Friday, September 30, 2011

Kau Ni Harap Make Up Je Lahhh! Make Up Jeeee!

Innanie kan dia kan kan kannnnn tak suka perempuan yang obses sangat dengan kecantikan.  Tak baik tauuuuu kutuk aku lettewww dalam blog! HAHA! (Iklan sekejap!)

Assalamualaikum semua! Sihat? *Semalam dapat surat layang dari reader. Dia kata kenapa aku tak suka beri salam setiap kali mulakan entry. Sentap aku sekejap!* Maka hari ini terus berubah menjadi ustazah pilihan. Assalamualaikum. Ehem.

Ingat lagi minggu lepas aku excited sangat beli naturactor tapi memberikan kesan yang menyebalkan? Ia tidak begitu menjadi di muka saya ye kawan - kawan. Effect magik yang dijanjikan tidak memberikan kemagikannya kepada aku yang sudah sedia cantik ini. Sebagai pengguna of courselah aku merasa kecewa sebab aku nak muka aku mulus dan tulus macam muka Dato Siti *Tangan ke bahu mata ke atas* Tak dapat macam Siti Nurhaliza, macam Siti Sifir pun jadilah. Satu darab lapannnn lapan! *Tiba - tiba*. Engkau kalau tak tahu Siti Sifir tu siapa pergi Google sendiri. Superstar pun tak kenal ke?

Tapi bila aku bagi Maklong pakai, elok je krim tu menyerap dalam muka dia. Sekata. Cantiklah. Kiranya magik naturactor tu berkesan di muka Maklong. Aku pun dengan kecewanya jual separuh harga krim itu pada dia. Mungkin aku tak berjodohan dengan naturactor dari Jepun tu. Penjual tu kata, itu naturactor asli. Dari Jepun. Dari booth Meiko. Aku tak tahu. Aku duduk Parit Banyumas, Johor.

Sebab tidak puas hati, aku menjalankan siasatan macam Detektif Konan. Naturactor ni ada dua jenis. Satu dari Jepun, satu dari China. Banyak pihak bertelagah main sep sep mi mi untuk membuktikan naturactor mana yang original. Katanya, of course lah yang dari Jepun yang original. Jepun kan ada Ultraman! *Tak ada kaitan*. Naturactor dari Jepun ni agak mahal. Maklumlah original. Maklong kata ada peniaga jual sampai RM60 sekotak. Tak masuk postage. Banyaknya ambil untung!

Naturactor dari China pula katanya palsu. China ni memang Raja Immitation. Semua barang dia nak ciplak. Best jugak. Tapi tak semua barang China tiruan. Tak percaya? Cuba siapa - siapa yang ada beg Guess, kasut Adidas ke, even yang ada beg Coach pun, cuba selak tag dalam beg. Apa tulis? MADE IN CHINA. Habis, kau bayar ratus - ratus, semata - mata nak mendapatkan barangan tiruan sajakah?

Anda salah!

Tahukah anda bahawasanya nama - nama besar seperti GUESS by Marciano, Adidas, NIKE, Coach, Calvin Klein dan bermacam - macam lagi menggunakan tenaga kerja dari China kerana rakyat mereka adalah yang teramai dalam dunia. Di sana, sumber tenaga begitu banyak tetapi penawaran kerja adalah terhad. Jadinya syarikat - syarikat gergasi ini membuka kilang pengeluaran di China dengan kualiti yang sama untuk mengecilkan kos dan memaksimakan keuntungan. Tak faham?

Okay. Aku bagi contoh.

Beg Guess yang dibuat di US (MADE IN USA) adalah lebih mahal kerana nak bayar upah pekerja, machinery and semua - semualah. Tapi kalau buat di China, upah pekerja lebih murah, pengeluaran lebih banyak (kerana pekerja banyak) kos dapat direndahkan. Untung tetap sama.

Jadi, tak semua barangan dari China adalah barangan tiruan!

Panjang aku membebel. Padahal nak cerita pasal naturactor saja pun! Sambung balik. Google punua Google aku terjumpa satu akak ni yang jual naturactor dengan harga yang cukup murah. Dia kata naturactor dia adalah Made In China. Dia juga kata, naturactor original bukan semestinya ada hologram tetapi ada barcode and datang bukan sekotak - sekotak sebab naturactor sebenarnya dijual dalam 5 shades satu kotak (1 set). Jadi, anda nilaikan sendiri ye mana - mana yang memakai naturactor. Tepuk dada ukur bra eh tepuk dada tanya selera.

