Masih segar lagi dalam ingatan. Kalau aku cuba untuk mengingat dengan lebih gigih lagi (Pejamkan mata dan fokus dengan menggunakan kuasa super!) aku sumpah dengan nama Allah aku dapat rasa tendangan pertama dia dalam perut aku. Aku ingat lagi regangan - regangan super yang dia selalu buat dalam perut. Macamana peha dan bahunya terbonjol - bonjol dalam perut. Macamana ligatnya dia setiap kali aku nak tidur malam. Dan yang paling annoying, bila aku tengah bebelkan students, students aku ketawa terbahak - bahak sebab perut aku terbonjol kanan kiri atas bawah ikut sedap hati dia nak berbentuk macamana.
Aku ingat dengan jelas pertama kali mata aku bertentangan dengan mata dia. Aku malu. Sebab aku dalam keadaan separuh bogel. Tapi lepas itu dah tak malu dah sebab bila fikir - fikir balik, eh dia lagi dahsyat! Telanjang bulat!
Kali pertama aku mendakap erat tubuh dia, seluruh badan aku menggigil. Otak aku cuba beberapa kali untuk register dalam kepala yang aku sekarang sudah memikul tanggungjawab besar. Aku antara nak menangis meraung - raung ataupun nak ketawa terbahak - bahak. Menangis sebab aku rasa aku dah terjebak dalam masalah. Ketawa sebab aku rasa hormon aku dah tak berapa nak stabil masa itu. Tapi ada satu perasaan yang sangat outstanding berbanding perasaan - perasaan yang lain. Aku rasa bangga.
Aku takut kalau aku tak dapat memberikan yang terbaik untuk dia. Aku takut kalau - kalau dia rasa malu dengan aku. Aku takut kalau dia tak sayang aku. Aku takut kalau dia melawan aku. Aku takut kalau dia menjadi manusia yang tak seperti apa yang aku harapkan. Aku takut. Kadang - kadang aku menangis sorang - sorang. Kadang - kadang aku positif sangat - sangat. Tapi 95% aku berfikiran yang aku bukan seorang emak yang baik untuk dia.
Aku rasa bayi adalah seorang makhluk yang ajaib. Sebab setiap kali aku rasa nak marah, bila aku tengok muka dia, ada satu rasa (Macam kena elektrik) tapi elektrik sejuklah kot (Sebab seram sejuk) mengalir dalam badan. Meredakan rasa marah. Kalau nak lagi ajaib, engkau sila tengok bayi yang sedang tidur. Engkau rasa macam engkau diberikan pinjam sebentar oleh Allah untuk merasa nikmat perasaan dalam syurga. Tenang. Mendamaikan. Bayi juga makhluk ajaib sebab macamana busuknya dia pun, engkau akan gomol - gomol dan cium dia macam orang gila. Engkau tak keruan kalau dia menangis. Engkau tak lena tidur kalau dia sakit. Bayi makhluk ajaib. Setiap benda yang dia buat (Walau sebesar zarah sekalipun) engkau akan rasa benda itu super ohsem. Fascinating. Kalau boleh, the moment bayi kau is having his / her very first step, engkau macam nak panggil TV3 datang. Bila bayi engkau pandai sebut Papa Mama, engkau rasa bayi engkaulah manusia terpaling super bijak di alam semesta. Engkau menjadi gila terhadap benda - benda kecil yang bayi buat.
Bila dia membesar, aku dapat lihat 'aku' dalam diri dia. MasyaAllah kami saling tak tumpah (Perangai. Ehem. Kalau muka memang aku takde share. Sob sob!) Cara ketawa, cara marah, cara merajuk, cara mengada - ngada semua sama. Macamana aku nak marah dia sebab apa yang dia buat pun semua perangai aku. Aku rasa sangat terpukau sebab cara dia nangis hentak - hentak kaki sama gila - gila dengan aku. Mana dia belajar? Macamana dia tahu? Kuasa Allah. Padan muka aku. Selalu susahkan orang masa time pregnant dulu. Adam is a happy baby. Bangun tidur tak mainlah moody moody ni. Terus ketawa mengekek. Oh dia ketawa macam aku. Kami tak kedekut dengan ketawa. Ketawa macam manusia gila. Besar. Satu kampung boleh dengar. Time marah pun itu macam juga. Satu kampung gegar. Malu. Tapi nak buat macamana. Adam fotostat satu - satu perangai aku. We are bonding.
