Aku patah hati kalau blogwalking cari tudung - tudung syria yang chiffon, lepas tu bila dah terberkenan, usha harga, harga dia pulak mak datuk M Daud Kilau! Mahal nak mamp! Okay aku buat - buat mamp 2 - 3 saat sebelum bangun semula.
Mahalnyaaaa! Sob sob sob! Sebab dah selalu sangat patah hati, lalu aku bangkit dengan keazaman yang tinggi! Hidup ni kena sentiasa bangun menyahut cabaran! Aku nak buat syria chiffon sendiri. Gasaklah nanti bentuknya kalau dah siap macamana. Aku tau, aku boleh!
Dalam kepala otak aku dah ada sketch idea macamana nak buat and nak hias syria chiffon tu nanti. Yang penting bila buat sendiri karang, besar bahagian muka tu aku boleh jahit besar mana ikut aku punya suka and labuh tudung tu nanti tak adalah singkat sangat macam dekat kedai kan. Aku boleh labuhkan sikit. Ceh cakap macam pandai sangat menjahit. Jahit spender lubang pun fail!
Projek bilik toys Adam pun dah hampir siap. Tinggal tunggu langsir siap aje. Cat semula bilik memang taklah kot kan sebab dah tampal - tampal poster tu nampak comel jugaklah bilik kepam Embun tu. Langsir siap, pasang and confirm bilik toys Adam akan bertambah ceria! Ewahh!
So sekarang ni nak cari kain chiffon yang murah - murah and kalau rajin, boleh pergi cari manik, jahit manik sikit. Barulah bling - bling! Hehehe. Fuh fuh minta - mintalah berhasil! Amin! InsyaAllah! ^____^
Projek ni start minggu depanlah sebab weekend ni nak tengok Syira konvo and nak jalan - jalan di JB! Yang penting misi nak makan Tutti Fruti tercapailah hendaknya! Amin! HAHA JAKUN.COM! Weeeeeeeeeeee!
Akhir kata, gambar vain si emak dengan anak handsomenya. Kehkeh!
Dah. Babai!
12 comments:
Nak tempah syria!!!! ekekeke... *rajin btol*
@eusNanti eh tgu hasilnya! HAHAHAHA!
Nak beli mahal, jadi buat sendiri! HUHU!
sekarang semua nya mahal..buat sendiri leh jimat sikit kan...
nak nak nak! hadiah arijadi aku ea...hahaahahah
@eitaMintak - mintaklah jadi! HAHAHA!
@NaddyHaishhhh tunggulah aku buat dulu ni siapnya jadi bentuk cemana! HAHAHAHA!
go go go kak CPB! haha hujan-hujan ni dari dok melebarkan badan aje meh kita buat something yg berguna betul tak? saya tengah belajar buat bunga fabrik ni :)
@Bella BellitosBetul betul betul! Hehehehe! Eh Bella buat bunga fabrik? Camno tuh? Nak satu! ^___^
wah, nak tengok jugak hasilnya. kalau beli memang mahal tau kak bunga,,
@hazirah abdul rahmanSebab mahallah terus datang angin nak menjahit sendiri! Huhuhuhuhu!
Nanti dah siap akak upload yek! Kehkehkeh!
boleh tgk kat sini..
syria beaded cuma RM30 sahaja..
http://suriarashid.blogspot.com
comel..
silalah melawat blog kita
kita ada syria chiffon beaded murah..cuma RM30 jer..
http://suriarashid.bogspot.com
you sooo comel
Post a Comment