Wednesday, October 12, 2011

1095 Hari

Assalamualaikum. Sari berita penting.

Okaylah okaylah. Nak gurau sikit pun kena keji dalam hati.

Ehem. Ramai sebenarnya tak tahu (Ataupun ada yang tahu tapi pura - pura tak tahu. Malaslah nak layan!) yang aku sebenarnya sudah bernikah sebulan sebelum tarikh aku bersanding.Aku bernikah pada Jumaat malam 10 Oktober 2008, 2 hari selepas birthday aku yang ke 25 tahun. Awesomenya kan? Hadiah birthday tahun itu adalah dapat suami.HAHA.

Pagi Jumaat tu aku sekolah macam biasa, mengurat cikgu kacak macam biasa dan menjalani hidup macam biasa. Tanpa tak seorang pun dikalangan mereka tahu yang malam itu sebenarnya aku akan bernikah. Budget artis kan? Kahwin senyap - senyap. Pui. HAHA.

Sebenarnya dalam hati, tak siapa pun tahu yang aku sedang memendam satu perasaan yang entahlah kalau aku cakap pun engkau takkan faham. Aku takut, risau. Macam - macam. Kalau aku ingat - ingat semula macamana malam aku bernikah tu, confirm aku nangis sorang - sorang. Tak ramai yang tahu perit getirnya pernikahan aku malam itu. Dah macam drama swasta pun ada jugak.

Aku bersyukur sebab Tok Imam kampung aku memang cool kentang habis. Tok Imam aku steady. Kalaulah dia ada facebbok, dah lama aku tulis macam - macam kat wall dia. Pendek kata, kalau takde berkat sokongan Tok Imam merangkap Tok Kadi aku malam tu, aku tak tahulah apa yang bakal terjadi. Ecehwah.


Diam tak diam, dah 1095 hari aku habiskan hidup bersama suami tersayang. Aku sayang dia. Aku cinta dia sangat - sangat. Tak kisahlah engkau orang nak kata aku mengada - ngada ke apa kan, aku tak kisah. Ramai orang kata aku romantik melebih - lebih, aku manja melebih - lebih, kalau emo pun melebih - lebih. Aku kalau bab puji suami melebih - lebih. Semua pun melebih - lebih. Iyeee memang aku kalau pasal suami semua pun melebih - lebih. Engkau ada tak lelaki yang sanggup tinggalkan semuanya SEMUANYA demi kau? Ada? Aku ada.

Orang kata, aku guna- gunakan suami aku. Sebab itu dia kahwin dengan aku. Dia tinggalkan semuanya sebab aku bomohkan dia. Bodohnya siapa yang cakap macam ni. Kadang - kadang aku gelakkan aje. Tak perlu bomoh lah wahai kawan - kawan. Kalau Allah dah merestukan, apa yang engkau nak bising - bising lagi?

Bukan senang aku dengan suami nak bernikah. BANYAK betul halangan yang kami kena tempuhi. EMOSI memang tercabar. Aku kena kuat. Sebab kalau aku tak kuat, siapa nak teruskan perjuangan ni?  Hari - hari aku berendam airmata, orang tak tahu. Orang ingat aku gembira sepanjang masa. Orang kampung sedap mengata aku macam - macam. Aku pun tak tahu mana dapat idea, kalau buat karangan mesti cikgu BM masing - masing bangga. Tapi itulah orang Melayu. Kalau bab menokok tambah cerita memang hebat.

Cerita sebenar sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui. Masa itu aku tak mampu nak halang mulut orang dari bercakap. Orang kata aku bomohkan suami, nakkan harta suami, aku jahat, keji macam - macamlah. Aku tanya suami berkali - kali, nak ke dia kahwin dengan aku, sanggupkah dia, tabahkah dia? Jawapan suami tetap sama. Aku tetap mahu dijadikan isteri.

Suami aku memang lelaki yang baik. Lelaki berkualiti. Alhamdulillah. Suami aku bukan warak pergi masjid tiap - tiap masa tapi alhamdulillah yang wajib dia tak pernah tinggal, kalau ada masa yang sunat dia buat. Suami aku penyabar. Sepanjang kahwin tak pernah pukul aku, tak pernah tinggi suara pada aku. TAK PERNAH. Suami aku tak cintakan dunia. Kalau ada, ada kalau tak ada tak pernah meminta - minta. Suami tak pernah berhutang semata - mata nak hidup dalam keadaan senang, suami tak pernah gilakan barang - barang mewah suami terima seadanya, suami kuat semangat, suami penuh dengan kelembutan dalam memberikan nasihat, suami tak pernah memaksa aku, suami biarkan aku buat keputusan sendiri and kalau kata keputusan aku tu buat aku menyesal suami akan sama - sama beri aku semangat baru. Aku sebenarnya tak layak untuk suami.

Aku tak pernah layak untuk suami.

Demi Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, kalau kata aku kena mati untuk suami aku sanggup. Aku sanggup susah senang dengan suami. Kami pernah hidup susah tak ada duit untuk memulakan kehidupan bila simpanan semua habis kami gunakan untuk kahwin. Satu sen kami tak pernah menyusahkan orang - orang yang berkenaan. Hasil usaha kami berdua. Aku tak pernah menyesal bila hidup tak dilimpahi kemewahan sebab aku tahu berapa ramai isteri - isteri perempuan - perempuan diluar sana yang mencemburui hidup aku dengan suami. Betapa bertuahnya aku bersuamikan Hafizal Elias. Aku tahu.