Demam. Lepas berurut.
Pertama kali Adam sebut "Mama" aku tersengih - sengih sepanjang masa macam budak dilamun cinta. Macam orang bodoh. Tapi orang bodoh yang bahagia. Manusia sekeicl itu recognize engkau sebagai one of the most important person in his life. Aku rasa macam tak senang duduk. Kalau boleh aku nak bagitahu satu dunia, anak aku dah pandai panggil aku Mama. Perasaan tu, susah nak gambarkan. Hati engkau rasa berbunga - bunga tahu!
Adam adalah kebanggaan aku. Kalaupun aku ni manusia yang paling tak berguna dalam hidup, paling loser kuasa dua, tapi bila terpandangkan Adam, aku rasa akulah wanita paling berjaya dalam hidup. Adam buat hidup aku lengkap. Adam buat aku rasa super hebat dan cemerlang. Membesarkan Adam dengan segala - gala yang aku ada, membuatkan Adam harta aku yang paling paling paling bernilai.
Alhamdulillah. Adam sihat, sempurna, comel, bijak (InsyaAllah) sangat menceriakan kami sekeluarga. Walaupun hidup aku tak seberapa (Alhamdulillah syukur Ya Allah) tapi berapa ramai agaknya diluar sana yang berhajat inginkan anak seperti Adam. Terima kasih Ya Allah.
Hari ini Adam genap 16 bulan (1 tahun 4 bulan). Tapi dia demam pulak. Emak kata demam nak pandai cakap agaknya. Kesian dia. Tapi aktif macam biasa.
Adam Irfan Xaharis bin Hafizal,Semoga buah hati Mama dan Papa ni membesar dengan bahagia. Menjadi lelaki yang penuh dengan iman dan kasih sayang. Mencintai ilmu dan kebaikan. Menjadi kebanggaan Mama dan Papa. Jadi anak yang soleh yang cintakan Allah. Mama sayang Adam. Adam kekuatan Mama.
Mama sayang Adam.
Engkau tahu, setiap kali aku diperli - perli sebab gemuk, aku diam tak melawan tapi aku senyum dalam hati. Aku lepaskan kecantikan aku, untuk satu anugerah Allah yang tak semua orang cukup bertuah untuk memiliki. Aku tahu, sebagai seorang emak, naluri keibuan memberitahu aku, Adam Irfan Xaharis akan menjadi seorang manusia yang membanggakan aku.
Only a mother knows a mother.
Dah. Babai!
12 comments:
kena perli kau tersenyum?? perh..perh..perh..yg perli kau tu betuah. cuba kalau aku yang perli..tebalik dunia dengar kau punya sumpahan..hahahaha..
adam..gigit kitty..kacak!
@Miss TasantekKau kata aku gemuk, aku penah kata balik tak? Tak pernah kan. HAHAH sebab org jeles, aku gemuk pun lawa jugak lagi! Kehkeh!
comel...=)
jom join ni awak....
http://hazanis.blogspot.com/2011/11/contest-candid-time-by-muna-rahimah.html
entri awak ni ohsem sgtlah..boleh x dlm entry yg sy join GA awak tu sy tukar entri pilihan paling sy suka kpd entri yg ini..
apa? x boleh? x kira sy nak tukar jugak!
@hazanisThanks! ^___^
Insyaallah.
@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyTerima kasih! ^___^
HEHE eh belum tarikh tamat lagi, editlah sesuka hati! Kehkeh!
subhanallah.. benarlah anak2 itu anugerah Allah..
ammar dah pandai panggil ayah.. mungkin sebab, lahir2 je ayahnya y dapat peluk dulu.. hehe
@nur easyKadang2 jeles bila Adam lebih manja dengan Papa dia. Mak dia ni macam tunggul jek. Tak layannnnnn. Papa takde baru emak dia ni jadi pilihan. Haihh!
gambar num 2 tu kelaka.hehe. adam omel-omel.
@sailaafAdam kalau soh gelak memang bagi kat dia laaa! HAHAHA! Thanks! ^____^
ya allah kak insyallah adam akan berbangga dapat mama yang kuat mcm akak insyallah :)
@cik nurInsyaallah. Thanks cik nur! ^___^
Post a Comment