Sunday, November 13, 2011

Orang Kata Perempuan Jawa Cantik - Cantik!

Sorrylah. Tajuk entry tak ada kena mengena. Benci betul kan. Tak apalah. Engkau orang tak payah nak ambik berat sangat dengan tajuk. Fokus kepada entry. Khamis minggu lepas Emak buatkan Adam bancaan. Alien sungguh perkataan bancaan kepada sesiapa yang kurang familiar dengan bahasa Jawa. Eh tapi sebelum ni pun aku pernah buat entry pasal bancaan ni kan? Bancaan ni macam doa selamat. Ada makan - makan sikit. Biasanya buat secara kecil - kecilan saja. Takdenya grande - grande. 

Kenapa pulak Emak buatkan Adam bancaan? Haaa yang ni aku lupa nak update dalam blog. Nanti ada masa aku update. Emak buat bancaan sebab Adam dah boleh berjalan semula. Hari tu Adam jatuh lantas melukakan tisu kakinya. Koyak. Kesian anak aku dah taknak jalan lagi dah. Adalah dalam 2 minggu dia duduk diam - diam sikit pun tak merakas. Bagus kan. So sekarang Adam dah back to normal. Merakas dengan kuasa super. Emak pun buatkan bancaan sikit. Kesyukuran orang kata sebab cucu handsome dia dah boleh berjalan semula.

Lauk - pauk kalau kata bancaan ni bukan semua lauk termasuk dalam kategori lauk bancaan bancaan. Ikut eventlah, kalau bancaan selapan lauknya lain, kalau bancaan tingkep lauknya lain, kalau bancaan tendhak sinten lauknya lain. Pheww nama event sungguh pancaroba kan? Untuk bancaan kali ni, lauk dia simple aje. Ikan bilis hitam goreng, telur masin (Telur rebus pun boleh) dengan keluban ataupun ada yang panggil urap pucuk ubi. Simple. Makan dengan nasi panas - panas. Mak aihhhh memang macam mat rempit tengah lalok syabu. Sedap mak aih!

Emak aku suka - suka hati je decorate nasi macam itu.
Insyaallah, di doakan semoga Adam terhindar dari sebarang kecelakaan. Kakinya pula dapat digunakan untuk benda - benda kebaikan. Menjadi anak pintar yang soleh dan menyejukkan hati ibu bapa. Insyaallah.

Adam kalau pakai baju ni kitorang panggil dia "Bambang" HAHAHAHA!

Dah. Babai!
p/s : Eh tapi betullah. Perempuan jawa memang cantik - cantik. Tak payah jauhlah, cuba tengok aku! KEHKEH!

20 comments:

Azreen Farhani binti Azman said...

Perempuan jawa memang cantik - cantik. Tak payah jauhlah, cuba tengok aku! KEHKEH!

hahaha , lawak laaa ayat tu ..

Cik Puan Bunga said...

@ryrinn azman_cik anginEh betullaaaahhhhh! HAHAHAH!

zahidah seran said...

tiba-tiba pempuan jawa nak komen lak malam ni..(perasan cantik..=D)

saya tau bancaan tu tapi xtaulak ade kategori pelik2...kena balik tanya mak pak nih...ish3..=D

INNANIE ARIFFIN said...

mak kita jawa gak tapi kita pun tak tau apa tu bancaan bagai... tak pnh dgr pun kak...

get well soon adam dan semoga sihat selalu

Cik Puan Bunga said...

@zahidah seranHee tanya tanya. Emak abah saya memang pure jawa jadi memang expose dengan adat - adat Jawa. ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAbah tak jawa eh? Emak abah akak hardcore Jawa. HEHE. Thanks! ^___^

p/s : Majuk lagi tak?

Miss Tasantek said...

nek adam kanggo baju seng iki,aku ndelok koyok wong gedi weh..
entok nang di baju ki??
hahaha...adam hensem.

peh..peh..peh..terus komen dlm bahasa ibunda.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekTuku nang Terengganu.

HAHAHAHA!

^___^ Adam memang hemsem! KEHKEH!

Hustler said...

Yang koyak pasal terhimpap kain eh kak??? Adess~~ -_-'' sakit tuh./..

Cik Puan Bunga said...

@HustlerA'ah. HUHUHU keteng terus 2 minggu. Nasib baik dah boleh jalan semula. HAHA

Unknown said...

aku feeling bali tetiba bila nengok adam pakai baju tu..hahaha

cuma nak bagitau ko..aku separuh jawa..kahkahkah..

ddjfr said...

ye.tengok saya juge!..HAHAHA

Cik Puan Bunga said...

@RaiSeparuh lagi apa Rai? HAHA

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarDD memang lawa! ^___^

ddjfr said...

hahah.tetibe je mengaku jawa kan?
padahal tumpang darah je..

yayath said...

separuh jawa jugak!!!!hihi

comel je adam:)

1st time plak dgr bancaan...kene tanya ayah ni...hahha

Rina Rahamat said...

mujur ai separuh jawa kehkehkeh

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarBlood is a powerful thing! ^___^ -Khalid Hosseini , The Kite Runner

Cik Puan Bunga said...

@yayathTanya ayah dengan segera! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyItu pasal awak lawa! ^___^