Friday, November 4, 2011

Nafsu Membuak - Buak Di Petang Jumaat Yang Sejuk

Okay tajuk kalau tak ada simptom lucah tak sah. Tapi lucah kan subjektif. Terpulang pada mereka yang membaca. Mana ada lucah. Kan kan kan. HAHA.

Aku dari hari tu memang craving habis dekat cokelat. Hidup serba tak keruan. Toleh kiri kanan alamak apasal aku asyik terbayang cokelat sana sini. Ini tak boleh jadi. Boleh gila bayang kalau dibiarkan. Pergi Carrefour semata - mata nak rembat cokelat. Suami pesan jangan beli banyak - banyak. Beli ala kadar. Aku punya tahap ala kadar ni tak sama macam manusia normal. Terus beli 4 macam. Nasib baik 4 macam. Kalau 4ratus macam?


Tak cukup dengan cokelat, aku buat muka gedik mintak suami belikan Blueberry Cheese Tart dekat Kedai Noy's. Beli sepuluh biji, sepuluh - sepuluh aku cekik sorang - sorang. Aku memang craving benda manis. Ingatkan mengidam ke hape. KEHKEHKEH. Tidak rupa - rupanya.


Dan yang terakhir sekali, tapi dah lama sebenarnya ni. 2 minggu lepas. Dapat jugak aku makan pavlova walaupun terpaksa berebut makan ramai - ramai. Sedap rupanya pavlova ni. Nyumnyum!


See. Don't judge a post by it's title. Takde langsung cerita lucah dalam ini entry!

p/s : Eh jom join mega giveaway! Gila kau hadiah dia RM800++!

14 comments:

nur easy said...

hah.. mana dapat pavlova tu??? teringin juga ni.. :) kalau buat sendiri mmg sekian terima kasih sajalah buat masa ni..hik2

Cik Puan Bunga said...

@nur easyPavlova tu kakak bagi. Kalau awak nak boleh je suruh dia bawak balik kampung! ^___^ Pavlova bentuk kampung.com jek. HHEHEHE

Miss Tasantek said...

pavlova tu cam sedap je. sape bagi??kak lili kah??

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekA'ah. HUHU!

Umie Nadhirah said...

suami penyayang betullah..

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieHEHE Alhamdulillah!

laskar pelangi said...

yummyyyyy ....



(:


selamat hari raya aidiladha

Cik Puan Bunga said...

@laskar pelangiTerima kasih. Awak juga! ^___^

Unknown said...

MaKan manis Byk2..kang angka2 kat timbang tu naik...gelabah...tu xper...cer try check bacaan glukos dlm drh...ngeh3x...( blueberry chis tart kat noys tu kdg dh kuar exbox 2-3 kali...cari yg fresh dr oven,.....cmfirm ko x cukup seploh biji mkan....akk oder ngan kwn opis jek...)

cik nur said...

hehehe nur pun suka gila dengan benda yang manis2 tapi kena beli sendiri la kalo nak hahaha

Nurul Intan said...

carefour dah bnyk jual coklat, xperlu g langkawi g~~^^..heheh

Cik Puan Bunga said...

@mimieKehkehkeh nak kurus sikit punya seksa kakkkk nak gemuk sekelip mata jek. HUHUHU! (eh eh cheese tart order dengan sapa????)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurTakpe cik nur yg penting hati gembira makan cokelat banyak2! HIHIHI!

Cik Puan Bunga said...

@hati yang bersawangBetul betul betul! ^___^