Saturday, October 1, 2011

Makan – Makan! Beratur Ambik Nasi!

Dah masuk bulan Zulkaedah dah pun. Ada hati lagi aku nak update pasal open house semua. Engkau orang jangan merasa bosan pulak ye. Anggaplah ini masih lagi bulan Syawal yang mulia. KEHKEH.

Sebenarnya banyak pergi open house tapi malas nak update sebab banyak sangat. Jadi aku update open house yang penting dan ternama sajalah ye. Mana lagi kalau bukan open house rumah aku! YAYYY! Bagi aku satu tepukan gemuruh. *Bersabarlah kawan – kawan. Jangan cepat terasa hati*

Bukan buat besar – besar pun. Panggil kawan – kawan je. Yang penting niat ikhlas nak jamu kawan – kawan. Open house ni pun salah satu cara bersedekah juga kan? Ikhlas. Amin. Insyaallah. (Aku pernah terbaca kat satu artikel dalam pada kita sibuk buat open house ni kadang – kadang timbul perasaan riak dan ingin menunjuk – nunjuk kita pada orang lain. Minta dijauhkan!)

Sehari sebelum tu dah berhempas pulas masak dah. Macam biasa, Chef turun temurun keluarga Isnin Bardi dah singsing lengan dah. Siapa lagi kalau bukan Chef Latifah kita. Aku mintak emak masakkan menu hari raya. Ketupat daun kelapa, kuah lodeh, sambal kacang, ayam goreng rempah (All time fav.) dengan sambal tumis udang. Aku setakat tolong kupas sikit – sikit bolehlah. Kalau suruh masak, errrr insyaallah tak berapa nak menjadi. HEHE.

Menantu emak bagus – bagus. Semua tolong anyamkan ketupat. Pandai kakak – kakak aaku cari suami. Sudahlah kacak – kacak pandai anyam ketupat pulak! *Tangan dibahu mata ke atas* Suami pula apa kurangnya, dia sibuk siapkan barang – barang masak dengan barang barang jamuan. Buah – buahan, pinggan mangkuk cawan kertas complete suami sediakan. Itu yang aku sayang dengan adik – beradik aku ni plus suami juga. Sayang abang! Terima kasih tolong ye! Kakak – kakak aku pun best! Bantu – membantu. Kerja cepat siap. Tapi ada yang tak bestnya. Embun pulak tak ada. Kalau Embun ada mesti dia tolong masak. Sob sob sob! *Sekarang ni kalau aku lapar tak ada sapapun nak masakkan laukkkk! Huwarghhhhhhhh!*

Bagi menambahkan kehangatan majlis, nak lagi best, masa hari kejadian, boleh pulak rumah tak ada air. Orang sibuk nak masak time nilah air tak ada pulak! Memanglahhhh memang! Semua orang bengang. Aku pun bengang juga sebab aku belum mandi hoi! Gila ke apa orang dah nak sampai aku belum apa – apa lagi hoi! Maka sudahnya, terpaksa mandi dengan air satu baldi saja. Satu baldi wehhhh! Satu baldi!

Tepat pukul 11.30 pagi, semua menu siap dimasak. Tahniah emak! Emak memang Fairy God Mother yang ohsem sedunia! Tengok menu – menu bersusun atas meja, buat perut aku kembang kuncup macam setokin. Menyelerakan sungguh! Nak – nak lagi sambal tumis udang tu! Haishhhhh! Macam melambai – lambai pulak udang dalam mangkuk ni. Kau jangan udanggg!

Lepas siap – siap ala kadar (Tetamu datang nak makan pun je kan? Bukan nak tengok muka aku pun! HUHU) aku duduk diam – diam kat hall sambil tunggu tetamu sampai. Orang pertama yang sampai adalah Radin! Hebatlah Radin! Memang menepati masa. Pukul 12 tengahari dah terpacak. Sepuluh markah untuk Radin! Tak lama lepas tu sorang – sorang tetamu sampai. Semua layan diri ye kawan – kawan. Tak dapat nak layan sorang – sorang sebab Adam pun sama juga membusykan diri nak layan tetamu. Ewah diaaa!

Tetamu yang hadir.
Eh! Ada lagi gambar yang hampir sama! HAHA!
Makan makan! Anak siapa panjat kerusi tu!
Makan lagi lagi!
Suami membuat cubaan menjadi peramah. Nak jugak dia keluar tunjuk muka. Selalu pemalu je!
Ini ini ini hebat!
Ketupat. Home made.
Thanks Kak Raha!
Bibik yang diimport dari Madras
Skandal - skandal aku!
Thanks yeeee sudi datang!
Alhamdulillah. Semua tetamu yang dijemput datang. Cuma Datin Rimah tak dapat datang sebab cucu dia buat hal. Haishhh si Allysha ni karang cubit baru tahu! Tak dapat nenek nak beraya rumah auntie! HUHUHU! *Auntie kauuuu! Kelassss!* HAHA. Terima kasih sudi datang Parit Banyumas. Kak Raha terima kasih sudi datang rumah saya ye. Jauh tuuuu! Insyaallah tahun depan, ada rezeki saya buat lagi. EHEHEH. Lepas tetamu balik, terus mengemas sebab super penat. Bukan penat apapun. Penat nak kejarkan Adam yang kerjanya asyik nak buat aksi berbahaya je depan orang ramai. HAISH!

Selamat Hari Raya semua! HEHEHE!

Dah. Babai!

4 comments:

LM said...

tahun dpn jgn lupa ajak akak tau...jamuan yg kita buat akan buat rezeki kita bercambah2..amin

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Segan ah kak nak ajak akakkk.. HEHEHE kampung.com jek makan - makannya! HUHU!

yayath said...

wahhh...sedapnye menu..

terliur da...

mandi seBALDI???hihihihih

Cik Puan Bunga said...

@yayathOuppppssssss! HAHAHAHA hebatkan? :D