Friday, November 11, 2011

Cheapskate 101 : Beli Barang Time Murahlah Please!

Emak ini kalau dapat peluang bershopping, beli getah pemadam pun sudah teruja. Apatah lagi korek dashboard kereta jumpa duit (Bukan jumpa sebenarnya, tapi duit suami!) terus raya kaya padahal duit dalam tangan tak sampai pun seratus ringgit. Tak apalah. Asalkan dapat shopping. Hilang jugak stress yang melanda.

Aku memang suka jenama Anakku. Tapi hanya terjah butik dia kalau ada sale. Kalau tidak, jangan harap. Sebab barang dia mahal - mahallah jugak. Bukan cheapskate, tapi kalau ada peluang berjimat apalah salah tunggu kan. Tak kisahlah kalau baju - baju bayi yang dijual dah macam terlepas dua tiga seasons kan. Aku bedal aje sebab anak kalau sudah comel, engkau pakaikan daun pisang pun comel juga kan!

Kebetulan pergi Yong Peng tengok butik Anakku ada buat sales. Kebetulan jugak memang nak carikan Adam pyjamas sehelai dua sebab yang sedia ada dah kokak sangat rupa parasnya. Nanti kasihan anak aku, kacak - kacak tidur seluarnya lubang. Aiyooh! Kebetulan jugak dalam tangan ada duit sikit. Kebetulannnnlah sangat kan aku memang dah lama tak bershopping. Kebetulan laa kebetulan.

Anakku ada buat sales 50%, ada sales beli satu set RM20 tapi kalau beli dua set RM32 (Baju + Jeans) macam - macamlah. Rambang jugaklah mata pilih baju yang comel - comel untuk Adam. Macam biasa baju baby gegurl banyak sangat! Comel - comel! Pinky! Menyampah betul! Berhempas pulas punggah baju - baju untuk cari size Adam. Saja beli satu size lebih besar sebab nanti boleh pakai lama sikit. Jimat kan. Tak payah membazir beli banyak - banyak kali. Jaga elok - elok insyaAllah tahan lama.

Total damage pada hari ini adalah RM103.60. Alhamdulillah. Dapat pyjamas dua pasang untuk Adam. Comel - comel! Yang lagi cool dapat tote bag for free sebab berbelanja more than RM100! Cool habis. Aku ambik warna striking green sebab rasa macam super awesome pulak warna tu. Medium sized punya tote bag. Boleh isi baju - baju dengan toiletries Adam kalau pergi jalan - jalan. Comal! Kalau aku bawak pergi kerja pun cool juga!






Wet tissues tu memang wajib ada baik dalam kereta aku ataupun kereta suami. Sebab Adam ni tak terjangka time bila angin dia datang nak selet - selet cokelatlah, roti lah, biskutlah, hinguslah, jadi get ready ajelah dengan wet tissue. Kadang - kadang tak terjangka jugak time bila emak bapaknya nak buat perangai tertumpah airlah apalah kan. Wet tissues Anakku ni lembut sedunia. Tak kasar. Kalau buat bersihkan punggung baby pun sedap aje. Nak buat bersihkan pnggung engkau pun tak ada masalah. Rasa dia nyaman aje. HAHA.


Botol susu ini Adam pilih sendiri. Pelik - pelik aje rupa parasnya. Tapi dia dah suka, gasaklah. Tak mahal pun RM9.90 aje.


Oh ini beg untuk isi botol susu Adam kalau pergi jalan - jalan. Comel kan? Aku beli dekat Brand Outlet Dataran Pahlawan. RM14.90. Memang berbaloi beli. Warna dia sangat mengujakan sampaikan Adam berkepit dengan beg ni setiap masa. Buat main campak - campak. Bertuah anak aku!

Setakat ni aku belum mampu nak belikan Adam baju yang mahal - mahal. Insyaallah kalau ada rezeki lebih teringinlah jugak nak belikan Adam baju Guess ke, OshKosh ke, GAP ke tapi yang bukan jual kat booth - booth kecik tulah. HAHA walaupun hakikatnya Adam banyak aje baju - baju beli dekat booth - booth kecik macam tu. Belasahlah janji comel! HAHA!

Okay. Dah. Babai!

10 comments:

sid said...

beg garfield tu super duper comel lah!

nur easy said...

yeay nak singgah juga lah

Cik Puan Bunga said...

@sidKan? Kalau bawak pg kerja pun comel kan! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyJom jom! Ada sale tau sekarang ni! ^___^

INNANIE ARIFFIN said...

kat butik anakku ada saiz saya tak? hehehe

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinMalangnya! HUHUHUHU!

Unknown said...

tote beg hijau tuh lawa lah

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosKan? Kan? Buat pergi jalan pun best! HAHA!

cik nur said...

hehehe tak apa tak pyah jenama2 pun tak apa kak as long hepi tak ksah la kan comel barang2 adam rasa nak peluk2 hehehe ^___^

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetullah cik nur. Kalau ada rezeki boleh beli yg branded sikit. Buat masa ni, ini aje yg mampu! ^___^