Assalamualaikum.
Hari ni aku nak serious tau. Aku taktaulah boleh tak aku maintain the seriousness ni towards the end, tapi aku berjanji dengan diri sendiri aku akan serious.
# Serious yang pertama.
Taik betul aku rasa bila orang yang selama ni aku sangka bersatu fight untuk aku bila aku kena pindah petang tahun lepas rupa - rupanya dialah orang yang termasuk dalam konspirasi menjatuhkan aku. Genap setahun, baru aku tau kebenaran yang sebenar. Fuh! Bila aku dapat tau berita ni terus aku rasa macam aku manusia yang bodoh sangat sebab aku selalu sangkakan dia baik hati. Macam aku. Tapi. Ye ada tapinya dekat situ. Sekarang engkau cakap dengan aku, orang macam ni apa mau bikin?
# Serious yang kedua.
Dekat tempat kerja aku, fitnah berleluasa. Fitnah sana sini. Kemungkaran berleluasa tapi tak ada sorang pun ambik port untuk membanteras kemungkaran. Semua pejam mata rapat - rapat. Mungkinkah cara terbaik melawan mulut yang suka membuat fitnah adalah dengan mencilikan mulutnya secara literally? Maksudnya pergi datang dekat dia lepas itu gonyoh mulut dia dengan cili. Macam tu. Engkau rasa powerful tak cadangan ni? Engkau beware ye. Aku cakap ini tujukan untuk kau. Minggu depan semua sila alert. Siapa mulut dia kena cili. Itu maknanya mulut longkang suka buat cerita sana sini.
# Serious yang ketiga.
Dekat tempat kerja, aku dah tak boleh percaya siapa - siapa. Sebab semua orang bila sudah terdesak, kawan baik macamanapun belakang engkau dia akan tikam. Eh come on, sekarang ini zaman lu langsi lu mati. Jangan sampai tahap lu langsi esok lu mati sebab gua upah bomoh bikin lu muntah darah. Takut tak? Aku pernah sampai tahap nak buat macam itu. Nasib baik iman aku kuat sikitlah walaupun aku tak pernah buat solat tahajud untuk tahun ini.
# Serious yang keempat.
Perempuan, engkau janganlah suka sangat bila orang lelaki jadikan tubuh badan kau bahan untuk melucah. Engkau boleh ketawa gatal sebab excited sangat. Engkau rela maruah engkau orang lelaki mainkan sampai macam itu sekali? Engkau keluar rumah, maruah suami tahu yang engkau bawak. Bila lelaki lain cakap benda lucah - lucah dengan engkau, sebagai isteri yang menjaga nama baik suami apa patut engkau buat?
# Serious yang kelima.
Aku taknak sebut pasal skandal. Tapi dah tersebut. Aku taknak komen lebih - lebih sebab nanti kalau kena batang hidung aku baru padan muka aku. Cuma walaupun aku ni bab - bab agama bukanlah dewata sangat, tapi sekurang - kurangnya aku tahu, perkahwinan yang didasari dengan cara hidup Islam tak akan pernah menyimpang dari landasan. Ustaz aku pun pernah cakap benda yang sama.
# Serious yang keenam.
Aku rasa orang yang selalu buat perkara jahat adalah orang yang tak pernah ingat mati.
Aku tau engkau taknak tengok muka aku. Tapi aku nak tunjuk jugak. Vain.
Aku teringat pulak pesan seorang hamba Allah ni dekat aku. Buat aku terharu, buat aku bersemangat untuk menghadapi dunia yang palat ni :
"Bila kita susah, bila kita kena musibah, janganlah menagih simpati dengan orang. Jangan harapkan orang akan membela engkau. Kita yang kena bela diri sendiri, kita ni yang kena kuat untuk diri sendiri. Kita kerja tak kacau orang, jangan biar orang pijak kita, Yat."
Insyaallah kak. Saya kuat. Macam kuat harimau.
Ingatanlah untuk semua orang yang rasa dirinya wajib diingatkan.
p/s : Eh dah join Mega Giveaway? Nilai hadiah dah naik dari RM500++ kepada RM800++! Fuyooohhhhh!
Dah. Babai!
16 comments:
janganlah membuat kejahatan yg dibenci orang sekeliling :'(
@Rtp Farra ArishaErrrrr....
takpe... tuhan tau :)
sabar itu separuh dr iman. moga dijauhkan dr fitnah manusia yg x kenal erti balasan akhirat... amin...
sabar la banyak2 kak nnt insyallah dapat kebaikan dari apa yang menimpa akak sekarang take care yaa kak :)
aku pon tak rela orang perbahan aku dalam kategori lucah. ia sangat bodoh untuk di terima. dan sangat mengaibkan.
aku rasa elok jugak ko cili je sesiapa yang bermulut longkang tu.. hehehe..
eh lupa nak cakap..aku tag ko..
http://ourkizuna.blogspot.com/2011/11/contest-anakku-berfotogenik.html
join eh..
@J. HassItu sudah semestinya ^___^
@watyzSebahagian daripada iman. ^___^ Fitnah tu sgt bahaya. Boleh runtuh sesebuah negara hanya sebab fitnah. Jatidiri manusia pun boleh tercalar dek kerana fitnah juga.
@cik nurInsyaallah. Terima kasih cik nur! Cik nur selalu bg semangat kat akak! ^___^
@Miss TasantekTapi ada yang suka. Tak paham.
@RaiCili macam sinonim dengan perempuan mulut jahat. HAHA
@RaiOK NOTED! ^____^
had0ilah!
mcm2 cite kt sekolah skrg.
buat sakit kepala je bila pk.
siapakah gerangannya yg disebut dlm serious pertama?
sabar jelah.
xyah layan gosip2+khabar2 angin yg bertiup kencang 0r sepoi2 bahasa.
doa semoga ditetapkan iman dan diteguhkan iman ko.
amin.
senyummmmmmmm!!!
^_____________^
@-[DeeYA]-Thanks skandal. HEHE.
Orang dalam #serious number satu adalah _________.
Pui!
Post a Comment