Biar aku gemuk ke aku tak cantik ke aku ada suami yang sayang aku sepenuh hati. Aku ada suami yang susah - senang sanggup berada di sisi. Aku ada suami yang terbaik Allah anugerahkan untuk aku. Untuk itu Ya Allah aku sujud syukur pada Mu.

Hafizal Elias, 
Selamat Ulang Tahun pernikahan kita yang ke tiga. Abang tetap lelaki yang Lina rindu setiap waktu. Lelaki yang sama, yang buat hari - hari pun Lina jatuh cinta. Lina sayanggggggggggg abang!

Semoga perkahwinan ini, yang kita mulai dengan restu Allah juga berkekalan hingga ke syurga dengan restu Allah Taala.

I LOVE YOU SAYANG!

Dah.Babai!

25 comments:

Naddy said...

slmt ulangtahun perkahwinan yang ke3! semoga bahagia ke akhir hayat..

dan kepada yang cube try hafizal, lupakan lahh...cari lah org lain..tak dpt punya...sebab korang semua main cara kotor!! so blah..okay aku emo..hahaha btw, will treat both of u sperti yg dijanjikn ..mybe lagi best kalau aku blnja sempena bday ko n annivrsary korang..haa sweet kn aku..haha okay aku mcm nk buat karangan kat sini..bye =)

Unknown said...

selamat ulangtahun perkahwinan ke-3 kak bunga! akak ngan suami nampak sweet. serius tak tipu! dan akak sangat tabah :')




semoga adam cepat dapat adik. ehemm~

Cik Puan Bunga said...

@NaddyAMIN! Insyaallah! Thanks Naddy! :D Thanks sebab selalu dengar keluh kesah kak esah aku! HAHA! I love youuuuuuuu! Oh tak sabar nak hanging out with u lahhhhhh! And JUNAS!

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosThanks Bella! Sweetnya ucapan especially part 'adik adam' tu! HAHAHA sentap i! AHAHA!

mieyza said...

happy anniversary kak!! macam baca kisah sendiri pulak..huhuhu. semoga lebih tabah, tabah dan tabah...:)

Hustler said...

Suweettt~~~ Ades...

watyz said...

happy anniversary yg ke 3!!
semoga berkekalan berbahagia selamanya... :)

Miss Tasantek said...

entry ni buat aku menangis. sebab...aku teringat cerita di malam pertunangan kau :(
kak..even aku tade..aku jauh masa tu, aku tetap berdoa semoga semuanya berjalan lancar..

and..
aku pon bertuah bersuamikan Azmee Elias :)

nur easy said...

barakallah.. semoga Allah melimpahi rahmat n kasih sayangnya.. ;)

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaSemoga kita jadi lebih tabah tahap dewa mata lapan ya mieyza! :D

Cik Puan Bunga said...

@HustlerThank you! :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzAMIN! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekMasa malam tunang lagi dahsyat. Kalau ingat2 balik boleh jadi sasau... ;(

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin eizeeeeee! :D

sailaaf said...

sweet kau jah. hehe.pitam.
wish u hepi sis.

Princess Fantaghiro said...

Happy anniversary babe..
tetiba i sebak bc entry u..

untung kan dpt husband yg penyabar...kite serupa dear..:(..byk dugaan utk bahagia..tp Allah bg kita lelaki seperti mereka..

Princess Fantaghiro said...

happy anniversary babe..

tetibe i sebak baca entry u..

untungkan dpt suami sesabar itu..

kite serupa babe..:(
dugaan utk bahagia mmg hny Allah yg tau..tp Allah bg kita lelaki2 ini..:)

Cik Puan Bunga said...

@sailaafThank you! :D

Cik Puan Bunga said...

@Princess FantaghiroAlhamdulillah. Bersyukur sesangat. Kita kena jadi tabah, kan? untuk family.

Suami ni harta untuk kita jaga. Tak ternilai!

Sobbb sobbb!

~mrs azmi~ said...

happy anniversary!

moga kasih sayang kamu terus di diberkati Allah hingga ke syurga!

Unknown said...

congratz...semoga kekal ke akhir hayat..

entah nape aku tak suka nak ingat hari kahwin aku..dah 3 tahun..aku tak berapa suka nak celebrate.. maybe sbb ada kenangan pahit masa hari tu..hoho..aku pun mcm ko.. cuma kesnya mcm terbalik sikit..

Anonymous said...

cik lina. i'd realllllyy really love to hate you rite now. haha. Alhamdulillah dear. and you r rite about women being envious on ur love life :')

Cik Puan Bunga said...

@~mrs azmi~Thank you! :D AMIN!

Cik Puan Bunga said...

@RaiAku kalau ingat mesti rasa nak emo. HAHA. Puan emo aku ni! :( Tapi tu kenangan sepanjang zaman tu. Akan ku ingat selagi hayat dikandung badan. Ecehwah!

Cik Puan Bunga said...

@Vanilla ProfiteroleHATE me LOVE me. Hehehe. Thanks. Alhamdulillah. :D