu dan breast. KAHKAH.Entah apa - apalah engkau! Eh tapi entry kali ini sangat berguna untuk dijadikan panduan dan rujukan khasnya untuk para ibu - ibu hamil juga ibu - ibu dalam berpantang. Eceh. Tengokkkk tengokkkk. Gaya cakap dah macam Jamu Mak Dara punya pengasas. Pui! HAHA.

Bengkak susu adalah satu fenomena yang insyaallah akan dialami oleh SEMUA wanita yang baru melahirkan. Tak payahlah engkau pasang angan - angan supaya ini tidak akan mengenai engkau sebab insyaallah kalau ada rezeki engkau tak dapat lari punya. HAHA. Chill. Jangan panik. Atau kalau nak panik pun panik sekaranglah, jangan masa tengah kena bengkak susu baru engkau nak panik. Time tu dah tak boleh nak chill chill lagi, okay? Bengkak susu ini adalah dimana sebelah breast engkau ataupun mana yang bernasib baik, kedua - dua belah breast engkau akan membengkak kerana susu memproses diri sendiri dengan galaknya. Kalau dah bengkak saja takpelah. Boleh feeling - feeling seksi sikit tapi bengkak ini disertai dengan kesakitan yang maha dahsyat yang boleh membawa kepada demam, menggigil - gigil, rasa tidak keruan dan akhir sekali boleh engkau buat adalah menangis secara berirama.

Aku pun kena juga masa dalam berpantang.

Rasa dia macamana? Tak boleh nak gambarkan. Berdenyut - denyut. Breast mengeras dan sangat tidak selesa. Badan seram sejuk, menggigil, demam. Waktu itu rasa seperti mahu tanggalkan breast dan campak pada suami.

Masa aku kena bengkak susu, masa tu adalah hari ke tiga selepas aku bersalin. Kena waktu malam. Pukul 2 - 3 pagi aku bangun menggigil - gigil. Breast tersangatlah sakitnya sampaikan kalau tersentuh dengan baju, sakitnya sampai ke tulang punggung. Bayangkan. Aku cuba urut sendiri perlahan - lahan tapi setiap kali kulit tangan tersentuh kulit breast, rasa macam mahu sepak seseorang. SAKIT! Aku cuba tuam dengan air batu (AWAS! Jangan tuam dengan air panas. Cara itu adalah salah sama sekali!) Nak tuam dengan kubis sejuk, mana pulak aku nak cari kubis tengah - tengah malam gitu!

Aku cuba nak kejutkan Adam and direct feedkan dia bagi bengkak susut sikit, tapi tak sampai hati pulak sebab Adam tengah tidur lena. Nak terguling - guling pun tak boleh jugak. Masa dalam pantang mana boleh golek - golek. Sudahnya aku berendam air mata sorang - sorang sampai memandang suami dengan pandangan geram. Yelah kan, sebab diala aku jadi macam ni. HUHU. TAK KELAKAR!

Esoknya aku demam.

Emak urut pun tak boleh jugak. Tetap bengkak. Oh masa tu midwife tak boleh datang sebab dia pergi rumah saudara di Kota Tinggi. Akhirnya, emak bagi satu petua lama orang - orang Jawa. Petua ni hanya berhasil dengan keredhaan suami dan dengan izin Allah sudah semestinya. Caranya, ambil underwear suami yang belum berbasuh dan gosokkan di bahagian yang bengkak. Insyaallah. 

Emak, kenapa tak cakap awal - awalllllll!

Aku paksa suami buka underwear dia time tu jugak and dengan lafaz bismillah terus aku sapukan kat bahagian breast yang membengkak sakit nauzubillah tadi. Dengan izin Allah tak sampai beberapa minit, bengkak tu menyusut dan sakit beransur - ansur hilang. Alhamdulillah. Syukur. Dapatlah aku lelapkan mata lepas dah tak tidur semalaman.

Aku pun taktau apa perkaitan antara underwear tak basuh tu dengan bengkak susu. Takda kaitan. Tapi tak kisahlah. Tak kuasa aku nak peningkan kepala semata -mata nak cari perkaitan antara underwear dengan breast. Yang penting breast aku happy dan ceria!

Eh Cubalah. Mana tau kan?

Dah.KBhai!

SueRedTag --Buy With Confidence. Ecehwah!

Online shopping ni kalau tak iye iye memang horror. Lagi - lagi kalau yang mengamalkan prinsip muamalat menipu orang ramai. Mana - mana yang pernah terkena mesti akan merasa sungguh palat sekali. Alhamdulillah, dah beberapa kali aku online shopping setakat ni belum pernah kena benda - benda yang menyakitkan hati dan jantung. Cuma ada satu kes masa bulan Ramadhan lepas. That one aku pendingkan dulu sebab akak tu mintak setel baik - baik. Okeh okeh next next cerita lain!