Aku pun berminat nak beli. Saja nak tengok. Nak comparekan dua benda tu. Jepun dan China. Apa bezanya. Daripada asyik dengar cakap orang, elok aku try sendiri. Semalam aku order dan bayar, hari ni dah selamat sampai rumah posmen hantar. Hebat betul posmen zaman sekarang. Kalau pakai burung merpati macam zaman dulu, empat bulan agaknya baru sampai rumah aku. Eh apa kau merepek!

Dengan penuh excited, aku pun tepek kat muka naturactor yang dari China ni. Hasilnya?

Coverage yang lebih licin dari yang aku beli dulu. Warna terus jadi warna kulit aku. Teksturnya lebih ringan, tak padat tapi coverage dia memang terbaik. Dia tak buat muka engkau jadi merekah dan cakey. Tak berminyak. Walaupun pores masih nampak dengan jelasnya, tetapi sapuan lebih rata.
And aku tak sapu compact powder langsung. Terus sapu blusher and I'm reday to go!Aku rasa aku jatuh cinta dengan yang ini lah!
So, macamana aku nak cakap? Ada orang kata, yang dari China ni bahan ramuan dia entah hape hape. Aku tak sure sebab dia tulis China jadi aku tak pandai baca. Aku cuma tawakal saja, sebab ada yang kata pakai dari China ni muka jadi teruk, buruk, beruk. Eh. Tawakal tawakal! Orang baik - baik macam aku janganlah ditimpa bala. Amin! Aminkan kawan - kawannnnn!

Tak baik aje kata aku nak cantik - cantik sebab nak berskandal dengan murid sekolah. Pui!
p/s : Degil betul bekas jerawat kat pipi kanan ni! Susah betul nak hilanglah!

Babai semua. Assalamualaikum!

17 comments:

mamashikin said...

dulu sy pakai jugak benda ni, sb nak tutup jeragat...
tp skrg sudah tidak perlu kerana..jeng jeng jeng...
hahaha..tak pandai la nk buat ayat mcm cik puan kita...
mmg cantik ah pakai ni kan..tp awk h tersedia cantik..

.embun. said...

nak jugak!

nuerule areyin said...

cantek :)

Arn sweetrider said...

cik puan munge munge pakai eyeliner brand menda. cambest je nampak. sila share2 ye. tekgu2 xbaik kedekut ilmu. ;P

INNANIE ARIFFIN said...

peh kutut dpan2!!! terbaek~ kehkehkeh.

meh sini piat tlinga sket,hihi.. cam ni for me every woman loves beauty. but please... dont too much. lagi2 utk student kan...biar berpada lah kalau bermekap tu... masing2 ada kecantikan dalaman. sbb i rasa annoying sgt dgn orang yang tak sudah2 menelek muka. bajet dia sorang je cantik! teeeet~

hihi... CPB dah cantik dah tu. Untunglah adam dapat mama cantik!

Cik Puan Bunga said...

@mamashikinAaaaaa shikin memang cantikkkkkk! :D Tengok produk yg awak jual pun ramai jeeee yang order kan kan kan? Nak cantik macam awak jugak! :D

Cik Puan Bunga said...

@.embun.Nak jugak? Warna apa?

Cik Puan Bunga said...

@nuerule areyinTerima kasih. Make up aje lebih! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Arn sweetriderElianto. RM19.90 sahaja! :D

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinHAHAHAHAHA saja jek nak mengusik lawyer! KEHKEHKEH!

Gurau2 membawa bahagia! :D

yayath said...

hehe...cantik da:)pakai apa2 pun cantik..hihi

Cik Puan Bunga said...

@yayathAitcehhhhhh! Nah ambik seposen! HEHE! Thanks by the way! :D

ada mokhtar said...

Thanks for sharing... Skrg dh tau pasal naturactor ni.. Huhu mcm2 fatwa i dgr.. Ada kt okey, ada kt buruk..

ada mokhtar said...

Thanks for sharing... Skrg dh tau pasal naturactor ni.. Huhu mcm2 fatwa i dgr.. Ada kt okey, ada kt buruk..

Mak Lagenda said...

Sdg mencari jugak produk nih..Tp kat mana nak dptkan yek CPB?? Order kat mana yg order arini sok dah bly smpai tuh..blh share info? Nak membeli jugak nih.

Plz..n TQ dear!

Cik Puan Bunga said...

@Mak LagendaLupa dah kak beli kat mana tapi dari rakan di FB. Dah lama dah ni. HUHU!

Anonymous said...

My crony recommended I power equal this web parcel. He was totally appropriate. This airman genuinely made my day. You cann't envisage conscionable how some experience I had spent for this info! Thanks!