Wednesday, September 14, 2011

Berhari Raya Di Penang --Edisi Hantar Embun Sekolah Part 1

Tahukah anda yang tahun ini kami sekeluarga berhari – raya di Penang?

Tak tahu? *Hentah - hentak kaki nak mintak penampar*

Pelik pulak sebab takde Isnin clan yang berasal dari Penang. Ada ka? Habaq mai kat cek sat! Hahahahahamacam haram pulak bila cuba nak cakap guna loghat utara!

Ni semua sebab nak hantar adik bongsu kami, si Embun tu sambung sekolah kat USM. Jadi terpaksa mengorbankan sebahagian daripada cuti raya kami untuk tujuan ni lah. Aku dengan Makngah awal – awal lagi dah apply CRK dari boss memasing. Karang kalau tak approve cuti naya je Maklong nak hantar sorang – sorang dengan barang Embun yang nak macam pindah negeri tu.

Masa hari Sabtu iaitu raya ke 6, kitorang dah start packing – packing barang yang nak di bawa ke Penang. Kitorang akan berada di Penang sampai hari Selasa to be exact. Aku ni kalau nak packing barang memang masalah sikit. List kena ada. Kalau tak karang entah hape – hape ajelah yang aku bawa karang. So satu jam dihabiskan untuk buat list je sementara Maklong dah sumbat habis dah semua barang dia dalam luggage. Ecehceh tak payah tengok langsung, dia main campak je semua barang masuk dalam luggage. Terer kau Maklong? Sudahnya, dah nak habis kemas baru dia perasan yang baju dia takde langsung dalam luggage. Kehkeh! Sebab tulah aku suka buat list. Nampak lebih praktikal gitu! Kehkeh!

Malam Sabtu, pukul 10.30 malam bertolak dari Parit Yaani, berhenti rehat kat Seremban, Tapah dengan Sungai Perak. Alhamdulillah sepanjang perjalanan Adam tidur dengan syoknya. Kejap – kejap je dia terjaga sebab nak susu. Kesian pulak aku tengok suami drive sorang- sorang. Aku nak ganti dia tak kasi, dia kata dia boleh bertahan lagi. Aku nak tidur pun tak senang hati, jadinya aku membebel ajelah sepanjang perjalanan. Suami pulak agak chatty malam ni, jadi syoklah berbual. Gosip tak hengat!

Sekejap – sekejap Maklong update status tanya kami kat mana. Kitorang konvoi 3 MPV, and dalam banyak – banyak tu kitoranglah yang paling lambat sekali sebab suami mengamalkan pemanduan berhemah. Yang lain dah mencicit laju kitorang santai – santai je bawa kereta.Hehehe. Sepanjang perjalanan terserempak dengan satu accident kat Ayer Keroh, lain – lain selamat Alhamdulillah.

Berhenti Subuh kat Sungai Perak sekali dengan mandikan anak – anak, refreshed sikit – sikit sebelum meneruskan perjalanan ke Penang. Alhamdulillah pukul 9.00 pagi sampai kat Penang. Lepak kedai mamak untuk breakfast. Time ni Adam memang dah selekeh habis – habis dah sebab dia selesema, jadi muka comot habis! Ganti – ganti dengan suami untuk jagakan Adam sebab memang dia dah tak terkawal lagi dah. Semua pakat – pakat breakfast roti canai je. Malas nak order pelik – pelik sebab mamak yang ambik order tu macam kusut semacam je. Dahlah tulis order tulisan yang aku haram langsung tak faham. Sekali order sampai entah hape hape tah. Order roti lain, dia pulun roti telur je semua. Cis betul! Masa bayar dekat RM50 makan roti canai sorang sekeping dengan air seorang segelas. Haishhh kena kelepet ke apa kitorang ni!

Semua orang tak mandi time ni. Anggun bergaya memasing!
Papa tengah melecture Adam dengan seriousnya.
Ya Allah kepamnya muka aku! Yang kat belakang tu mamak order yang kalut tuh!
Masa breakfast nilah Maklong boleh bukak cerita seram yang kat Ayer Keroh dia nampak perempuan pakai baju lusuh gila duduk termanggu – manggu tepi jalan. Tak jauh dari accident yang kitorang nampak tu, tapi yang peliknya takde sapa pun nampak perempuan yang Maklong cakap tu. Pakngah pulak dengan selambanya kata sepanjang perjalanan banyak “perempuan” dia nampak kat tepi jalan! Okay! Dah seram dah seram! Luckily lah aku tak nampak apa – apa yang lain macam. Syukurrrr Alhamdulillah!

Pukul 11 pagi, bila dah kenyang sikit, terus gerak ke Homestay kat Bayan Baru (Kalau tak silap). Apartment 3 bilik yang memang cosy habis. Barang – barang semua lengkap, iron, sejadah, telekung, dapur, peti sejuk, aircond memang berbabloi – baloilah. Bayaran per night pun memang berpatutan. Thanks untuk Maklong yang telah menaja penginapan sepanjang berada di Penang. Hehe.

Hari pertama kat Penang semua flat taknak jalan ke mana – mana. Semua nak berehat dulu sebelum menerjah tempat – tempat menarik. So kitorang pun tidur dengan syoknya sebab konon – konon esok – esok dah ada list nak pergi mana. Ecehwahhhhh!

Sambung lagi lepas ni!

Dah.KBhai!

10 comments:

A Z R E E N said...

Best nye baca cerita ni. Cepatlah sambung lagi. Hehehe. Tak sabar nak tahu pergi jalan kat mana.

nur easy said...

mujurla tak baca kisah perempuan tepi jalan ni 4/5 tahun lepas.. isk!

yayath said...

wahhh..bestnye CPB:)hehe~~x mandi pun still cun la CPB..hahha..jeles yath:)

Unknown said...

meremang bulu roma aku sampai part pompuan tepi hiway tu..seb baik aku ulang alik johor dengan kelantan takde nampak pelik2.. hoho..nanges kalau tak..

Cik Puan Bunga said...

@A Z R E E NJangan excited sgt nanti kecewa! Hahahahahahaa!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKehkehkehkeh kalau takkkkkkk!

Cik Puan Bunga said...

@yayathMehlah menuntut ilmu tak mandi tapi anggun lagi! hahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Raijangan kata nangis rai, mau terus berubah jadi solehah! huhuhu!

Miss Tasantek said...

aku yang dari KL ke Penang pon mengah weh..
last time aku pegi, naik kete lama azmee tu :) ya allah..melantun2 aku . dah macam bola ping pong. hasilnya...sakit badan dan azmee demam 3 hari lepas balik dari Penang.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekKAMI SEMUA DEMAM! :(