Thursday, November 24, 2011

Bilik Pengantin Adam Hampir Siap! Ecehwah!

Mengemas bilik untuk anak handsome aku bukanlah sesuatu yang senang. Last - last emaknya malas nak berfikir banyak - banyak terus lambak aje toys Adam sesuka rasa. Tak adalah happening sangat bilik toys Adam tapi bolehlah buat ada - ada. Nampak terhibur jugaklah Adam main - main dalam bilik Embun yang sekarang dah diubah suai jadi bilik toys Adam (Sementara aje sementara tunggu duit aku kumpul buat rumah banglo cukup!) Cerialah sikit. Kalau tak, bilik tu asyik bau kepam aje macam ada orang mati dalam situ.

Misi paling utama adalah ingin mengurangkan kos. Macam anak Dato' pulak aku kan nak letak budget tinggi - tinggi untuk make over bilik Adam. Chill. Kita gunakan kreativiti! Walaupun tak berapa nak kreatif tapi bolehlah jugak diguna pakai. KEHKEH.

Kalau ikutkan check list hari tu, benda - benda yang aku perlukan adalah seperti berikut :
* Langsir kartun - kartun
* Bed sheet kartun - kartun + Pillow case pun kartun - kartun jugak
* Box / Bakul tempat simpan toys Adam
* Gambar - gambar yang inspirational / Gambar - gambar yang ceria
* Play mat untuk Adam golek - golek
* Wall sticker (Cuba nak cari yang murah - murah punya)
* Growing Chart (Ini aku taktau mana nak dapat!)
* Cat baru (Ini tengoklah perlu ke tak)
And setakat ni benda - benda yang dah dapat adalah seperti berikut :
  • Langsir Angry Birds (Warna ungu)
  • Box (Box terpakai. Jimat!)
  • Gambar - gambar yang inspirational dan ceria (Beli dekat Popular. Murah!)
  • Play Mat (Beli dekat Nad. Comel!) + Wall sticker murah gila beli dekat kedai stationary
  • Growing chart (Beli dekat kedai buku)
Dan apa yang perlu dibuat selepas itu bergantung kepada kreativiti masing - masing. Jadi janganlah berharap sangat kalau engkau ni manusia yang tak kreatif tapi berangan nak hias - hias biliklah hape. Tabah ajelah. Aku cuba nak mewujudkan suasana ceria tapilama - lama aku yang tak berapa nak ceria sebab time nak kopek wall sticker tu asyik terkoyak aje! Stresslah!

Sudut growing chart Adam. Tu binatang 4 ekor tu aku nak kopek memang mencabar emosi betul!
Posters, bakul dengan box toys and jam lebah yang comel!
Play mat Adam dah sampai! Gembira dia bergolek - golek dengan Kakak Una. Kitty kena interframe jugak!
Bakul koleksi bola Adam kena letak tinggi - tinggi dulu sebab tak tahu nak bubuh mana. Haih!
Simple. Setakat ni itu ajelah yang aku boleh fikirkan. Nampak gaya macam terhibur aje anak handsome aku main - main dalam bilik dia yang baru ni. Nampak kemas, tersusun and senang kalau dia nak tidur siang, tak payah nak angkut masuk bilik aku. Kalau petang sementara tunggu nak mandikan dia pun boleh main - main dalam bilik ni dulu. Jadi toys pun tak akan bersepah - sepah dekat luar dan aku pun tak perullah nak emosi sangat kerja asyik nak mengemas toys ajekan. HAHA.

Nanti dari semasa ke semasa aku tokok tambah lagilah mana yang boleh. Ini belum finalized lagi ni. Ingat nak letak kerusi dengan meja kecik so Adam boleh duduk warna - warna buku coloring ke, tergolek - golek ke, terjun tiruk ke. Namapun anak lelaki! HAHA!

Oh langsir aje yang belum siap lagi. Tailor tengah buat. Untunglah ada tailor yang boleh kawtim harga ni. HAHA. Teruja betul aku nak tunggu langsir siap. Emaknya pulak yang tak sabar! HAHA. Tabahlah Embun! Angry bird ungu weh langsir kau! HAHA!

Phewwww! Tengok pun dah terasa aura comel! HAHA!
Siapa ada tips hias bilik tidur anak lelaki bolehlah sharekan dengan aku ye! ^___^

Sekian. Emak teruja!

Dah. Babai!

10 comments:

nadhirah. said...

cepatlah siapkan! tak sabar nak tngok hasil yg dah siap sepenuhnya :)

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah.Alahai! Biasa - biasa ajelah dik oi! HAHA!

Anonymous said...

aigoo ! comelnye bilik baby adam :)

Cik Puan Bunga said...

@Miss Aisyah ZakiahTu belum berapa comel lagi! KEHKEH! Nak jugak berlagak - lagak! HAHA!

Anonymous said...

bunga...memang kreatif la..mahal tak play mat tu. comel kan...kakmasyp

nur easy said...

playmat sama.. hehe cam nak buat jg la langsir angry tu ;)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousEh hahahaha terima kasih kak! ^___^ Playmat tu harga dia RM49 je termasuk postage. Ada macam2 kaler! ^___^

Beli dekat sini :

http://baby-geniuses.blogspot.com/

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAdam dengan Ammar kan berchemistry! HEHE!

EH buatlah, beli kain dekat Nagoya. Banyak kaler tau! Pink pun ada! Nasib baik emaknya tak beli untuk bilik sendiri! HEHE!

yayath said...

wahhh...rasa terhibur dan nak tergolek-golek jugakkkk dalam bilik adam nih...hikhik

Cik Puan Bunga said...

@yayathSilakannnnn silakannnnnn!