Tuesday, September 20, 2011

Duit Raya Adam Juta Juta Juta!

Menahan perasaan saja setiap kali duit pelbagai warna dan selalunya diselit dalam sampul yang ceria rekabentuknya, dihulur tetapi bukan untuk aku. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk manusia bambam yang kacak bergaya itu!

Emaknya menahan perasaan! Menahan perasaan!

Raya kali ni, Adam tak beraya sangat sebab emak bapaknya malas nak beraya. Duduk rumah tunggu tetamu datang ataupun kalau beraya pun hanya ke rumah saudara mara terdekat. Oh dan rumah kawan - kawan kerja. Masa beraya dengan kawan - kawan sekolah, Adam telah diabaikan. Aku single sekejap.

Semalam selongkar duit raya Adam, korek - korek dalam handbag, dalam dashboard kereta, dalam beg gantung dalam paperbag, kat mana - mana celah yang ada sampul raya semua dikumpulkan satu tempat. 

Wahhhh! Boleh tahan banyak jugak! $$$$ Tapi belum kira total dia. Nak tunggu raya ke 30 nanti baru nak kira sama - sama dengan suami. Lepas itu simpan dalam bank. Baru berhajat nak buka akaun bank Adam sendiri. Menabung sikit - sikit untuk Adam. So nanti bila Adam besar dan mahu kahwin dia sudah ada simpanan yang cukup. Eh no? For his educational purposes lah. HAHA.

Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua yang bagi Adam duit raya!
Oh selamatlah sebab Adam sudah pandai bersalam. Comel kalau engkau orang tengok Adam main hulur tarik tangan dengan orang yang mahu bersalam dengan dia. Annoying, kan? Tapi nak pukul tak sampai hati sebab Adam terlampau comel. HAHA.
Lagi satu perangai emak dia yang turun kat dia, setiap kali orang beri duit raya Adam akan belek warna duit itu sebab Mama selalu kata "Adam, find the red one. Blue? No!" HAHA. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Olohloh. Buat muka comel seperti ini siapapun tak mampu melawannya. HAHA.

p/s : Hopefully collection Adam boleh bertambah di hari - hari akhir Syawal. Ehehehh!

Dah.KBhai!

18 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

peh untunglah... raya tahun depan nak pinjam adam boleH? nak bawak g raya. blh dapat untung lebih sikit... kehkehkeh...

watyz said...

adam... auntie nak pinjam ckit ble x?? hehhehe... duit anak2 pon byk thn ni sbb 2 org. blm bank in lagik... :)

cik nur said...

la kalo juta2 nak rompak adam la hehehe...sis sama mcm parents kita dulu duit raya masuk bank dan bila nak masuk bank dieorg pun tambah sikit2 jgak :)

A said...

bestnya adam dapat banyak duit raya..nak try cara adam salam lah*fengsan

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinUntung kira macamana? Kalau 50-50 bolehlah! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@watyzWahhh tu dia! Ada dua! HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurSimpanan untuk masa hadapan! HEHEHEHE!

Cik Puan Bunga said...

@alfi kasranJANGAN! kalau org dewasa buat takut2 kena lempang! HAHA!

Mrs. Adnan said...

good for adam..ingat masa saya kecik2 pun mak tabungkan duit, bila dah lepas spm wang terkumpul hampir 10k!! now, duit tu dah abis pun..haha!
buat simpanan kat tabung haji tau, berbaloi2..awak dah buat simpanan SSPN??relevan tak??

Unknown said...

olololo..buat pipi kembung pulak.. gigit kang adam ni..hahaha..

weh..jangan simpan kat SSPN..hahahaha...

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanSimpanan tabung haji berbaloi2?? Sila ulas dengan lebih lanjut pelisssss!

Cik Puan Bunga said...

@RaiKENAPA?KENPA?KENAPA?

sailaaf said...

kak. Adam OKK -orang kaya kecik.

bagus2.bukak akaun. mak sy pon dari kitaorg kecik da bukak akaun. tabung haji dan etc.

Mrs. Adnan said...

@Rai, haah kan, saya pun rasa SSPN tu 'sesuatu'..
Kalau kat tabung haji, dividen tinggi, pastu kalau dah cukup rm1.5k boleh trus register pegi mekah,then zakat pun dia bayarkan sekali..lagi satu dia takde kad bank, gerenti dapat mengelakkan dari kuar duit tak tentu pasal..

Kira berbaloi2 la tu..:)

Cik Puan Bunga said...

@afifahpahBagusnya emak awak! :D Duit untuk simpanan kawen ada? Ehehehehe!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanOh bagusnya! Nak buka akaun kena ada berapa RM eh?

Mrs. Adnan said...

RM100 pun dah boleh..

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanOHH! Thanks Zila! :D