Tuesday, September 13, 2011

Edisi Beraya Tak Hengat Dengan Budak - Budak

Raya setahun sekali, dan setahun sekali nilah masing – masing ambil masa nak updates gossip – gossip baru yang dah kumpul selama setahun. Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak beraya dengan kawan – kawan walaupun masa plan time bulan puasa hari tu tengok senarai macam ramai je yang nak join. Alih – alih bila sampai hari kejadian, ada yang gerak pergi Kelantanlah, ada yang tiba – tiba ajak lepak warung mamak lah tahpebendalah korang ni semaklahwehhsemak! Nanti kalau ada sesapa cuba kata pusing rumah kawan tak ajak dia memang aku tomoi sorang – sorang.

Senarai akhir manusia yang turut serta adalah aku, Aloi, Naddy, Inn, Waz and Andy. Enam orang pun jadilah dari takde langsung kan. Macam biasa, yang dah naik pangkat cuma aku sorang. Yang lain masih single mingle. Tak taulah tak laku ke apa ke taknak kawin – kawin lagi. Ayat cliché yang biasa dengar “Jodoh tak sampai lagi..” Yelah sepuluh kali raya sepuluh kali ayat yang sama jugak yang aku dengar. Hahahaha.

Isu kawin ni tak bole hulas panjang – panjang. Nanti sorang – sorang kejar aku dengan parang. Kehkeh!

Tahun ni aku beraya tak bawak Adam. Suami kerja. Plan asal ingat nak ajak suami sekali beraya, sambil – sambil boleh ganti pegang Adam and attend Adam boleh juga dia drive ke sana sini tapi sebab dia kena kerja jadi terpaksalah aku menyamar jadi single. Kehkehkeh. Semua sibuk suruh aku bawa Adam kehulu – kehilir beraya, ingat senang ke? Macam bawak sugar glider dalam poket ke hape? Dahlah hero tecitt aku tu super duper aktif, karang tak pasal – pasal pecah pulak gelas rumah orang! Huhu!

Start beraya rumah aku selaku Kak Long kawasan. Semua mesti berkumpul rumah aku dulu. Tak boleh nak menderhaka. Apatah lagi nak mengatakan tidak. Nanti aku keluarkan dari ahli kumpulan Geng Mesyuarat Tingkap. Kehkeh. Aloi macam biasalah perangai buruk zaman berzaman, kata kumpul pukul 9.30pg tapi entah pukul berapa baru terpacak depan rumah dengan rambut kust masai. Baru lepas tangkap lembu kea pa kau, Loiiiiiii! Aloi tetiap tahun pun suka buat palat. Bangun lambat, mandi lambat, siap lambat, kalau suruh makan je dia cepat. Tak payah pelawa. Puilah kau, Loi! Macamana nak kawin kalau macam ni kau buat. Tak sempat jodoh nak sampai! Kehkehkeh!

Adam begitu teruja dengan Aloi. Mulut dia asyik kata "Buahhhh buahhhhh!" Hamboih kemain lagi Adam neh!
Cari makhluk paling tak senonoh!
Tahun ni Inn jadi supir sebab tahun ni dia dah pakai kereta. Kalau tahun – tahun lepas kerja nak menumpang je kan jadi tahun ni kami – kami pula nak menumpang. Dia kena patuh membawa kami ke setiap destinasi tanpa meminta duit minyak. Hahahaha. Nampak sangat kaki buli!

Tak payah nak interframe gambar driver! Hahahaha!
Bila dah beraya sama – sama macam ni faham – faham ajelah cerita lapuk zaman tok kaduk dulu pun masing – masing ingat lagi. Mana yang nak bukak kelas saham, gold investment, tiba – tiba open table demo produk Hi-O, tu belum lagi yang tiba – tiba bukak cerita seram saka santau semua. Last – last ketawa berdekah – dekah macam orang hilang akal. Aloi ah. Aku senyum – senyum sopan je.Kehkeh.Pui!

 Urusan muamalah.
Rumah Aloi dengan Andy dapat makan nasik! Yayyyy! Sebab Aloi dengan Andy ibubapa kami jadi mereka wajib beri kami makan untuk meneruskan kehidupan. Tapi sebab aku dalam mood diet maka aku makan sikit saja. Walaupun diorang menganjing kata diet aku crash dietlah apelah wek wek wek suka hatilahhhhhh! *Tangan ke bahu mata ke atas pusing – pusing*

 Sedap hingga menjilat kaki!
Rumah Waz rumah last. Waz dengan poyonya hidangkan kami dengan kek yang dia buat sendiri. Chef la katakan. Tapi bab air paling fail. Sirap tak manis. Eh sirap ke hape kau buat hari tu eh? Nasib baik ada kaunselor bijak tolong campurkan sirap dengan soda. Barulah moden sikit rasanya. Kalau tak kelat – kelat je! Kehkeh!

Raya tahun ni simple je, takdelah mencapap sangat macam tahun – tahun yang lepas. Masing – masing dah besar kot, jadi isu berbangkit pun lebih kepada yang matang – matang ajelah kan macam isu menganjing gf bekas pakwe ke, menganjing isteri bekas skandal ke blablablabla. Alahhhhh biasalahhh isu orang pompuannnn! Huhuhu! (Eh ke tak Nampak macam isu matang eh? Isu orang dah matang apa eh?Eh?)

Gambar raya tahun ni pun tak havoc macam tahun – tahun sudah. Yang aku kesalkan adalah (Ecehwah!) tiap tahun skill tangkap gambar Aloi masih tak berubah di takuk lama. Kata reporter, siap ambik dip.photog semua tapi kalau ambil gambar kalau tak kelaut tak sah. Tsk benci ah cenggini Loiiiiiiiiiiii!

Hopefullynya tahun depan bila beraya lagi, adalah antara korang yang dah update status. Huhu. Benda kalau simpan lama – lama bukan makin authentic pun! Vintage pun kalau ada kualiti, kalau tak, nan hado jelahhhh! Hahahaahahahaha!*Oupssss terlebih sudah!*

Weh Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin! Sayang Korang!

Yesssss Aloi tiada dalam gambar!
Nauzubillah kau Waz!

Dah.KBhai!

6 comments:

cik nur said...

wah best dia jalan2 nur raya tak jalan mana pun heheheh

Cik Puan Bunga said...

@cik nurSementara ada masa nak jalan - jalan! Ahahahaha!

yayath said...

bestnya jalanjalan ngan kengkawan macam nih:)hehe...yath x berkesempatan beraya cam gini pun..hahha~~

Unknown said...

serabai tu fesyen la beb.. ko mana tau..ko tak reti..hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@yayathTakpe, yg penting dapat sambut dengan family tu lagi utama! Hehehe!

Cik Puan Bunga said...

@RaiKehkehkehkehkehkehkeh!