Friday, November 11, 2011

Anniversary. Brain - Stormed. Couple Retreat.

8 November 2011 yang lepas merupakan anniversary kami yang ke tiga. Mana - mana yang start nak confuse, jangan confuse dulu. Eh bukan hari tu engkau baru sambut anniversary ke? Mungkin ada yang bertanya dalam hati tapi tak terluah. Yee yeee tepat sekali. Hari tu baru sambut anniversary pernikahan. Yang ini anniversary persandingan. Ecehwah engkau budget artis betul setahun ada 8 ratus anniversary yang engkau nak sambut. HAHAHAHASUKAHATIAKULAH!

Kebetulan aku cuti sekolah sebab raya haji, suami pulak memang sengaja ambik cuti 2 hari. Nak spent masa satu hari khas untuk family. Nak melayankan isteri dia yang banyak cengkadak dengan anak bujang handsome yang sekarang ni kerjanya nak menjerit - jerit aje. 

Alah bukan pergi manapun, pergi Melaka aje. Dekat. Banyak tempat best boleh pergi. Lepas booking hotel ke hotel idaman (Selalu pergi Melaka duduk hotel - hotel biasa aje. Sesekali duduk hotel best - best sikit! Ngehngeh!) kitorang pun gerak dari Parit Yaani pukul 3 petang. Sampai Melaka pukul 6 lebih. Biasalah berhenti makanlah, beraklah apalah semua. Sampai Melaka terus check in dulu sebelum pusing - pusing bandar Melaka. Perut pulak lapar. Lapar tahap bela hantu raya agaknyalah sebab dinner aje 3 tempat. Masing - masing nak makan ikut selera tekak masing - masing. Dinner di McD, Secret Recipe dengan Nando's. Hambik!

Lepas dinner terus balik hotel sebab budak handsome dah penat. Oh ya, kami dating bawak Adam ye. HUHU tak dapat nak manja - manja dengan suami. Bawak Adam sekali. Anniversary ketiga yang bertiga. Catchy nya! KEHKEH.



Nasib baik Adam behave sepanjang masa. Buat perangai nakal nauzubillah pun masih dapat dikawal lagi. Jadi adalah masa - masa Mama dapat manja - manja dengan Papa. EKEHKEHKEH. Sebenarnya couple retreat kali ni lebih kepada nak brain - stormed perkahwinan kami yang dah mencecah angka tiga. Ambik peluang berborak dari hati ke hati, berbincang masalah yang lepas - lepas, apa perangai kita dan perangai pasangan yang tak berapa nak berkenan di hati, bincang semua. Tak ada tapis - tapis. Nak emosi pun emosilah. Dengan suami sendiri kan.

Yang negatif banyak pada akulah. Masalah besar aku egolah kan *Mata ke atas tangan ke bahu* Suami kata, ni suami kata tauuuu kalau aku dapat kurangkan ego aku, maka perfectlah aku sebagai isteri. Ecehwahhh! Sebab ego ni macam duri dalam daging dalam perkahwinan. Suami pulak of courselah sifat dia yang banyak diam. Sepatah aku tanya setengah patah dia jawab. Dan jugak sifat dia yang kurang ekspresif tu. Kadang - kadang aku geram jugaklah kan bercakap sorang - sorang macam tengah bercakap dengan selipar.

Lepas tu sesi reminiscing old sweet memories. Alahmak. Ini part yang paling best sekali. Ingat balik benda - benda sweet, moment - moment sweet sebelum kami bernikah dulu. Mana tempat kami pergi, apa kami buat. Bestlahhhhhh! And last sekali, kami solat Isya' berjemaah. Nasib baik time ni Adam dah lama tidur dah. Lepas solat, suami berdoa semoga perkahwinan ni kekal sampai bila - bila. Menitis lah jugak airmata bila doa suami semua banyak sebut pasal aku "...Murahkanlah rezeki isteri hamba Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah dia, jadikanlah dia isteri yang solehah..." Okaylah aku emosi ni emosi.

Bangun pagi - pagi terus buat kelakar.
Muka taknak mandi.

Hari kedua, suami suggest pergi tempat - tempat yang kami suka pergi masa couple dulu. So kitorang buat baliklah apa yang kami buat masa zaman couple dulu, pergi Baskin & Robbins, spent hours dekat MPH (Dulu selalu buat sebab nak baca buku free!), masuk kedai soft toys, makan dekat Nando's (Fav.place zaman couple. HAHA) tapi yang paling touching time makan dekat Baskin & Robbins lah, suami cakap dekat Adam "Adam, ini tempat Mama suka datang. Papa bawak Mama makan aiskrim tiap - tiap minggu kalau ada masa. Mama suka aiskrim cokelat, topping caramel dengan kacang blablabla..." Alahai, terusik betul sanubari aku. HAHA.

Lepas pusing - pusing Melaka sekejap, terus gerak balik Parit Yaani. Dalam hati rasa puas sangat - sangat sebab dapat spent masa dengan suami and Adam. Rasa puas, bahagia yang tak dapat aku gambarkan. Tak apalah kami hidup tak mewah, asalkan hidup bahagia, dapat suami yang baik dan anak yang sihat. (Alhamdulillah) Tugas akulah untuk memastikan kebahagiaan ini berkekalan. Insyaallah, aku berusaha menjadi isteri yang baik untuk suami dan emak yang baik untuk Adam. Dan adik - adik Adam. Eh! InsyaAllah. ^___^

p/s : Dah join Mega giveaway? Gila hadiah RM800++!

Dah. Babai!

14 comments:

Unknown said...

so sweet! adam boleh pulak buat lawak macamtu. bhahaha!

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosHahahaha Adam memang! Ada je nak buat org gelak!

cik nur said...

nur baca pun rasa sebak :)
rasa mcm tak sabar nak jadi isteri yang sah heheehe

nur easy said...

oh adam, awat kittynya udah terkulai tu.. hehe

Miss Tasantek said...

aku baca blog kau ni dengan buka blog aku. baca sambil dengar lagu kat blog aku, terus rasa terharu. ahaha...

"jangan kau pergi tinggalkan aku,bawa aku kemana kau mahu, janjiku padamu...jiwa dan raga ku mati pon ku mahu..."

nah lirik ni khas untuk kau :)
happy anniversary :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurInsyaallah cik nur! ^__^ Akak doakan! Aminnnn!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyBergaduh ni, berebut dengan mama pasal nak menghak milikkan kitty tu! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekThank you! ^___^

J. Hass said...

happy anniversary :)

Cik Puan Bunga said...

@J. HassThanks so much! ^___^

Lia Uret said...

wahhhh.... tersentuh2... boleh jadi pasangan contoh tahun 2011 ni...

Cik Puan Bunga said...

@Shellia89Errrr belum tahap pasangan contoh! HUHUHU! Tapi terima kasih!

yayath said...

macam meremang plak bulu roma baca entry akak nih!!hikhik

Cik Puan Bunga said...

@yayathYath nape meremang? Bukan cerita hantu dong! HAHA!