Online shopping ni kalau tak iye iye memang horror. Lagi - lagi kalau yang mengamalkan prinsip muamalat menipu orang ramai. Mana - mana yang pernah terkena mesti akan merasa sungguh palat sekali. Alhamdulillah, dah beberapa kali aku online shopping setakat ni belum pernah kena benda - benda yang menyakitkan hati dan jantung. Cuma ada satu kes masa bulan Ramadhan lepas. That one aku pendingkan dulu sebab akak tu mintak setel baik - baik. Okeh okeh next next cerita lain!
Gatal - gatal nak merasa beg mahal mendorong (Ecehceh.. mendorong!) aku untuk meng-usha beberapa online blogshop yang menjual beg - beg berjenama. Alaaaa bukan nak pakai jenama yang meletupssss - letupsss pun. Tak cukup duit, noks! Aku dah lama sebenarnya berhajat nak pakai Coach. Selama ni dok pakai yang jual grade AAA tu je. Keji betul! HAHA. Jadi teringin pulak nak pakai. Duit dalam tabung ayam pun dah cukup. Jadinya beranganlah nak rembat seketul - dua.
Dalam banyak - banyak online blogshop tu aku terpikat dengan satu blogshop ni. Owner blogshop ni memang aku dah kenal dari zaman Friendster lagi. Tok kaduk punya zaman. Orangnya cantik dan fussy. Fussy tu yang best tu. Sebab kalau owner dia fussy confirm kualiti menjadi satu aspek yang dititik - beratkan dalam menjual sesuatu barangan. Apasal ayat aku macam ayat dalam pamplet jualan murah penghujung tahun ni!
Supposedly aku bank in kan baki payment hari Rabu, lepas aku balik dari Penang. Aku dah inform dia awal - awal aku tak dapat nak bank in awal sebab aku kat Penang and malas nak cari bank. Internet connection pulak takde. So aku ingat, hari Rabu balik dari Penang baru aku nak bank in. Tapi alangkah terkejutnya aku, sebab pagi Rabu tu Postman dah terpacak depan rumah bawak parcel dari dia. Sedangkan aku tak bank in lagi baki payment tu. Terharunya bila aku mesej dia kat FB tanya kenapa dia pos beg tu awal dan dia jawab ;
Terharu kuasa lapan!
Dan, aku sungguh tak menyesal beli dengan dia and tunggu selama 2 weeks for the item to arrive sebab memang aku puas hati sangat - sangat. Dahlah packaging dia first class. Hantar dengan kotak jadi takdelah beg aku terpenyek macam lepat pisang. Kegebuan handbeg masih terjaga. Kelasssss kau, jah!
Dalam bersih rapi dan terjaga. Takde sebarang cela.
Luar pun tiptop takde kesan sambal kacang ataupun kuih samperit.
Yang bestnya siap ada ini!
Sesungguhnya aku berpuas hati yang amat. Memang worth the money. Dan lepas ni memang aku takkan cari online blogshop lain kalau nak beli apa - apa sebab aku dah jumpa online blogshop idaman hati. Ecehwahhhh!
Dah.KBhai!
16 comments:
wahh dah dpt enbeg baru ye..pas ni leh sambar LV lak ye..hehe
kak bunga, tulisan kt blog akak ni makin kecil ke? or sy yg slh tgk? klu sy yg slh sori..
TQ Kak Bunga sebab :
1. Percaya pada SRT :)
2. Jadi customer kami
3. Cakap kite cantek hahahhahaha canteknye la muke banyak kesan degil kotoran ;p
4. Puas hati sgn service kami
5. Dengan secara x langsung promote SRT
TQ so much ! Kalau nak request pape lagi bg tau k :)
kak..thnks support my bff ni..tp sy yg x beli..sebab x mampu lagi..mebi akan datang..hihi
hahaha..mmg fun pon klo beli on9 nh..done follow u...
follow back.:)
baguslah blogshop macam ni.. ini ada blogshop yang sekadar nak duit, kualiti macam haprak! nak usha sureredtag gak lah~
@Lydia Miza(Aidyl Azim)Alamak LV tu entah bilalah kak. Heeee. ;) Tapi boleh jugak kalau setakat berangan - angan. Hihihi!
@bella bellitosHa'ahh akak gatal2 kecikkan dia! kehkehkeh!
@Sue.Mr.FarisBAIK! MESTI CARI SUEREDTAG! :D
@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Takpe. Next time, maybe! :D Kita support orang baik - baik je ! Hehehehe!
@hafrawiey ozakawaErrrr kena follow balik ke?Kalau taknak?
@Innanie | AriffinSilaaa silaaa! Bagus budak neh! HIHIHI!
wahhh...beg COACH...hehe..bergaya la akak lepas nih:)yath mampu pakai beg cap daun je jual kat pasar..hahha~~nak usha jugak la blogshop nih^^
orang paling bengap nak online soping sud bi aku lah. sebab aku...lembap dalam mengaplikasikan arahan owner blog. ouh.ajarin aku dong.
@yayathAlaaaaaaaaaaaaaa tu pun selepas beberapa tahun bekerja baru dapat merasa. HUHUHUHU.
Silalah usha, owner dia baik! :D
@Miss TasantekShooping online ni guna natural intelligence! kehkehkeh!
Post a Comment