Ecehceh. Mentang - mentang baru lepas tengok cerita Hantu Susu di Astro Ria terus buat entry yang ada kaitan dengan susu dan breast. KAHKAH.Entah apa - apalah engkau! Eh tapi entry kali ini sangat berguna untuk dijadikan panduan dan rujukan khasnya untuk para ibu - ibu hamil juga ibu - ibu dalam berpantang. Eceh. Tengokkkk tengokkkk. Gaya cakap dah macam Jamu Mak Dara punya pengasas. Pui! HAHA.
Bengkak susu adalah satu fenomena yang insyaallah akan dialami oleh SEMUA wanita yang baru melahirkan. Tak payahlah engkau pasang angan - angan supaya ini tidak akan mengenai engkau sebab insyaallah kalau ada rezeki engkau tak dapat lari punya. HAHA. Chill. Jangan panik. Atau kalau nak panik pun panik sekaranglah, jangan masa tengah kena bengkak susu baru engkau nak panik. Time tu dah tak boleh nak chill chill lagi, okay? Bengkak susu ini adalah dimana sebelah breast engkau ataupun mana yang bernasib baik, kedua - dua belah breast engkau akan membengkak kerana susu memproses diri sendiri dengan galaknya. Kalau dah bengkak saja takpelah. Boleh feeling - feeling seksi sikit tapi bengkak ini disertai dengan kesakitan yang maha dahsyat yang boleh membawa kepada demam, menggigil - gigil, rasa tidak keruan dan akhir sekali boleh engkau buat adalah menangis secara berirama.
Aku pun kena juga masa dalam berpantang.
Rasa dia macamana? Tak boleh nak gambarkan. Berdenyut - denyut. Breast mengeras dan sangat tidak selesa. Badan seram sejuk, menggigil, demam. Waktu itu rasa seperti mahu tanggalkan breast dan campak pada suami.
Masa aku kena bengkak susu, masa tu adalah hari ke tiga selepas aku bersalin. Kena waktu malam. Pukul 2 - 3 pagi aku bangun menggigil - gigil. Breast tersangatlah sakitnya sampaikan kalau tersentuh dengan baju, sakitnya sampai ke tulang punggung. Bayangkan. Aku cuba urut sendiri perlahan - lahan tapi setiap kali kulit tangan tersentuh kulit breast, rasa macam mahu sepak seseorang. SAKIT! Aku cuba tuam dengan air batu (AWAS! Jangan tuam dengan air panas. Cara itu adalah salah sama sekali!) Nak tuam dengan kubis sejuk, mana pulak aku nak cari kubis tengah - tengah malam gitu!
Aku cuba nak kejutkan Adam and direct feedkan dia bagi bengkak susut sikit, tapi tak sampai hati pulak sebab Adam tengah tidur lena. Nak terguling - guling pun tak boleh jugak. Masa dalam pantang mana boleh golek - golek. Sudahnya aku berendam air mata sorang - sorang sampai memandang suami dengan pandangan geram. Yelah kan, sebab diala aku jadi macam ni. HUHU. TAK KELAKAR!
Esoknya aku demam.
Emak urut pun tak boleh jugak. Tetap bengkak. Oh masa tu midwife tak boleh datang sebab dia pergi rumah saudara di Kota Tinggi. Akhirnya, emak bagi satu petua lama orang - orang Jawa. Petua ni hanya berhasil dengan keredhaan suami dan dengan izin Allah sudah semestinya. Caranya, ambil underwear suami yang belum berbasuh dan gosokkan di bahagian yang bengkak. Insyaallah.
Emak, kenapa tak cakap awal - awalllllll!
Aku paksa suami buka underwear dia time tu jugak and dengan lafaz bismillah terus aku sapukan kat bahagian breast yang membengkak sakit nauzubillah tadi. Dengan izin Allah tak sampai beberapa minit, bengkak tu menyusut dan sakit beransur - ansur hilang. Alhamdulillah. Syukur. Dapatlah aku lelapkan mata lepas dah tak tidur semalaman.
Aku pun taktau apa perkaitan antara underwear tak basuh tu dengan bengkak susu. Takda kaitan. Tapi tak kisahlah. Tak kuasa aku nak peningkan kepala semata -mata nak cari perkaitan antara underwear dengan breast. Yang penting breast aku happy dan ceria!
Eh Cubalah. Mana tau kan?
Dah.KBhai!
Dah.KBhai!
21 comments:
akak juga pernah sakit bengkak susu... memang sakit yg t'amat, rsa nk buang aje breast... b'ma cam-macam petua dicuba... tp xm'jd. lain kali nk cuba petua cik puan bunga pula..t.ksh
kahkahkah.entry ni walaupun lawak sangat tp berguna.
thanx bg petua ni.tp kalau suaminya jauh kalau time pantang camne?naksuruh guna underwear sape?hehe.
abah dd asal kota tinggi,org jawa jugak.tp xpernah bg plak tips ni.hehehe.
BunGa!
PetUa itu Sesuai JugaK digunakAn Utk KaKi Yg BengKaK Ketika MenganDung...Cara & KaeDah SaMa....( Mak Akk Yg Ajo...)...
patutnya kongsi petua ni masa adam baru lahir haritu..huhu! saya kena bengkak susu tuam dgn daun 7 bilah yg dilayurkan..& kobis sejuk pun berkesan gak..
hahahahaha...
aku tak mampu komen lebih dari tu.. :PPPP
hehe...klakar la CPB nih:)o...ada guna jgak underwear suami ni kan kak...heeee^^
kak..pernah dgr x yang orang jawa kata x digalakkan nikah bulan muharram dan safar?
pengsan lah aku lepas ni kalau kena sapu sepentot kat tetet. kah kah kah...
@sehati sejiwaWahhh kakkk, macam ada plan nak menambah je! HUHUHU!
@dd.hasnidarSoh suami pos underwear! Hahahahahaha! eh tapi betullll, terus hilang rasa sakit! :D
Orang jawa ni banyak tips! :D
@mimieYe? Saya masa peknan kaki dah macam barney dah!
@Mrs. AdnanHaaa kobis tak dapat cari dulu! Kehkehkeh!
Thanks for sharing! :D
@RaiHAHAHAHA!
@yayathOooo really? Tak pernah dengar pulak, yath! Kenapa?
@Miss TasantekBelasah je. Janji hilang sakit. Huhuhu!
heee...saje tanya kak..hehe:)
@yayathSuspen jek! :D
hoh????
kalo asben x pakai underwear camne?
erk...
@ynadonaPERGHHHHHHHHHHHHHH!
Saya gelak macam org giler sampai menangis2 dh ha baca petua tu...bkn sbb nk pertikaikan petua tp puqn blogger ni bg ayat klakar btul...hahaha
@AnonymousOkay dah boleh kesat air mata sekarang . Brrr !
Nak try la..tgh bengkak susu nih
Post a Comment