Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku pernah rasa macam - macam. Kena keji, kena perli. Macam - macamlah. Semuanya dek kerana muka yang sangat sibet dan ditumbuhi jerawat menggila sejurus selepas habis pantang masa deliver Adam dulu. Aku memang blame hormon secara keseluruhannya. Sebab dulu aku tak pernah berjerawat teruk. Setakat jerawat tumbuh secara pukal - pukal manja tu kira biasalah kan lagi - lagi kalau dah dekat dengan kita punya cycle, tapi ini tak. Nah hambik kau tumbuh macam pendatang asing. Sekelepuk terus banyak bertempek atas muka.
Macam - macam dah aku buat untuk hilangkan jerawat. Cabaran tau. Bukan senang. Hampir - hampir putus asa. Hampir - hampir aje aku pasrah dan rasa malas nak buat apa - apa lagi. Masa itu motivasi aku yang terpaling besar adalah suami. Aku tau dia sedih tengok muka aku dah macam jembalang tanah. Nak kiss kiss muah muah kat pipi pun dah geli - geli. Agaknyalah kan.
Hampir setahun lebih aku berjuang nak pulihkan muka. Sekarang ni aku tinggal nak maintain ajelah. Alhamdulillah sekarang muka aku dah nampak bentuk manusia sikit. Students mana yang perasan perubahan sibuk tanyakan petua, rahsia, blablabla. Aku kongsikan apa yang aku alami dan apa yang aku buat. Tak ada rahsia - rahsia. Macam yang aku bagitahu, aku start dengan makan VCO Catalyst softgel. Tak sampai sebotol habis muka aku dah nampak elok dah. Lepas itu aku amalkan cuci muka pakai sabun susu kambing HR dan pakai bedak harum Nasila selain aku sapukan Gel Gamat Luxor dekat parut jerawat. Sekarang ni bila tumbuh jerawat time cycle aku just bagi Oxy 10 je. Insyaallah nanti dia kering sendiri.
Nak maintain muka bersih ni yang payah sikit. Memang betullah orang kata you are what you eat. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan lebihkan minum air masak (Bukan air tapis ye!) insyaallah muka dan badan akan memberikan hasil yang melompat bintangkan (Menggembirakan! HEHE). Ini bukan suka - suka cakap ni tahu, ini berdasarkan pengalaman sendiri. ^___^
Muka aku yang paling latest edisi November 2011. Okay pores tu memang degil nak hilang. Tapi pudar kan kan kan? Nak tahu aku pakai apa untuk pudarkan pores? Jengjengjeng!
Ini gambar 2 bulan lepas masa dalam proses pemulihan. Pores masih nampak jelas boleh main guli dalam pores!
Bila tengok gambar aku masa muka tengah dahsyat dulu terasa sangat sedih dan rendah diri. Bergantung kepada make up yang tebal untuk menutup segala cela. Sedih tau! -__-' Tika lah tempat aku mengadu nasib. Aku menyampah dengan dia sebab muka dia tak ada masalah pun. Cis betul! Masa itu rasa diri tak berguna betul. Muka berjerawat ni memang buat self - esteem kau low gila - gila.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan kondisi muka aku sekarang. Tak adalah cantik atau flawless gila - gila tapi kurang berjerawat dan parut. Cuma pores aje masih dalam rawatan. Takut dah nak berlagak - lagak lagi. Dulu muka flawless, dek kerana takbur sangat maka Allah balas kaw - kaw. Padan muka aku. Pengajaran yang paling berharga. Sebab itu sekarang siapa yang kata aku ada petua ke apa ke memang tak ada. Ini aku kongsikan dengan engkau orang ni memang apa yang aku buat dan amalkan.
Cubalah. Mana tau berkesan dengan engkau orang kan?
Teruk sangat sampai aku rasa malu.
Oh ya. Aku sekarang tambahkan toner Iffah Gold yang ada collagen tu dalam regime penjagaan kulit muka. And next week nak start gantikan sabun susu kambing tu dengan sabun Aura Maya yang Maklong kasi hari tu. Saja nak cuba manalah tau kan. Sejak aku pakai toner Iffah, Kak Sally dengan Mel kata aku cucuk botox sebab muka aku tegang and shining. HAHA. Rajin berwudhu' ni! ^___^
Aku memang suka benda - benda cantik ni. Nama pun perempuan. Normallah kan! HEHE!
