Sempena berezeki lebih masa bulan Ramadhan hari tu, aku dengan kadar kasih sayang yang tinggi dengan penuh rasa cinta yang mendalam dan tak berbelah bahagi, maka aku telah menghadiahi suami tab ajaib yang beliau sangat gilai. Aku tanya dia, dia nak tab yang 7" ke atau tab yang 10" ke iPad ke hape ke, dia dengan senyum kambing dan penuh sopan santun nak tab yang 7" sebab tab yang 10" tak boleh buat call. Maka umpama Doremon yang sentiasa berjasa kepada Nobita, aku hadiahkan suami Samsung Tab yang kacak bergaya. Ecehwahh hati aku berbunga - bunga bila suami gembira, tersengih tersenyum sampai telinga.
"Terima kasih sayang." Aitcehcehhhhh! Kembang kuncup hati aku dengar suami kata macam tu. Sama - sama sayang. Next time rezeki abang lebih, bawa ayang pegi Cameron eh eh eh?? *Mata kelip - kelip*
Maka start dari hari tu suami lebih senang memantau isi kandungan blog aku, online FB, pantau post - post yang aku update kat wall, main game. Tak macam dulu selalu mengalah kalau berebut laptop dengan aku. Laptop ada 3 biji pun laptop aku jugak yang dia suka kebak. Cis!
Berbunga hati bila tengok - tengok suami tengah gigih khusyuk tawadhu' baca blog aku. Pernah jugak dia tegur suruh aku tugar kata ganti nama diri daripada "aku" kepada "saya". Aku kata nanti - nanti dulu la. Lagipun aku baru je terasa nak sempoi chill chill guna "aku" Kalau dulu kan aku budget - budget retisss gitu nak guna "I you I you" alahai muntah hijau. Suami kata "aku" tu macam kasar. Ehemmm kena fikir - fikirkan ni bila suami dah tegur macam tu. Ehehhh!
Belilah barangan original dan bukan AP. Ecehceh.
Lebih mudah nak pantau pergerakan maya aku. Kehkeh.
Konon - konon gigih mengemas masa malam raya tu, pagi Syawal tu aku terbangun lambat. Terjaga pun sebab suami cium pipi ecehcehcehcehceh. Malunya bila suami dah balik dari kerja tapi aku apapun tak siap lagi dengan muka sembab sememeh baru bangun tidur, nasib baik aku natural beauty jadi takde masalah sangatlah. *Muntah* Dan nasib baik jugak hero tecit aku tak bangun tidur lagi. Sedap jeee dia tidur sambil peluk Kitty dia yang dah naik kepam tu. Maka dengan kuasa sailormoon warna biru aku bersiap secepat kilat!
Elok je aku siap mandi, tengok - tengok atas katil berlengkar makhluk turquoise dua orang ni tak hiraukan langsung aku. Ecehceh siap main gelak - gelak lagi. Aku macam tunggul lah pulak. Terabai. Cis!
Sakan dengan tab. Aku telah diabaikan.Sob sob.
Bila aku pot pet pot pet baru masing - masing pandang aku. Yang tecit tu jelah, yang si papa nya buat bolayan je. Ehhhhhh!
Orang lain dah sibuk nak bermaaf - maafan, dua manusia ni mengekek - ngekek ketawa main Angry Bird. Bila aku dah start nak naik angry baru maisng - masing terkocoh - kocoh kemas - kemas nak keluar sama - sama dengan family. Eh eh eh boyfriend - boyfriend aku nih! Nasib baik masing - masing berwajah comel. Haihhhhh!
Sekarang ni kalau suami asyik sangat dengan tab, aku berdehem sikit je terus dia cepat - cepat tutup tab and hug aku konon - konon nak bermanja. Comelnya perangai! Hehehehe!
Dah.KBhai!
16 comments:
bersedialah berebut kasih sayang dengan gadjet, CPB..hehe!Saya dah melaluinya..
@Mrs. AdnanHuhuhu! Zilaaaaaa terabaikan kita?Kah?Kah? Oh TIDAKKKK!
hoho.. ni bru terpikir nak beli tab ke ipad tp bila2 pikir2 balik 2 org yg gila main angry birds kat umah tu... kompemmmm ibu jadi hangin birds!
@Wan Anis SorfinaKehkeh! Tapi kan sis, angry birds tu bila main terasa terhibur pulak sebab beliau comel2 sekali! kehkeh!
balik raya aritu baru aku perasan yg aku dah dimadukan dengan kereta..hampeh! tiap kali balik kampung je dok belek kereta.. nasib baik rumah aku atas awan.. takdenya dia nak turun bawah semata2 nak belek kereta kan..
kira kereta ni bini no3 lah sebab bini no2 laki aku psp dia.. gamaknya kalau dapat gadget mcm ni cukup lah kuota laki aku..
@RaiNasib baik suami aku tak gila kereta, kalau tak, aku suruh tidur dalam kereta jangan tidur dengan aku! Ecehwahhhh! Hahahaha!
EH Rai, kau kat kampung lagi ke??? Jom dating weekend nih!
hehehe dulu nur pun pakai i you jgak tapi skang lagi selesa pakai aku jer sbb rasa mcm itu la diri kita hehehe
@cik nurNampak macam kita mmg tengah meluah rasa kan nur kan? Hihihihi!
@Cik Puan Bunga kat kampung aku je dia gila kereta.. dia boring takde geng..baik punya alasan..hahaha...
aku dah balik shah alam la yang.. malam ni nak balik kelantan..sian pulak mak mertua aku tahun ni anak2 tak balik..
bila tahnye aku nak boleh detim ngan ko..
@RaiBalik kelantan? Kirim budu best neh! Kehkehkeh! Kau balik johor bgtaulah, hari tu mahap sgt2 mmg tak sempat, masa kau call aku membadak dalam keta (alang2 adam ngah tido) nak return call boleh terlupa plak. huhuhuhu!
@Cik Puan Bunga, hish..takpa.. aku pun tak sempat nak pegi rumah ko aritu..nanti lah aku balik johor aku roger..insya allah.. time aku bawak budu pesanan ko..jgn kata ko tak makan eh..hahaha..
@RaiAku makan laaaa... tolak batu dengan kayu jek aku ni! Hahahahha!
uh..cik puan bunga make budu dah..harus aku kabarkan kepada mak titol kau makan budu. mane tau die balik bawak budu. kikikiki..
aku dah lama bermadu dengan iphone. dulu2 kecik ati. skang ni, lantak kau lah. aku hari2 duduk dekat2 dgn azmee smbil panggil baby, citer2 dengan baby, then barulah azmee rasa terpinggir aku tak manja2 dengan dia. kah kah kah..
@Miss TasantekKenapa panggil titol?? sungguh buruk nama itu, nanti jadi buruk juga rupa parasnya! huhu! kau ada anak sok jangan panggil bukan2 ah!
ahhhh...comel nye adam dgn bju melayu.. ciummmm!!!
@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Tahun depan Akid pulak! Mesti super comel! Yiahuuuuuu!
Post a Comment