Thursday, September 15, 2011

Chowrasta Market. Apa Ada?Ada Apa? -- Edisi Hantar Embun Sekolah Part 2

Pagi - pagi Isnin dengan gigihnya semua dah siap mandi - manda, breakfast dan menyediakan duit yang secukupnya untuk memulakan misi mencari beruk eh jeruk. Alang - alang dah sampai Penang kenalah cari jeruk. Takkan nak cari marka pulak kan. Ecehwahhh baru jejak Penang tak sampai 24jam dah ngada - ngada nak cakap loghat sini.

Jalanraya kat Penang ni masih dalam keadaan terkawal lagi cuma yang buat sakit hati motor banyak sangat dan yang membawa motornya pulak apek - apek tua yang matadah segaris je tiba - tiba cross jalan kau selambabadakmakdia kau hon pun tak guna sebab telinga dah pekak. Motor memang banyak. Karang selamba je kau jumpa marka Penang cantik - cantik bawa motor. Phewiiitttt ngorat seround!

Lokasi yang nak diterjah adalah Chowrasta Market. Dengar perkataan 'Rasta' jangan pulak ingat aku nak pergi perjumpaan ahli - ahli Rastafari ke hape kan, harus pakai baju Bob Marley ke kan tidakkk tidakkkkk. Chowrasta Market ni datang dari perkataan Urdu yang bermaksud "Jalan Simpang Empat" ke "Jalan Emapat Simpang" gitu. Phewww informatif kan kan kan?

Ni aku cilok kat Google. Tak tau tepat ke tak tapi lebih kurang ginilah jalan nak ke Chowrasta Market.
Sebabkan GPS kereta Paklong rosak and GPS Pakngah rosak jugak maka kitorang pusing - pusing ikut jalan entahmana - mana tah. Tau - tau je lalu belakang jamban orang, lalu tapak pembinaan lah apelah. Tau - tau je dah sampai kat Chowrasta Market ni. Berpeluang jugaklah aku tengok the great Komtar yang menjadi kebanggaan warga Penang zaman - berzaman. Terus feeling - feeling Mami Jarum. Kehkeh!

Sampai je terus cari parking dan menggunakan perkhidmatan kaki untuk ke destinasi. Berpeluh ketiak!

Sebahagian ahli rombongan.
Wajah - wajah ceria nak shopping jeruk. Poket masing - masing tebal ketika ini. Akan nipis sebentar lagi.
Kitorang cari kedai jeruk Islam walaupun kedai jeruk yang non - muslim melambak -lambak. Haruslah mencari yang hallal dan toyyiba barulah berkat makan jeruk tu nanti. Pusing - pusing sampai pun kedai jeruk Islam. Yang bestnya, kat kedai ni kau bleh cuba rasa semua jeruk sampai kenyang. Makan je tak beli pun takpe. Wahhhh! Best betul!

Aku dari sampai, sampailah ke waktu nak balik kerja mengunyah je. Pakcik tu tak marah pun tapi dia melihat aku dengan pandangan penuh kasih sayang! Hahahaha!
Adam pun syok mengunyah!
Jangan risau, jeruk kat sini 100% organik dan tak menggunakan bahan - bahan terlarang. Preggy women dan kanak - kanak boleh makan tanpa was - was. Bila korang makan jeruk kat sini sikit pun tak rasa acidic taste yang kadang - kadang terasa dengan sangat kuatnya pada sesetengah homemade jeruk. Ia tidak menyakitkan perut dan tidak membuatkan ulu hati terasa pedih. Dah macam iklan pulak.
 
Tengok Maklong gembiranya makan jeruk free!
Inilah nama kedai pakcik jeruk yang best tu!
Barisan jeruk - jeruk. Dari kiriiiiiiiii cepattttt jalan!
Emak dengan cucu - cucunya.
Dengan hasil tangkapan. Dahlah harga jeruk memang dah sedia murah, pakcik tu bagi lagi diskaun and bagi bungkusan free jeruk untuk di makan di dalam kereta. Alhamdulillah. Terima kasih pakcik!
Kat kedai ni jugaklah tempat aku beli sos segera Char Kuey Teow yang sedap menjilat jari tu and beli biskut Tambun yang sedap menjilat jari baru keluar dari oven. Lain kali boleh beli lagi. Memang sedap!

Lepas shopping rileks kejap sebelum sambung shopping lagi.
Kat Chowrasta Market ni jugak korang boleh beli T-Shirt / souvenir macam keychain ke fridge magnet ke untuk sanak - saudara. Harga berpatutan, and boleh nego lagi. Suasana pun tak crowded and banyak kerusi tempat korang boleh lepak - lepak. Kat sini, borong semua - semua tu baru habis RM75 je. Itupun dah nak penuh satu bonet. Murah betul!

Stay tuned untuk updates seterusnya!

Dah.KBhai!

10 comments:

yayath said...

alamakkkk...jerukk!!sedapnya CPB..my feveret..hantar sepeket kat yath sini:)hahha~~

A Z R E E N said...

Nak jeruk sikitttttttttttttttttttt boleh? Kekeke.

Unknown said...

kenapatah aku geram je kalau tengok entry edisi jalan jalan mencari tangkapan ko kan..ko ni saje je kan..

Ibu Comel Sedunia said...

tu semua aksi2 sebelum migrain menyerang..nyampah tul

Cik Puan Bunga said...

@yayathBak alamat! Haha! :D

Cik Puan Bunga said...

@A Z R E E NBOLEHHHHHHH! :D

Cik Puan Bunga said...

@RaiAlamakmakmakmakmak! Sayanggggg rai! Hehehehehehe!

Cik Puan Bunga said...

@Ibu Comel SeduniaEdisi migrain sebentar lagi! hahahahaha!

Anonymous said...

penang mmg murah ! rase na pergi sane lg skali =D

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousJom! :D