Dah. Babai!
24 comments:
akak, kte pun pakai yg sabun susu kambing Hr tuh.. Alhamdulillah.. Jrwat x tumbuh dh.. tp leceh skit la sbb sabun ketul camtu, susah nk bwk mane2..
suami tetap sayang sis....
betul la dah baik ...cayalah....
nampak perbezaan yg ketara....
chaiyok2 CPB
segan la.. org tu makin cun...
** eh dh sign opsyen ke blm? lari tajuk jap... :)
@Cik NursyaMasukkan dalam bekas dadih tu! Akak buat macam tu je! HEHE! Tulah, sebelum ni pakai cleanser yg mahal2, rupanya pakai yang RM5 pun boleh elok! Amin! ^___^
@QASEHNYA RANIATapi kalau isteri dia cantik, dia lagi sayang kot! HAHA!
Kan? Nampak beza!
Thanks! ^___^
@watyzEleh ngada nak segan - segan! HAHA!
Belum sign! HEHE!
dear..ade FB tak? no fon ke?? nak tanya something la.... email me -->
mrsfadhil@yahoo.com
@Sue SumieOkeh dah add awak dekat FB. Sila approve! HEHE! ^-^
bersyukur apa yg ada.alhamdulillah
salam dear
momoy baru je order aura maya tu
balik keje ni baru nak cuba
hopefully jerawat ni dapat ilang
malu la... huhu
jemput singgah blog yer
blog dear chumil laa
salam. nak tanya, apa petua hilangkan parut
Ermm kerana rupa pun rasa sedih sampai mcm nie..kalo. Dia uji dgn masaalah2 lain yg lebih dasyat,cemanelah agaknye
@AnonymousEh jangan riak. Masing-2 ada cara nak hadapi masalah masing-2. Awak taktahu masalah yang setiap manusia hadapi, mungkin awak pandang masalah ni ringan sebab muka awak bersih tak ada masalah, tak ada rasa kurang keyakinan diri, terhina, diejek blablabla. Allah maha adil, kalau dia bagi awak rasa apa yang saya rasa ni, saya nak tengok awak macamana agaknya. Adakah dengan happynya awak keluar berjumpa masyarakat atau duduk bertafakur ditikar sejadah.
@AnonymousEh jangan riak. Masing-2 ada cara nak hadapi masalah masing-2. Awak taktahu masalah yang setiap manusia hadapi, mungkin awak pandang masalah ni ringan sebab muka awak bersih tak ada masalah, tak ada rasa kurang keyakinan diri, terhina, diejek blablabla. Allah maha adil, kalau dia bagi awak rasa apa yang saya rasa ni, saya nak tengok awak macamana agaknya. Adakah dengan happynya awak keluar berjumpa masyarakat atau duduk bertafakur ditikar sejadah.
