Thursday, October 27, 2011

Lima Belas Bulan

Kalau dia membuat perangai sewaktu mood kita elok, kita akan mendapati perangainya sangat comel dan mengujakan. Tapi cubalah buat perangai time kita penat atau stress atau mengantuk atau nak solat atau dah lambat nak pergi kerja dan waktu itu dia merengek - rengek, berguling - guling nak minta dukung, korek - korek mata dengan hidung sebab nak kejutkan kita bangun dari tidur. Comel tak comel tak? Okay rasa macam nak cubit.

Lima belas bulan sudah anak handsome Mama.

Muka dia semakin serupa dengan Papa. Tidak syak lagi. Perangai dia semakin serupa dengan Mama. Pun tidak syak lagi. Macam straight away keluar dari mesin fotostat. Nak menyampah lebih - lebih pun macam menyampah dengan diri sendiri. Tapi Adam Ifran Xaharis sangat seperti Norhayati Isnin. HAHA. Mengada - ngada, kuat merajuk, kuat berdrama, bijak ehem pintar ehem lagi funny ehem ehem ehem oh aku sangat meng - adore Adam yang semakin macam - macam.

Berjalan dengan lari terkedek - kedek memang johanlah kalau beri kat dia. Paling aku tak tahan sebab dia taknak duduk langsung. Adalah duduk daam 5 saat lepas tu lari - lari pusing satu rumah atau sepahkan toys atau sepahkan bola - bola dia yang banyak tu satu rumah. Lepas itu ketawa mengekek - ngekek kalau aku terbongkok - bongkok kutip bola bawah kabinet. Hobi dia jilat tutup bekas susu dia. He finds it heaven. Makin aku marah makin dia buat. Riang ria betul kalau orang layankan dia on off suis. Macamlah orang tak ada kerja selain nak mendukung engkau berdiri tepi suis. Cantiknya muka?

Tak suka makan nasi. Kalau pasta suka. Suka sangat especially spaghetti. Bagi dia makan spaghetti maka dia akan mengunyah dengan begitu teruja sekali. Oh suka sangat main - mainkan aku. Baling aku pakai soft toys dia, pukul kepala aku dengan buku (Annoying sangat - sangat kalau time aku tengah sedap - sedap tidur) punggah baju - baju yang aku dah lipat tapi kalau dengan suami Adam manusia yang sangat bersahsiah sekali. He's behaving the best dengan Papa. Kalau dengan aku? The worst! HAHA. Takpe takpe selagi boleh sabar aku layankan, kalau dah tak sabar, aku campak kat nenek. MUAHAHA.

Berat dia sekarang 11.5kg. Kecik sikit dah dia kalau nak bandingkan dengan masa baby dulu. Bambam. Orang tengok pun geram. Sekarang dia lasak, makan taknak kerja asyik nak merakas satu rumah. Tapi sebab badan dia pejal, maka kalau dukung tu boleh buat tangan lenguh jugak. Genetik Papa ni badan kental - kental. Syok peluk. HAHA. Yang lain - lain semua okay. He's growing up accordingly cuma dia tak suka makan sayur. Macam aku. Pandai aje nak asingkan sayur dengan lauk. Pandaiiii pandai. Cuba bagi makan ayam, memang duduk setempat!

Vocab semakin banyak. Adam suka membebel yang entah - entah. Gaya bercerita macam orang tua. Padahal sepatah haram pun aku tak faham. Adam suka ketawa. Senang aje nak pulihkan emosi dia kalau dia merajuk. Buat aksi - aksi yang membodohkan diri sendiri confirm Adam ketawa mengekek - ngekek. Kalau menangis pun macam tu. Sekampung dengan suara dia yang besar tu. Suka jerit - jerit. Suka jump jump jump. Hobi sungguh dia kalau suruh melompat. Macam anak arnab. Adam is a funny boy. Jarang bad mood. Tapi nocturnal sikit. Kalau berjaga malam, memang sampai ke Subuh lah engkau melayan dia.

Betullah orang cakap, depan budak - budak tunjukkanlah benda yang baik - baik aje. Kalau suami solat, aku suka dudukkan Adam tepi suami. Nanti Adam observe apa yang suami buat. Hasilnya, hari tu aku lepas solat tak lipat sejadah lagi, Adam datang terkedek - kedek berdiri atas sejadah, lepas tu angkat tangan macam orang takbiratul ihram terus tonggeng - tonggeng. Subhanallah. Sebak dada aku tengok Adam buat macam tu. Naluri keibuan aku terasa sungguh menebal dalam jiwa. Sob sob sob.




Harapan aku sebagai perempuan yang bersabung nyawa melahirkan Adam, tentulah nak Adam membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa, berbakti kepada agamanya, bangasanya dan negaranya. Aku doakan Adam menjadi lelaki yang penyabar, lemah - lembut, sopan, berbudi dan bermaruah.

Dunia hari ini penuh dengan cabaran. Cabaran juga untuk aku suami isteri supaya dapat membesarkan Adam menjadi lelaki yang berjati diri, beriman dan mencintai kebaikan. Insyaallah.






And I often wonder why,
Someone as flawed as I
Deserves to be as happy as you make me
So as the years roll by
I'll be there by your side
I'll follow you wherever your heart takes me
Cause you make everything that used to be so big
Seem to be so small since you arrived

Touching ah!
Dah. Babai!

14 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

the happy moment for a women is when she look her child grows up.

Semoga CPB jadi ibu solehah dan Adam jadi anak yang soleh.

Saham akhirat kan kak...

p/s: geget pipi adam!!!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAmin. Insyaallah.

Thanks skandal! ^___^

cik nur said...

insyallah sis adam akan jadi anak yang soleh dunia akhirat nur doakan yang terbaik untuk famili sis ^___^

nur easy said...

teruja kan tgk perkembangan anak sendiri. subhanallah.. ;)

Anonymous said...

Comelnya adam. geramm grr~ ^^

Cik Puan Bunga said...

@cik nurAmin thanks cik nur! :D

Cik Puan Bunga said...

@nur easySangat teruja! ^___^ (walaupun kadang2 sgt menguji kesabaran!)

Cik Puan Bunga said...

@Yayan.Hehe thanks! comel + notty! hihi!

watyz said...

bahagia saat dgr kali pertama dia mengeluarkan perkataan 'ibu'...

Jini said...

nangis dengar lagu tu.. huhu..

even tgk ank sedara membesar dpn mata pn membahagiakan.. they're Allah's greatest gift ever! kan? :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzIbu lagi mencabar dari mama. Hehe adam umur 8 bulan dah mamamamamamamamamama sebab senang kot. huhuh!

Cik Puan Bunga said...

@JiniBahagia yg tak terkata jini! :D

Miss Tasantek said...

ahahaha...adam behave bila kaki sakit lah :) hahaha..sangat baik.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekOf course! HAHA!