Sorrylah. Tajuk entry macam samseng. Tak lain tak bukan, mengejar traffic fraud. HAHA.
Oh aku sangat excited dan tak berapa nak sabar tunggu hari Sabtu sebab aku ada double date dengan Junas! Yeahaaaaa! It has been a long time and last time jumpa masa bulan berapa entah lupa and semua pun ada. Kali ini meeting up tanpa Aloi. Siapa suruh engkau jauh sangat kan, nyah! Jadi pasrah ajelah kan sebab meeting up kali ini kami buat di Domino’s Batu Pahat. The only outlet yang baru buka di Batu Pahat. Kesian betullah.Tapi tapi tapi yang bestnyaaaa kami tak payah nak berebut makanan sangatlah kan sebab Aloi tak ada jadi kami boleh makan dengan santai – santai. HAHA.
Aku yang terpaling lambat sampai sebab kena pergi meeting panel dulu dekat sekolah (Yawn!) dulu and rushing balik rumah sebab minta tolong auntie jagakan Adam sekejap sebelum zoomed out semula ke Domino’s sebab kekasih – kekasih aku sedang menunggu. Ecehwah. HAHA. Macam inilah life wanita yang berkerjaya sentiasa busy as a bee. HAHA pui! On the way hujan turun dengan boleh tahan lebat jugaklah. Aku kalau hujan automatic pemanduan jadi slow maka terpaksalah Naddy dengan Andak bawa – bawa bersabar. Engkau orang tak boleh makan selagi tetamu kehormat tak sampai! HAHA. Geli tekak geli tekak!
Sampai je kat Domino’s terus kena kutuk dengan Andak. Tak sempat aku duduk, tak sempat nak melepas lelah dah kena keji kaw – kaw dengan Andak. Kejamnya engkau lelaki! Okay dia panggil aku bini Shrek! Terluka! Sob sob! Dia kata lama sangat tak jumpa sampaikan aku dah mengembang dengan jayanya. Bencilah. Okay sebab dulu dia kata aku terpaling kurus dan sekarang sudak membiak kembang dengan gigihnya. Okay okay I gedittt I gedittttttt! Kena melipat gandakan usaha untuk menguruskan badan dengan lebih gigihnya sebab Andak dah kata aku gemuk, tembam, semua vocab yang sama makna dengan gemuk dia bagi kat aku. Okay Andak, okay! Engkau tak payah nak pandang – pandang aku sambil buat muka confused lah kan. Parah kau nanti!
Muka teman lelaki yang dah satu dekad menjadi penghibur hati.
Muka teman wanita yang dah lebih sedekad menyakitkan hati! HAHAHAHA!
Ini of course muka rezeki. HAHA!
Lunch kali ini Naddy foot the bill. Thanks dear. Kali ini dia belanja as for my belated birthday treat. So makan dua pan regular pizzas dengan side order, aku tak berapa nak tahu sangat sebab ini second time makan Domino’s. First time masa zaman belajar iaitu lebih 5- 6 tahun yang lepas. Jadi apa yang Naddy order kami makan dengan patuhnya. Andak macam biasa tak habis – habis nak dengki, semua makanan dia lambak dekat aku. Mentang – mentang aku gemuk engkau ingat aku lori sampah ke apa kan? Memang biadap! Tapi aku selalu cakap dengan Andak, aku macam Dato Siti macam Dato SIti sampai dia jadi fed up and dah tak stuff aku dengan makanan lagi dah. HAHA.
As usual, bila ada kesempatan berkumpul macam ni masing – masing wajib updates life masing – masing. Paling happening Andaklah sebab dia nak bernikah, and dah pakai kereta baru and dah menjadi sangat tough kacak handsome bergaya. Terharu pulak aku kan bila kawan yang kita dah kenal selama sepuluh tahun tiba – tiba dah nak hidup dengan perempuan lain. Sob sob. Perasaan maybe sama dengan emak yang anak lelakinya akan berkahwin. HAHA. Andak ni kawan yang aku kenal dari zaman form six lagi. Sebelum kami rapat memang menyampah betul dengan dia sebab masa tu dia couple up dengan perempuan yang dibenci oleh kami (Aku and Naddy. Eh semua orang pun kot benci gf Andak pada masa itu. HAHA. Habis dah engkau super poyo sangat!) Lepas dia broke up dengan itu perempuan barulah kami menjadi close sampai sekarang. Lawak betul kalau difikir – fikir.
Tengok tengok! BIADAP kan Andak!
True!
*Senyum*
Dah nak balik dah. Sob sob sob.
Babai Andak!
Forever ya!
Ouhhh dapat pressies dari Naddy lah! Kain cotton biru yang comel sangat dengan owl vintage necklace yang memang kegilaanlah kan. Aku apa – apa yang ada kaitan dengan owlie ni memang menterujakan pun. SUKA SUKA! Thanks dear! Aku jarang – jarang pakai baju biru. So bila Naddy present something in blue ni tiba – tiba aku rasa warna biru tu macam cool pulak kan. HAHA.
Jumpa sekejap just for the lunch sebab masing – masing busy tapi all the way home memang senyum sajalah kan sebab happy sangat dapat jumpa Junas and Andak bagi masing – masing number ahli. HAHA Andak kata siapa takde number ahli tak boleh iktiraf diri sebagai geng Junas. Mengarut je kami ni kan! HAHA! Andak pengerusi jadi dia dapat number 111, aku 823 (Dia bagi number ikut sedap dia nak bagi apa.) Naddy apa number kau? Andak tak ingat! HAHA! Next meet up aku pulak kena belanja then next turn Aloi pula. Tak sabar nak tunggu next meet up sebab time tu aku rasa aku probably dah kurus lagi! HAHAHAHA!
I love you so much guys. You guys are the best! Mmmmuaaahhhhh!
Comel! Aku suka sangat!
Dah. Babai!Tak sabar nak jahit jadi baju!
4 comments:
alhamdulilah sis murah rezeki dapat makan free pastuh dapat kain yang cantik plak tuh kan ??
wahahahahahahaaha no aku 051!!!! hahahah gilerr bagi aku no start dgn 0..andak pnyeerrr keje..tah no ape die bagi kat aloi tah...huhhhhhh!
@cik nurHEHEHE. Kawan baik bagi! :D
@NaddyAndak punya 111! Tak guna betul! HAHA!
Post a Comment