Tuesday, October 11, 2011

Stress Stress Go Away Come Again Another Day!

Aku kalau sedang di bawah kawalan stress ataupun jiwa kacau yang tahap melampau, selain dari membanyakkan solat dan membaca ayat – ayat al – quran yang terbukti secara berkesan menghilangkan stress melampau (Ehem) aku juga suka membaca. Membaca buat aku lupa sekejap stress yang sedang menyerang. Depends lah bahan bacaan apakah yang aku nak baca. Tapi pendek kata memang aku suka membaca. Dari aku kecik, aku sangat suku bau buku baru. Macam syiokkkkk cium – cium bau buku baru.

Tapi tak semualah kan buku yang aku baca tu betul – betul berguna untuk aku. Macam manusia biasa yang lain, yang kadang – kadang korek hidung dan campakkan tahi hidung di mana – mana, aku juga membaca majalah – majalah murahan macam majalah Mangga ke, URTV ke, layan juga Mastika ke apa. Tapi yang paling menjadi kesukaan adalah komik – komik merapu – rapu macam komik Shin Chan ke apa, tapi yang paling favourite adalah komik Doremon!

Aku suka sangat dengan Doremon. Dulu aku sangat hafal lagu Doremon tu. Aku hafal aku hafal! Aku boleh nyanyi dengan baiknya. Dulu selalu berangan – angan balik sekolah, masuk bilik dan ada seekor Doremon sedang menanti. Aku paling suka gadget pintu suka hati. Dulu selalu berfikir kalau aku ada pintu suka hati, aku boleh pergi mana – mana yang aku suka. Rompak bank ke, pergi curi komik ke, pergi bercuti ke. Sukanya! Aku adalah generasi yang membesar dengan berangan – angankan Doremon. Membesar dengan membayangkan keindahan hidup memiliki Kipas Terbang. Bestnya!


Latest ni. Emak belikan. Iye emak aku belikan untuk anak dia yang berumur 28 tahun ni!
Apa engkau ingat dah besar – besar macam ni aku nak melupakan kegemaran semasa kecil ke? Tidak tidak. Juga bersyukur sebab diketemukan dengan suami yang berkongsi minat menyintai Doremon. Asyikkkkk! Bila dah besar – besar macam ini, tak perlu merengek – rengek ke emak nak duit untuk beli komik Doremon. Bila tiba time gaji, pergi kedai komik dan beli Doremon sendiri. Tak kiralah Doremon bersiri atau Siri Pengembaraan Doremon semua pun aku ada. Lengkap koleksi aku. Cuma masa aku nak kahwin dulu, semua koleksi – koleksi tu aku perturunkan pada sepupu rapat aku sebab dalam bilik sudah tidak ada ruang untuk simpan semua koleksi – koleksi itu. Sedihnya. Tapi sekarang sudah start semula menyimpan koleksi – koleksi Doremon.

HAHAHA. Muka harus nak yang good – good saja tapi rupanya suka baca Doremon. Eh siapa kata tak ada moral baik yang boleh di ambil dari komik Doremon? Adaaaaaa. Contohnya? Jangan jadi malas macam Nobita. KAHKAHKAH.

p/s : Selalu terasa perangai Nobita tu sama 200% macam aku. Pemalas. Tau nak hidup senanggggg aja. Pui. Berangan lagi!

Dah. Babai!

10 comments:

sailaaf said...

ololo.comel nya. baca buku doraemon. =)

Miss Tasantek said...

dlu dalam jamban pon ada komik doraemon. jamban kat luar yang kat belakang tu...

Syamimi Hazirah said...

Sy pun suka collect buku Doraemon, tp dulu la. Haha.

LM said...

wahh dpt buku doremon..best2.

klu malas kena ada kwn baik cam doremon kan?akak pun nak doremon gak!

Cik Puan Bunga said...

@sailaafKan kan comel kan? HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekHaaa ni kompom penah lepak jamban aku nih! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Eyra.sekarang? Tak suka dah? :D Syiokkk laaaa! :D

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Hahaha emak layankan ajelah anak dia yg tak sedar diri nih! HAHA! oh saya pemalas tahap gaban kak, sesuai ada doremon! HUHU!

Hunny Kitty said...

lama tak baca komik doraemon!

Cik Puan Bunga said...

@Hunny KittyBacalah. BEST! HAHA!