Setelah hampir melupakan tujuan asal kami ke Penang (Yang akhirnya telah tersedar kembali sebab masing - masing sakit) maka tibalah hari keramat yang ditunggu - tunggu oleh semua orang tapi tidak ditunggu - tunggu oleh Embun. Hari dimana kami akan meninggalkan dia di Penang, bersendirian dan jauh dari kasih sayang keluarga. Sob sob sob.
Pukul 8 pagi (Selasa, 6hb September 2011) kami dah terpacak di USM. Okay jangan tanya lebih - lebih apa nama tempat yang ada di USM ni sebab aku haramtaktahu! HAHA! Emak bertanggungjawab teman Embun register itu ini sementara anak - anak yang lain bertempiaran menjaga anak - anak masing - masing. Aku sedikit bernasib baik sebab anak baru satu dan suami gigih sekali mem-baby sit kan Adam sepanjang masa. Untuk itu, aku sayang suami lebih sikit. HAHA.
Olohlohloh dia sangat behave dengan papa!
Manusia yang lalu lalang di dewan pendaftaran memang super ramai dan sesak. Macam - macam jenis manusia yang kau boleh tengok. Hari - hari pertama bergelar mahasiswa/i macam ni memang menghiburkan untuk ditonton. Tak lupa, aku sekali cuci mata kalau - kalau ada lelaki kacak yang boleh dingorat. Kahkah jahanamnya perangai! Okay tak. Aku cuci mata dengan ikhlasnya.
Menunggu bukan lah satu benda yang jadi kepakaran aku. I hate waiting! Menunggu tu boleh buat aku jadi gila. Lagi - lagi bila perut aku sakit memulas nak uk uk dan aku toleh kiri kanan tak ada toilet. Terima kasihlah pihak USM kerana tidak menyediakan toilet dalam kawasan yang mudah didapati. Aku sangat stress cari toilet sampaikan aku rasa macam nak melepas kat khalayak ramai! FINE!
Maklong di serang migrain. Dan anak - anak beliau sorang - sorang buat perangai hantu.
Lebih kurang dua jam tunggu selesai proses mendaftar, ada berita baik. Rupanya luggage kena naik lori dan manusia kena naik bas / catered van. Tak boleh bawa kenderaan sendiri sebab takut sesak. Ok ini berita paling best aku dengar untuk hari ini. Okay, was it just because of me atau Penang memang panas? Sebab aku rasa dalam dua jam aku tunggu Embun siap daftar, aku telah sunburn! Dan peluh dah meleleh - leleh kat belakang baju sedangkan baru pukul 10?
Time ni Embun dah start feeling - feeling sedih. Sob sob sob.
So kami kena tunggu another torturing one hour untuk the van to come and pick us up. Dan harus diingatkan bahawa menunggu bukanlah sesuatu yang seronok ye kawan - kawan. Budak - budak memang tunjuk habis skill merakas masing - masing sampaikan emak masing - masing terpekik - terlolong. Nice job, kids!
Nenek sudah tersangat bosan menunggu.
Maklong sudah mendapatkan bantuan kecemasan.
Again. Optimus Prime dengan emak bapak dia.
Ini aku yang gembira terlebih. Sebenarnya ini adalah effect tubuh - badan yang lambat mendapatkan bekalan nasik. (Ok kenapa kat Penang aku sentiasa lapar? Is it because of the heat?Pui!)
Bas banyak. Tapi untuk ke kolej kediaman Embun, kami memerlukan van! Van! Van! Mana van nya!
Menunggu lagi. Embun sudah hilang separuh kewarasannya.
Dan akhirnya, setelah memaki - maki van yang ditunggu pun tiba. Dan again, kesabaran kami sefamily diuji bila ada seorang pakcik yang dengan selambanya tolak - tolak kami sampaikan aku terpenyek di pintu van, semata - mata dia nak bagi anak dia masuk dulu.Okay saya taknak gaduh, kalau tak mesti pakcik dah lebam mata! Dan bagi membalas dendam kepada pakcik ganas tu dan anak dia (Dan semua orang), Adam telah memberakkan dirinya di dalam van. Dan hasilnya, satu van kepam dengan bau tahi. Nice job, Adam!
