Wednesday, November 2, 2011

Perut Kenyang Hati Pun Riang

Cuaca hujan mesti akan buat perut terasa lapar. Kan? Lepas itu mulalah engkau membayangkan sedapya kalau makan ubi rebus cicah sambal tumislah hapelah makan lempeng cicah dengan kuah karilah mulalah otak kau berimaginasi yang macam – macam. Imaginasi makanan aje tahu jangan nak berimaginasi yang tuttt tutt. Eh.

Tadi pergi sekolah dengan perut yang boleh tahan lapar jugak. Dahlah hujan rintik – rintik ombak bergelora. Emak dah masak kerang tapi tak sempat nak makan sebab pakai corset lama sangat. Mula – mula nak pakai baju plain peach pergi sekolah tapi baju tu macam jarang sangat. Nanti menganggu mata cikgu – cikgu lelaki pulak (KAHKAH) jadi terus iron baju lain warna hitam. Nampak macam gangstar sikitkan. Itu yang lambat. Jadi tak sempat makan. (Nak cerita tak sempat makan pun panjang berjela!)

Sampai sekolah ada pulak yang pelawa ajak makan (Aku tak pasti dia pelawa ajak makan ke atau aku yang paw dia suruh belanja makan ke tak ingatlah) Tapi yang pasti dia bayar untuk makanan akulah. HAHA. Lepas itu demand pulak mintak kakak – kakak ni tunggu aku siap kelas sebab dia orang semua cikgu pagi, aku seorang aje cikgu petang. Takkan nak cabut membabi – buta. Kelas aku ada gap dari pukul 2.00 – 4.25 petang jadi sempatlah nak lunch sama – sama. Alah terharu aku bila ramai – ramai tunggu aku habis kelas. Sob sob. Dahlah kena paw dengan aku, tunggu pulak aku habis kelas. Sayanglah macam ni! HAHA (Time makan aje sayang!)

Oleh kerana mood Deepavali ada lagi saki – baki maka semua sepakat membawa berkat nak mencekik dekat Sister’s Briyani, Taman Pura Kencana Sri Gading Batu Pahat. Lokasi tak jauh dari sekolah jadi aku assume diri sendiri tak keluar dari kawasan jajahan sekolah. HAHA.


Semua pakat – pakat makan Briyani Kambing, aku dengan Radin mintak Briyani Ayam. Tak lalu nak makan kambing. Yang syoknya, bila menu sampai aku seronok main – mainkan orang tapi tak satu pun perasan aku sedang seronok mempailangkan dia orang. HAHA.

Aku : Kak, akak kambing eh?
Kak Sally : Ha’ah/ (Sambil makan nasi briyani dengan asyiknya)

Aku : Kak, akak pun kambing eh?
Kak Has : A’ah. (Pun makan dengan asyiknya)

Aku : Kak, akak kambing jugak ke?
Kak Yatie : Ha’ah (Makan makan makan)

Sampaikan berulang – ulang kali aku tanya. HAHA seronok seronok! Makanan kat sini pelbagai jugak. Ada yang western, ada yang stail mamak (Malam) tapi specialty of courselah Briyani kan. Nama aje pun dah Sister’s Briyani. Aku suka restaurant ni sebab air dia sedap gila – gila. Lepas itu murah. Bandung Soda dia memang terbaik dari ladang. Green Apple Kasturi dia lagi menyengat dari Secret Recipe punya. Siapa duduk area sini bolehlah try makan Briyani dekat Sister’s Briyani ni. Confirm tak menyesal. Aku sebab orang belanja kan, jadi dia punya sedap tu lain macamlah sikit. HAHA.





Green Apple Kasturi
Soda Bandung
Nasi Briyani Ayam. Ayam timbus dalam. HEHE
 Acar buah
Bila dah kenyang, mata pulak mengantuk. Nasib baik tak tertidur masa dalam kelas. Terima kasih Kak Sally belanja saya makan Briyani yang sedap sedunia!

Perut kenyang hati pun riang.

Dah. Babai!

10 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

kak, exact location kak. gua dah ngidam nasi briyani ni~

NadyaBubble said...

meleleh air liur :P terase lapar bace entry ni !

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinTaman Pura Kencana, Seri Gading. Depan traffic light Sengkuang. JOM DATING!

Cik Puan Bunga said...

@NadyaBubbleUhhh serious sedap nehhhh!

nur easy said...

mcm best je.. perlukah ke sana lunch time nanti? hehe

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMemang tak akan menyesal. Insyaallah! ^___^ Eh dah balik Mesia taknak pun dating dengan kita ye! HEHE

Miss Tasantek said...

kau pakai PB kan time ni...boleh masuk lak nasi sepinggan ni..kau kena tarik lagi smpai boleh masuk nasi setengah pinggan je ;) hehehehehe...

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekEntah. Boleh jek. Ni cangkuk yang paling last nih. HAHA

yayath said...

hahaha....

maksud tersirat di sebalik pertanyaan kambing:)hikhik

Cik Puan Bunga said...

@yayathKehkehkehkeh diorang tak perasan! HAHA!