Thursday, September 29, 2011

Belacan

Siapa suka makan belacan angkat tangan! Rugi tak tak suka makan belacan, sebab siapa yang suka makan belacan dia akan cantik dan awet muda. Tengoklah aku. Aku kan cantik dan awet muda. KAHKAHKAH. Muntah lettewwww! 

Semalam aku tak ada selera nak makan, nak makan makanan - makanan eksotik je macam kepala itik ke, kepala lori masak tomyam ke. HAHA. Taklah taklah. Senang kata, aku terasa nak makan belacan saja sebagai lauk dinner. Belacan sahaja.

Jadi emak yang baik hati telah menggorengkan belacan untuk aku. Mula - mula ingat nak buat sendiri, lepas solat bila aku ke dapur dah terbau haruman semerbak belacan yang sungguh menggamit emosi. Alaaaaahhhh perut terus lapar!

Nasi + Tomyam Udang suami rembat dari rumah mertua + belacan goreng campur ikan bilis yang sungguh syiokkkkkkkk!
Ni aku bagi close - up sikit! Peh peh sedap sedap!
Makan dengan nasi panas - panas memang best. Menikmati makanan betul aku dengan penuh penghayatan. Belacan weh belacan! Salah satu nikmat makanan sedap yang Allah bagi kepada hamba - hambaNYA. Yang tak suka makan belacan mintak maaflah banyak - banyak ye sebab belacan memang sedap. Aku suka belacan Melaka. Kalau pergi Melaka confirm beli belacan dengan cincalok sebab suami suka cincalok. Suamikan berdarah Melaka. Ecehwah. Sedara Hang Tuah tu. HAHA.

Orang Jawa mesti tau nak buat belacan goreng campur ikan bilis ni macamana. Mesti punyalah. Sebab ini kiranya one of the Javanese dish yang orang Jawa suka makan sebab simple dimple pejam mata sambil korek hidung pun boleh buat.

Belacan best! Undilah belacan! Eh!

Dah. Bebaiiiiiiiiiiiiii!

10 comments:

watyz said...

erm...erm..malu nak cakap...
saya jual belacan!!! hehehe

Unknown said...

hihih...
i org melaka tp x makan belacan (lupe diri ) sbb my mum n nenet pun x makan. kalau sambal belacan tue, name je sambal belacan tp x masukkan pun belacan ...
btw,
meh dtg melaka,
belacan bakar kat sini terbaek oo... org kate le....

Mrs. Adnan said...

Haha..mati2 ingat CPB makan belacan tu saja semata2..rupenye ade buh ikan bilis..

share la resepi yg boleh buat sambil korek idung tu..hehe! i bukan orang jawa, so tak tau...

Miss Tasantek said...

ini lauk aku sahur ni..hahah...
kalau demam azmee selera makan benda ni je. die tak kan minta benda lain :)
weh..dalm citer p. ramlee nak jual belacan kena ada lesen tau :)

yayath said...

ohhh...alangkah sedapnye nampak ikan bilis berendam dalam belacan tuh:)hehe

bak semangkuk kak!!!hoho

Cik Puan Bunga said...

@watyzNAK BELI! :D

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Haaa betul betul! Belacan bakar melaka is the best in the universe! ecehceh! melaka kat mana? kalau dtg melaka boleh mintak belanja belacan! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanEh janganlah! Saya belum terer lagi untuk makan belacan begitu sahaja! HAHAHA! malulah nak share resipi! kehkeh! nanti PM di FB ya! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekWehhh sedap ni wehhhhh! HUHUHU! Ini lauk yg aku paling terer masak! HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@yayathWahhhh tak agak2! Terus nak semangkuk! HEHEHEHEHE!