Saturday, October 1, 2011

4 Pilihan. Readers Tolong Aku Pilih Skandal Baru Aku Please!

Aku sesungguhnya memerlukan jam baru. Iye. Jam baru. Sebab? Tolonglah. Aku bukannya banyak duit yang hari - hari kerja nak tukar - tukar jam baru. Aku PERLU sangat jam kerana semua jam eh eh aku pembetulan semua jam - jam GUESS aku (Aku highlight perkataan GUESS tu sebab nak menunjuk - nunjuk. Perangai aku yang ini memang keji. Adik - adik jangan ikut ye. Berdosa!) 2 jam aku, dua - dua tali leather dia dah lunyai. Aku tengah order tali yang baru. Auntie tu kata 3 bulan baru sampai. 3 bulan? WTF! Satu bateri habis aku malas nak ganti, yang satu lagi takde apa - apa pun. Okay je pun. Boleh je pakai lagi. Tapiiiii. Entah. Takde mood nak pakai jam yang leopard printed hari - hari. Leopard printed watch just can't be worn everyday. Na-aa!

Nak beli jam baru takde duit. Duit yang ada adalah lebih barokah kalau aku allocate kan ke hal - hal lain. Takkan aku nak duduk tepi kaki lima minta orang belikan jam baru. Kalau dulu masa zaman bercinta bolehlah. Merengek - rengek dapat, buat muka comel sikit dapat. Sekarang no no not anymore. Lainlah kalau Adam yang merengek - rengek kat Papa dia. Confirm dapat. Kalau aku yang merengek?

Baru teringat ada points untuk Maybank Treat Points.  Points aku dah banyaaaaaaakkkkk dan belum pernah redeem pun! Yayyyyy! Alhamdulillah. Tak payahlah keluarkan duit untuk dapat jam baru! Amin! Amin! Rezeki Allah kasi ni! HEHE. Bila check points yang aku ada, cukuplah melayakkan diri aku untuk redeem jam - jam seperti di bawah.

Casio Ladies Watch
Casio Poptone Watch (Black & Purple)
Casio Poptone Watch (Pink & White)
Swatch Red
Empat - empat ni semua cantik - cantik kan kan kan? Tapi tak boleh pilih empat - empat. Boleh pilih satu saja. Kalau ikutkan hati, yang Casio Pink & White tu macam comel. Kan? Tapi dah tua pulak nak bergaya comel pakai jam macam tu. Emak kata ambil yang Casio tali besi tu. Pakai dengan baju kurung ke pakai dengan jeans ke sesuai. Suami pun kata macam tu jugak. Tapi yang swatch tu pun cantik jugak. Merah Makngahhhhhhh!

Haishhhhh susah rupanya kalau kena memilih ni. Nasib baik aku bukan lelaki. Kalau tak mesti dah lahwin empat. Eh apakah lari tajuk!

Readers yang baik hati, what say you? Mana yang lebih mengghairahkan? KEHKEHKEH.

p/s : Nak redeem secepat mungkin. Boleh jadi hadiah birthday aku. Ehem. HAHA!

Dah. Bebaaaaiiiiii!

22 comments:

CikHanis said...

Casio Poptone Watch (Pink & White) :P more comel than others.hehe.akak kan mmg suke pink.putih tu sng nak match dgn pape baju pon :)

Cik Puan Bunga said...

@CikHanisComel kan kan kan??? Akak dah tua laaaa HAHAHAAHA macam keji je nak pakai jam jangok - jangok cenggitu! HHUUUHUHUUU!

Unknown said...

Casio Poptone Watch (Pink & White)!! jangok sikit jah tu kak dio ( eh sori terkeluar loghat negeri sendiri pulak )...


akak, comel taw jam tu. tak kesah umur tua janji jiwa muda. kehkehkeh *gelak ikhlas ni*

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosJangok deh? Kawe nengok pon ghaso gitu gok! HAHAHAHAHA jadi tak jadi tak??? :D

Ouhhh adakah akak masih mampu bergaya ranggi?? HUHUHUHU!

Unknown said...

@Cik Puan Bunga haha jadi dh tu kak. mampu sangatt! lagipun betul kate cikhanis tu, warnanya senang matching dengan semua baju.

nad said...

Casio Ladies Watch ! sbb boleh pakai dengan apa pun... heeee

eh nak cek jugak la treat points kot boleh redeem jugak. HAHA

LM said...

pink and white tu comel.last year akak pun minta pendapat kwn2 nak beli jam baru..hehe.mmg membantu

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosWahhhh pink tu mmg menggoncang imannnnnn! HUHUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@n a d e aCepat check! Mana tau boleh redeem jam TITUS ke! HUUHUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Entry mana kak? Share link sketttt! Boleh usha! HEHE! pink tu sepsi kan kan? Comel habis! HUHU!

sailaaf said...

no 1-nampak elegen.
no 3-nampak funky dan sporty.
hahaha!!!
pilihan sy num 3. cantik dan sesuai dengan cik puan bunga kita.
tapi num 1 pon cun!

umur hanya la 1 nombor. haha..

Cik Puan Bunga said...

@sailaafThanks! :D Ikut hati empat - empat nak! Malangnya points ciput! HUHUHUHUHU!

nn said...

the first one please! sesuai untuk semua occasion. sebenarnya saya yang tengah mencari jam sesuai untuk majlis formal. sekarang ada dua jam swatch yang cam kat atas tu style nya. kalau formal event kelakar je pakai benda tu hehe

Cik Puan Bunga said...

@nnHmmm betul jugak. Semua event pun boleh taram jam yang sama. Betul betul betul! Susahnya buat pilihan! Susahnya susahnya! Kan bagus banyak duit, berkenan terus zasss BELI! HUHU!

yayath said...

Casio White Pink tuh comellll:)

hehe...tapi kalo nak ikut kesesuaian, yang besi tu kot:)hehe

Zafira Zaki said...

casio ladies watch. baru nampak elegan dan sesuai dgn kerjaya. hihi.

farah, s. said...

semua cantik, tapi untuk kelihatan anggun i rasa casio ladies watch paling sesuai.

Cik Puan Bunga said...

@yayathThanks! Semua cecantik! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Zafira ZakiKan kan kan? :D

Cik Puan Bunga said...

@farah aminuddinTerima kasih atas pendapatnya! :D

Mrs. Adnan said...

aish, mcm dah lambat je nak komen tapi takpelah..hehe!!

saya pun selalu redeem maybank treat points tu..tapi selalu redeem cash voucher.lagi best, bole beli barang yg kita nak..

jam putih pink tu pun cantik gak!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanRedeem cash voucher macamana? Susah tak? :D