Hari ini sungguh panas sedunia. Adam hampir terbogel sebab dia berpeluh dengan lebat sekali dan kerana dia tak boleh duduk diam, sekejap - sekejap panjat sofa dan sliding dengan riangnya, maka emaknya pun terpaksa panjat sofa dan sliding sekali dan emaknya pun berpeluh dengan lebatnya juga! Haih!
Bila Adam sudah hampir lesu sedikit sebab belum makan, maka aku dudukkan dia dan suap dia dengan nasi lauk sup telur. Adam suka sup telur! Walaupun sesi lunch dia seantero rumah (Kerana dia makan sambil berlari - lari satu rumah) tapi bila tengok dia makan dengan penuh berselera maka sejuk sikit hati walaupun nantinya terpaksa menyapu dan mengemop satu rumah.
Bila Adam sudah kenyang bermulalah sesi nak membobokkan dia supaya aku boleh buat kerja lain macam lipat baju, kemas wardrobe, iron baju kerja suami dan baju aku pergi sekolah ataupun cuma duduk bermalasan di depan laptop mengupdate blog.HAHA. Dua cubaan membobokkan Adam. Pertama kali gagal. Dia keluar lari dari bilik dengan begitu pantas sekali terus menyorok bawah dapur. Cubaan kedua berjaya. Itupun selepas beberapa kali Adam gigit tangan aku.
Bila hero panjat sofa sudah tidur, barulah aku duduk depan TV sambil lipat baju yang sebakul tu. Mula - mula asingkan baju mengikut kategori. Papa punya, mama punya dan hero panjat sofa punya. Lepas itu baru lipat ikut kategori tadi. Barulah cepat sikit nak lipat. Tak payah pening kepala nak sortingkan baju. Lepas lipat, susun cantik - cantik dalam wardrobe. Susunan yang paling aku suka adalah color coded! HEHE. Suka tau suka tau susun baju ikut warna. Very the like!
Lepas lipat baju, barulah mandi (Alamak kantol mandi tengahari!) solat dan lunch. Lepas lunch, sementara hero panjat sofa tengah bobok, aku duduk tengok TV dengan emak. Emak pulak baru lepas buat jelly kelapa. Alamak! Panas - panas pekena jelly kelapa sejuk baru keluar dari peti ais alahai memang terbaiklah! Pulaknya emak buat dalam mangkuk besar - besar, haihhhhh memang ibarat puasa seharian dan time berbuka dapat korek idung!
Nampak tak helaian kelapa muda berenang - renang penuh ghairah di situ? Slurpppppp!
Nak cuba sendiri kat rumah? Resepi di sini!
Malam ini lepas suami balik kerja nak bertolak ke Kota Tinggi, rumah Mak Ngah. Esok kalau ada rezeki boleh pergi Balau! Yeayyyyy!
p/s : Takziah untuk family Wak Li sekeluarga atas kehilangan insan tersayang dalam keluarga. Al - fatihah.
Dah.Babai!
14 comments:
seyesly harini panas wehh =.=
sedap tu jeli kelapa. makan kat tepi pantai sambil dibuai angin... lepastu konpem zzzz~
owh.lipat baju ikot warna eh. menarik bunyi nya. saya selalu hang je ikot tona. macam warna ikot pensil warna.
sdap nya jelly kelapa sejuk2..nyum!
kota tinggi kat mana?hehe...
kampung sebelah mak kat sana..ada kat sungai rengit, air tawar, dengan semenchu:)hahha~~
ehhh..sibuk plak yath ni kan tanya2 akak..haha
hebatnya hero main panjat2..hehe.dah bobok dah dia ye.
syok betul LM tgk jelly kelapa tu.nak jugak!!!
@Umie ArtoqiemieTERAMAT PANAS! Kan kan kan?
@bella bellitosDah zzzzz jangan lupa bangun pulak! HEHEHE!
@afifahpahLepas tu comel kan baju - baju tu semua?? HAHAHA akak suka lipat / gantung baju ikut warna, tak tau napa. suka! HAHA!
@yayathBandar penawar! :D
@Lydia Miza(Aidyl Azim)Nak bobokkan dia sikit punya seksa, sis! HAHAHA! Eh mehlah dtg rumah saya, saya buat jelly kelapa sepesel untuk sis! :D
teruja aku tengok kelapa yg ghairah tu..hohoho..
warh...aku balik rushing2 nak tengok embah aku tak dapat...dapat tengok tiang kubur aje.
warh.tak pat aku bermain dengan adam kerana kalian semua udah ke rumah kak pae...warh..sedihnye..balik tapi boring.
@RaiSEDAPPP! Perghhhh!
@Miss TasantekHaihhhhh nak buat camno. Takde jodoh! HUHU!
Post a Comment