Gatal - gatal nak merasa beg mahal mendorong (Ecehceh.. mendorong!) aku untuk meng-usha beberapa online blogshop yang menjual beg - beg berjenama. Alaaaa bukan nak pakai jenama yang meletupssss - letupsss pun. Tak cukup duit, noks! Aku dah lama sebenarnya berhajat nak pakai Coach. Selama ni dok pakai yang jual grade AAA tu je. Keji betul! HAHA. Jadi teringin pulak nak pakai. Duit dalam tabung ayam pun dah cukup. Jadinya beranganlah nak rembat seketul - dua.

Dalam banyak - banyak online blogshop tu aku terpikat dengan satu blogshop ni. Owner blogshop ni memang aku dah kenal dari zaman Friendster lagi. Tok kaduk punya zaman. Orangnya cantik dan fussy. Fussy tu yang best tu. Sebab kalau owner dia fussy confirm kualiti menjadi satu aspek yang dititik - beratkan dalam menjual sesuatu barangan. Apasal ayat aku macam ayat dalam pamplet jualan murah penghujung tahun ni!

Supposedly aku bank in kan baki payment hari Rabu, lepas aku balik dari Penang. Aku dah inform dia awal - awal aku tak dapat nak bank in awal sebab aku kat Penang and malas nak cari bank. Internet connection pulak takde. So aku ingat, hari Rabu balik dari Penang baru aku nak bank in. Tapi alangkah terkejutnya aku, sebab pagi Rabu tu Postman dah terpacak depan rumah bawak parcel dari dia. Sedangkan aku tak bank in lagi baki payment tu. Terharunya bila aku mesej dia kat FB tanya kenapa dia pos beg tu awal dan dia jawab ;

Terharu kuasa lapan!
Dan, aku sungguh tak menyesal beli dengan dia and tunggu selama 2 weeks for the item to arrive sebab memang aku puas hati sangat - sangat. Dahlah packaging dia first class. Hantar dengan kotak jadi takdelah beg aku terpenyek macam lepat pisang. Kegebuan handbeg masih terjaga. Kelasssss kau, jah!

Dalam bersih rapi dan terjaga. Takde sebarang cela.
Luar pun tiptop takde kesan sambal kacang ataupun kuih samperit.
Yang bestnya siap ada ini!
Sesungguhnya aku berpuas hati yang amat. Memang worth the money. Dan lepas ni memang aku takkan cari online blogshop lain kalau nak beli apa - apa sebab aku dah jumpa online blogshop idaman hati. Ecehwahhhh!


Dah.KBhai!

Embun, Jadilah Insan Yang Terpaling Berguna

Setelah hampir melupakan tujuan asal kami ke Penang (Yang akhirnya telah tersedar kembali sebab masing - masing sakit) maka tibalah hari keramat yang ditunggu - tunggu oleh semua orang tapi tidak ditunggu - tunggu oleh Embun. Hari dimana kami akan meninggalkan dia di Penang, bersendirian dan jauh dari kasih sayang keluarga. Sob sob sob.

Pukul 8 pagi (Selasa, 6hb September 2011) kami dah terpacak di USM. Okay jangan tanya lebih - lebih apa nama tempat yang ada di USM ni sebab aku haramtaktahu! HAHA! Emak bertanggungjawab teman Embun register itu ini sementara anak - anak yang lain bertempiaran menjaga anak - anak masing - masing. Aku sedikit bernasib baik sebab anak baru satu dan suami gigih sekali mem-baby sit kan Adam sepanjang masa. Untuk itu, aku sayang suami lebih sikit. HAHA.

Olohlohloh dia sangat behave dengan papa!
Manusia yang lalu lalang di dewan pendaftaran memang super ramai dan sesak. Macam - macam jenis manusia yang kau boleh tengok. Hari - hari pertama bergelar mahasiswa/i macam ni memang menghiburkan untuk ditonton. Tak lupa, aku sekali cuci mata kalau - kalau ada lelaki kacak yang boleh dingorat. Kahkah jahanamnya perangai! Okay tak. Aku cuci mata dengan ikhlasnya.

Menunggu bukan lah satu benda yang jadi kepakaran aku. I hate waiting! Menunggu tu boleh buat aku jadi gila. Lagi - lagi bila perut aku sakit memulas nak uk uk dan aku toleh kiri kanan tak ada toilet. Terima kasihlah pihak USM kerana tidak menyediakan toilet dalam kawasan yang mudah didapati. Aku sangat stress cari toilet sampaikan aku rasa macam nak melepas kat khalayak ramai! FINE!