My famous annoying face!
Sampai ke kolej kediaman Embun, kitorang terus mengemas dan membersihkan apa yang patut dan lepak - lepas sekejap sebab exhausted. Oh dan aku pergi cebokkan Adam lah. Eh ke suami yang cebokkan? Aku lupa!
Embun kontrol kesedihan.
Lepas siap kemas bilik, kitorang kena pergi car park semula. Kali ni upgrade sikit. Bukan naik van tapi naik bas! Yayyy! Kami nak pergi cari nasi. Lapar.
Dalam bas juga sempat posing. Takpayahlah tanya kenapa. Sifat semulajadi.
Hey semua orang! Kamu masuk blog Cik Puan Bunga!
Kami lunch di warung kakak Indon yang cakap utara. Bapak amazing! Dan dan terubat juga rindu aku pada sambal belacan sebab warung kakak Indon ni ada sambal belacan dan ayam goreng rempah yang sumpah super sedap. Aku makan nasi sampai habis dan toleh kiri kanan semua orang juga sedang khusyuk makan nasi tanpa toleh kiri kanan.
Ye. Semua orang lapar.
Dan, selepas makan kita pun sampai ke acara yang paling tidak di gemari oleh semua.
It's time to say goodbye (Background music lagu Akademi Fantasia masa proses penyingkiran)
Mana tak sedih bila adik yang selama ni membesardepan mata kita, alih - alih hari ni jauh kita tinggalkan di bumi Utara. Embun dah meleleh - leleh air mata. Emak cool bebeh tapi mata emak merah - merah jugak. Anak bongsu lah katakan. Oh dan Maklong jugak tak kurang hebatnya. Nasib baik aku berjaya mengawal emosi (Sedangkan apa - apapun akulah yang terpaling emo sekali!) dan berjaya menenangkan Embun serta diri sendiri.
Tak boleh lama - lama sebab kereta kami blocking jalan. Harus nangis - nangis secara ekspress dan lambai - lambai Embun yang dalam kesedihan yang super.
Embun,Belajar rajin - rajin. Ingat pesan Emak abah kakak - kakak, abang - abang.Jangan buat benda - benda tak senonoh.Make us proud.
Babai Embun!
p/s : Feeling - feeling sedih pulak.
Dan dengan itu, bumi Penang kami tinggalkan.
Dah.KBhai.
10 comments:
Tahu sedih tu bagaimana sebab di tinggalkan di bumi Kedah beberapa hari selepas Embun mendaftar di Penang. Nasib baik family sume cool tade meleleh2 air mata. Kalau tak airmata jantan nie pun turut serta meriahkan acara. InsyAllah Embun akan berjaya. Yakin pada Embun! :)
@ComekKedah?
Okay! Jauh!
Comek bertabah di negeri orang ya!
Gtew lah rasanya kan on registration day. Kalau boleh mmg nak bawak satu kampung teman hantar... sebab nati rindu ya ampun!!
Goodluck Embun... CPB... jgn nak nanges sagt ye~
@Innanie | AriffinWekkkkkk! Tak ngs pun! Hahahahahahahahahhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu!
aku dapat membayangkan macam mana satu van terkepam dengan bau berak adam..hahaha.. (apesal aku komen takde kena mengena!! :P )
@RaiKehkehkeh! HARUMMMMM!
Padan muka satu van tu! HAHAHAHA!
ghindu kampung halaman.sobsobsob
@.embun.Air Asia adaaa! HAHAHAHAHA!
adatlah kan belajar...
untung lah zura ada gak adik beradik nak antar ...kecuali cik senin.
dulu aku..seorang diri mendaftar bersama bapak aku...setiap sem pon bapak aku yg hantar.. sedihnye..
@Miss TasantekBapak aku taknak pegi. PENAT LAH HAPE LAH BLABLABLA. Hahaha!
Alaaaaa takpelah ada jugak wak li nak anto. HUHUHU!
Post a Comment