Memasak ternyata memerlukan skill dan kepakaran yang tak semua orang ada. Tak kisahlah macamana cara kau masak pun, tertonggeng - tonggeng ke hape, in the end yang menjadi pengukur kejayaan adalah sedap atau tak apa yang kau masak.
Chewahhh mukadimah macam nak buat ucapan.
Sebenarnya nak bangga sikit. Sikittttt jek sebabbbb semalam aku masak Char Kuey Teow! Kehkehkeh! Bukan nak puji diri sendirilah tapi sedapppp sehingga menjilat pinggan aku masak semalam. Semalam balik dari sekolah perut lapar gila. Sampai rumah keluarkan udang dari peti ais konon - konon nak suruh suami masakkan nasi goreng kampung. Tapi terasa nak makan Char Kuey Teow pulak. Nampak sangat perut aku boleh tahan mengada - ngada jugak macam tuan dia.
Kenapa Char Kuey Teow?
Sebab hari tu masa pergi Penang kempunan nak makan Char Kuey Teow, suami cuma sempat beli sos segera Cah Kuey Teow je. Tak sangka ia begitu mudah dan lazat dan super awesome! Yelah, silalah bayangkan manusia yang 'hebat memasak' macam aku bisa menghasilkan Char Kuey Teow yang sangat sedap sedunia!
Nyumnyumnyummmm sedap! Suami pun kata sedap! Cuma kurang pedas sikit.
Bangga dengan diri sendiri. Kehkeh.
Kicap ni sebotol RM8 tapi sebab kami borong jeruk masa pergi Penang hari tu, pakcik tu kasi RM5 sebotol. Menyesal tak beli banyak - banyak!
Errrr kalau korang tanya resepinya apa, aku macam kelakarlah pulak nak kasi sebab cara memasak dia simple habis. Untuk hidangan sepinggan macam ni, korang just tambahkan air sesedap rasa (kalau nak banyak kuah bubuh air macam banjir sikit!) masukkan sos ikut sukatan (kalau sepinggan 3 sudu je, kalau masak lebih maka lebihlah sos nak kena bubuh) then masukkan Kuey Teow dan bahan - bahan lain macam telur, udang, taugeh and lepas dah pekat kuah, bolehlah dihidangkan dan di makan dengan penuh selera.
Senang gila bebeh kan?
Tak kisahlah yang penting sedap! Muehehehe!
Dah.KBhai!
Dah.KBhai!
12 comments:
klentang klentung. bunyi goreng char keaw teow kat rumah akak nih.hehe.
nampak sedap..letak kerang x?
@sukasukiTak, letak udang je sebab udang je yang ada! Kehkeh! Uiiii sedaaaappppppppp!
pehpehpeh....baru nak puji hebat memasak, tp kita nak puji kicap tu je.. kehkehkeh. lapar lah pulak tgk CKT tu~
@Innanie | AriffinKehkehkehkeh! Cis cis! Eh tapi mmg sedap leee! Huhu!
oh itu rahsianya.. ala takda jual ke kat johor sos tu.. baru la tambah famous ckt kn ;)
haha. kene try ni . baik punye promote.
@nur easyMaybe i boleh jadi dealer untuk sos ni di johor??hahahaha!
@AishahReen MusaKompom tak menyesal! :D
kenape kau makan CKT tu pakai sudu sup?? hahaha..
penang punya CKT memang terbaik.
sos tu kalau buat sendiri pun senang je..laki aku la yg rajin buatnya..campur segala macam sos.. tapi kalau dah ada yg sos mcm ni memang mudah..
senang dan jimat kan..arghh. kena la paksa laki aku masak pulak ni.. thanks sebab buat aku terliur.. hampeh!! hahaha..
@Miss TasantekTak boleh eh? Bukan setakat CKT jek, makan eskrem, makan koko krunch aku bedal pki sudu yg sama... wahahaha!
@RaiCepatttt cepat suruh suami masakkan dengan penuh kasih sayang! Ecehcehceh! :D
Post a Comment