salam. sis pakai apa untuk hilang pores? sy pakai mcm2 x berkesan jgak. :(
Setuju sangattt.. sy dulu waktu sekola, form 4, muka sy teruk gila menggila naik jerawat, before tu kult licin flawless.. skli tuhan tu uji camtu, ya tuhan, tatahu nak kata cane. Kena kutuk, smpi skrg ingt lg ayat lelaki ni,,, ehhh kamu tak cuci muka ke.. huwaaaaa.. banyak sgt duit sy spent nak pulihkan balik, sedap dia je ckp cmtu, ramai sgt la terkejut muka sy teruk cmtu.. tak sume org dpt lalui apa yang kita lalui kan. Alhamdulillah skrg ni even tak pulih lg jerawat tu 100% tp bersyukur sangat at least tak teruk. Lama sangat tuhan tu ujii. Hihihihi tapi skrg dlm proses nak hilangkan sgla parut n jerawat ni. Mudah mudahan sblm naik pelamin sume masalah ni dpt selesai. Hihihihi
@AnonymousPores ni kena rajin pakai toner. Saya pun ada pores. Tak boleh nak hilangkan sebenarnya pores ni. Just cuci muka jangan ada kesan make up and kawal makan. Jangan makan makanan yang berminyak :)
@AnonymousSaya doakan muka awak pulih sebelum naik pelamin ni ya :) Dan jangan putus asa untuk cari ubat untuk muka :)
Insya Allah ada penyelesaian tu nanti macam akak dulu pun muka macam ni jugak .Yang penting setiap produk tu mesti selamat,berkesan dan semulajdi .Jemput datang blog yer.Semoga terjalin ukhwah .Tq
akk sy pun kulit truk sgt dlm masa sebulan tetbe teruk.. sy dah hbs dkt 1k... 😭 sy tatau nkbbt mcm mne.. dah jmpe dktor mkin truk... sy dah fedup sgt sgt... sy dah hilang keyakinan diri serta merta.. sy tatau la knpe mgkn hormon dlu kult sy trlmpau bersih sekarang yg truk.. umur sy bru 18 .. sedih
@mieya mishabell Jangan putus asa tau! Jangan sesekali putus asa :) Cuba cari jalan penyelesaian dan jangan sekali - kali mengalah!
Salam, sy pn ad masalah jerawat n open pores.. Seriously confident lvl down gila bila nk brdpn dgn org even my bestfriend.. Pakai Tabita, Dnars n mcm2 xbrkesan pn.. Lastly sy ambik injection vit c n pakai cleanser, toner n moisturizer brand Aiken je.. So far alhamdulillah jerawat dh xtumbuh mnggila mcm dlu, klau kluar pn sketul dua tiga ketul je.. Nk kecikkn pores mmg susahhh.. Ishk, masalah jerawat sy agak kronik la jerawat batu, pastuh parut merah n hitam melambak, komedo n parut lekuk sbb sy penah korek2 whitehead n blackhead dulu.. Hurm.. Duit? Mmg dh beriban abis, pakai ap2 produk skjp je dh tukar baru.. Sy klau pakai ap2 produk n rse muka nie miang2, kusam, oily sy trus stop.. Pling cepat penah sy tukar produk adlh 2 hari.. Haha.. Now my face is getting better la, tpi ad je jerawat n parut/open pores mmg ketara gila.. Atleast jerawat gemok dh xbnyk pn sy dh brsyukur ssgt.. Kpd mereka2 yg xkena kt btg hidung bab msalah jerawat nie bleh la nk gebang2, skli klau dh kena kt btg hidung sndri bru anda tau langit tu tinggi ke rendah.. Masalah jerawat xsama dgn sakit lain sbb jerawat nie brtepek kt muka n mngganggu tahap keyakinan individu utk brdepan dgn umum.. Klau dh keyakinan merundum, suma hal jdi srba xkena n mnggangu emosi.. Bleh buatkn kite jdi stressed n kemurungan.. So, jgn la prkecilkn kwan2 yg ad jerawat kt muka tu yer.. However, jenis sy xkesah brp bnyk jerawat brtepek kt muka nie n klau org dok mmbahan pn sy buat bodoh je.. Sbb bkn org yg bagi kite mkn pn, so xprlu kesah dgn org punye ckp.. Hehe.. Sekian..
bestie saya kuat sgt makan.. everything dia makan paling byklah mknn bminyak but her skin xpenah ade sbulat jerawat pun n look flawless.. kadang2 rasa jeles sbb org selalu gak puji dia je,yang sy pulak xhbs2 itu xsesuai ini xkena hm.. skrg ni drg dh xtgk saiz bdn dah
Terpaksa mcari kykinan diri dr insan2 yg senasib..
Mmg down sedownnyer skng..
Dh tak tau nk buat mcmna lg.. hanya Allah yg tau peritnye bila muka ditimbuhi jeraeat yg x pnh jemu tumbuh dmuka ni.. Allah sakit..pedih..xselesa sgt..terpicit..kuar darah..malunya.. bengkak2..produk dr murah sampai mahal..org kt kalau dh ok jgn tukar2.. x benar jgk.. soal diri..knp ni..ape lg mslhnya?
Post a Comment