Maklong di serang migrain. Dan anak - anak beliau sorang - sorang buat perangai hantu.
Lebih kurang dua jam tunggu selesai proses mendaftar, ada berita baik. Rupanya luggage kena naik lori dan manusia kena naik bas / catered van. Tak boleh bawa kenderaan sendiri sebab takut sesak. Ok ini berita paling best aku dengar untuk hari ini. Okay, was it just because of me atau Penang memang panas? Sebab aku rasa dalam dua jam aku tunggu Embun siap daftar, aku telah sunburn! Dan peluh dah meleleh - leleh kat belakang baju sedangkan baru pukul 10?

Time ni Embun dah start feeling - feeling sedih. Sob sob sob.
So kami kena tunggu another torturing one hour untuk the van to come and pick us up. Dan harus diingatkan bahawa menunggu bukanlah sesuatu yang seronok ye kawan - kawan. Budak - budak memang tunjuk habis skill merakas masing - masing sampaikan emak masing - masing terpekik - terlolong. Nice job, kids!

Nenek sudah tersangat bosan menunggu.
Maklong sudah mendapatkan bantuan kecemasan.
Again. Optimus Prime dengan emak bapak dia.
Ini aku yang gembira terlebih. Sebenarnya ini adalah effect tubuh - badan yang lambat mendapatkan bekalan nasik. (Ok kenapa kat Penang aku sentiasa lapar? Is it because of the heat?Pui!)
Bas banyak. Tapi untuk ke kolej kediaman Embun, kami memerlukan van! Van! Van! Mana van nya!
Menunggu lagi. Embun sudah hilang separuh kewarasannya.
Dan akhirnya, setelah memaki - maki van yang ditunggu pun tiba. Dan again, kesabaran kami sefamily diuji bila ada seorang pakcik yang dengan selambanya tolak - tolak kami sampaikan aku terpenyek di pintu van, semata - mata dia nak bagi anak dia masuk dulu.Okay saya taknak gaduh, kalau tak mesti pakcik dah lebam mata! Dan bagi membalas dendam kepada pakcik ganas tu dan anak dia (Dan semua orang), Adam telah memberakkan dirinya di dalam van. Dan hasilnya, satu van kepam dengan bau tahi. Nice job, Adam!

My famous annoying face!
Sampai ke kolej kediaman Embun, kitorang terus mengemas dan membersihkan apa yang patut dan lepak - lepas sekejap sebab exhausted. Oh dan aku pergi cebokkan Adam lah. Eh ke suami yang cebokkan? Aku lupa!

Embun kontrol kesedihan.
Lepas siap kemas bilik, kitorang kena pergi car park semula. Kali ni upgrade sikit. Bukan naik van tapi naik bas! Yayyy! Kami nak pergi cari nasi. Lapar.

Dalam bas juga sempat posing. Takpayahlah tanya kenapa. Sifat semulajadi.
Hey semua orang! Kamu masuk blog Cik Puan Bunga!
Kami lunch di warung kakak Indon yang cakap utara. Bapak amazing! Dan dan terubat juga rindu aku pada sambal belacan sebab warung kakak Indon ni ada sambal belacan dan ayam goreng rempah yang sumpah super sedap. Aku makan nasi sampai habis dan toleh kiri kanan semua orang juga sedang khusyuk makan nasi tanpa toleh kiri kanan.

Ye. Semua orang lapar.

Dan, selepas makan kita pun sampai ke acara yang paling tidak di gemari oleh semua.

It's time to say goodbye (Background music lagu Akademi Fantasia masa proses penyingkiran)

Mana tak sedih bila adik yang selama ni membesardepan mata kita, alih - alih hari ni jauh kita tinggalkan di bumi Utara. Embun dah meleleh - leleh air mata. Emak cool bebeh tapi mata emak merah - merah jugak. Anak bongsu lah katakan. Oh dan Maklong jugak tak kurang hebatnya. Nasib baik aku berjaya mengawal emosi (Sedangkan apa - apapun akulah yang terpaling emo sekali!) dan berjaya menenangkan Embun serta diri sendiri. 

Tak boleh lama - lama sebab kereta kami blocking jalan. Harus nangis - nangis secara ekspress dan lambai - lambai Embun yang dalam kesedihan yang super.

Embun,
Belajar rajin - rajin. Ingat pesan Emak abah kakak - kakak, abang - abang.
Jangan buat benda - benda tak senonoh.
Make us proud.

Babai Embun!

p/s : Feeling - feeling sedih pulak.

Dan dengan itu, bumi Penang kami tinggalkan.

Dah.KBhai.