Thursday, October 20, 2011

Kasut Saya Kasut Bata. Kasut Anda?

Aku sedikit tercalar kalau orang memandang rendah terhadap kebolehan kasut Bata menghiasi kaki manusia. Mungkin akan mengguris hati manusia yang memakai kasut Bata sekiranya remark yang diberikan kurang bersuaian dengan apa yang diharapkan. Dalam bahasa yang mudah, janganlah mengkeji kasut Bata. Kecik hati akulah!

Tahukah anda yang kasut Bata merupakan kasut yang tak kurang prestijnya? Aku siap Google okay untuk memastikan kasut Bata bukanlah sekadar kasut picisan yang hanya dipakai oleh manusia yang kurang berduit. Engkau orang kalau tengok orang pakai kasut Bata mesti ingat orang tu takde duit kan kan kan? Sob sob sob. Sedihnya sebab akulah manusia yang memakai kasut Bata!

Aku pun tak pasti siapakah yang memulakan tanggapan bahawa kasut Bata adalah kasut murahan. Mungkin sebab nama dia BATA. Kalau nama dia JIMMY CHOO mesti  orang lain akan respect spring kat dia. Mungkinlah kan. Tapi tahukah engkau orang yang kasut Bata zaman sekarang boleh tahan mahalnya? Lepas itu design dia sebenarnya sangat - sangat up to date, tahu? Kelassss habis design kasut Bata sekarang. Design yang sama dekat Vincci dijual dengan harga RM79-RM89 tapi di Bata dengan design yang sama (Pattern ajelah lain) engkau boleh dapat RM49.99 tahu? Jimat kan? Alah lagipun kasut Vincci senang terkopaklah. Malas betul nak layan!

Setakat ini aku dah ada 8 pasang kasut Bata yang digunakan sepanjang tahun. 8 pasang! Harganya munasabah dan yang penting designnya cantik - cantik. Cuma macam palat sikitlah kan bila engkau buka kasut tiba - tiba ada yang kata "Ehhhh siapa pakai kasut BATA ni?" dengan nada penuh sinikal. Kecik hati kecik hati.

Sekali beli terus dua. Banyak duit kata kan? Kenalah beli dua. Barulah boleh menyombong.

Kaki seorang emak yang penuh sifat - sifat mahmudah. Amin.

Cantik - cantik kan? Sesekali berkunjunglah ke kedai BATA. Tengok - tengok kasut kat sana. InsyaALLAH ada yang terpaut sepasang dua. ^___^ Sama - samalah kita menaikkan taraf kasut BATA agar setanding dengan jenama lain. Sebab kasut BATA mahal jugak. Branded jugak. HAHA. (Sebenarnya lebih kepada nak pujuk hati sendiri sebab taknak orang keji kasut dia!HAHA)

Dah. Babai semuaaaaaaaaaaaa!

15 comments:

Anonymous said...

salam yayang...lama dah akak LM tak jenguk kamu sori dik.dah lama gak akak tak beli kasut bata , dlm 10 tahun ada rasanya..huhu tak tau ada byk patern baru yg ceria, nice sharing yang.

nak tau tak, kat qatar ada juga satu kedai jual kastu bata, tp harganya pastilah 100 ke atas kan?hehe.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousEh kakk kenapa anon? Terperanjat saya ingatkan ada anon nak serang hendap! HAHA! sekarang Bata cecantik kak! ;) Fancy sangat designnya! SUKA!

MissHyde said...

yang paling bestnye saye pon pakai kasot bata jugak ye.hahaha bata comfort memang best.btw, CPB duta bata ke?LOL

Cik Puan Bunga said...

@Cik ODOhohhh perli yaaa! LOL awak itu sungguh mengguris hati saya! Uff!

HAHAHA!

Kalaulah jadi duta BATA mmglah heaven! Dapat pakai kasut Bata free setiap hari! HAHA!

Lea Isnawi said...

zaman sekolah dulu suka kasut jenama bata
zaman sekarang, dh kurang pilih bata

hehe

Cik Puan Bunga said...

@Lea IsnawiHamboihhh hamboiiihhh! HAHA!

watyz said...

berkenan kat kasut bata gak tp tang yg berkenan tu yg bkn rm49.90 la.. ahaks!!!

Cik Puan Bunga said...

@watyzLagi mahal kan?? Haaa Bata ada standard tahu! HUHUHUHU!

cik nur said...

sekarang bata design dia pun boleh tahan jgak dan selesa :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetul betul betul! :D

Naddy said...

kasut santai saya jenama toms..hhaha dan kasut keje adalah jenama vincci slepas dpt 50%!!! hahahaa dan juga ksut mahal sy ialah jenama antarabangsa... tapi hanya dlm mimpi...hahaahahahahhaahhaa

Cik Puan Bunga said...

@NaddyFuhyooohhhhhh! ! TOMS!

Anonymous said...

Hi ! If u are interested in buying toms shoes, go to our website https://www.facebook.com/Paperbagsshop we sell tonnes of tom shoes ! its only RM65 :)

Aija said...

saya rasa kasut bata mahal. sbb tu kalo dapat pakai bata. rasa mcm orang kaya. huhuhu

Cik Puan Bunga said...

@AijaHEHEHE. Kasut Bata mahal oh!