Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Perut! Eh Selamat Hari Raya Aidiladha!

Tradisi rumah Encik Isnin, kalau sebut Hari Raya aje, tak kiralah hari raya kita ke, hari raya Cina ke Deepavali ke Hari Gawai ke mesti ada makan - makan. Mesti punyalah! Nanti Emak ketang ketung kat daur tau tau eh ada nasi impit sedia untuk dicekik. Bagus betul Emak aku. Tengok menantu - menantu dia. Membesar bagai johan semuanya. Anak - anak Emak lagilah. Gebu - gebu! HEHE!

Tahun ni kami tak buat korban, jadi tak adalah meriah macam tahun lepas. Pagi raya lepas mandi and pakai cantik - cantik, tunggu suami - suami balik dari solat sunat untuk makan sama - sama. Hidangan pagi raya macam biasa, air tangan Emak yang tersedap di alam semesta. Ketupatlah. Biar berkolesterol banyak lemak sekalipun, kalau dah kata Emak yang masak, memang aku makan sampai kembung.






Tahun ni Emak buat rendang ayam. Selalu Emak masak rendang daging. Saja aje suruh Emak masak rendang ayam. Mengidam. HEHE. Mengidamlah sangat kan.

Ini manusia gembira makan banyak sangat sampai sakit perut. HEHE
Ini pulak manusia yang sejak akhir - akhir ni asyik nak pakai songkkkkkkkkk manjang! HEHE. Handsomelah tu! Suka betul pakai baju Upin Ipin dengan Boboi Boy!

Selamat Hari Raya Aidiladha semuaaaaaaa! ^___^

Dah. Babai!

8 comments:

Zira said...

comelnya adammm! :D

Unknown said...

selamat hari raya aidiladha kak bunga :). saya dok tunggu2 akak update. nak lepaskan tensyen ngan baca entry akak.

akak, hari khamis ni my first paper. neves =.=

nur easy said...

cantiknya kusyen belakang adam tu..;)

Miss Tasantek said...

ahaha..aku je makan nasi kenduri malam sebelumnyer..kikiki..
mujur malam tu azmee antar berkat kat Semerah, ada lah mak usu die kirim ketupat kat aku..kalau harap mak aku...erm...
makan nasi goreng lah aku pagi2 raya tu.:)

Cik Puan Bunga said...

@ZiraTerima kasih! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosUiyohhhh! Goodluck Bella! Rileks jangan neves2, time nak jawab soalan ingat akak selalu! KEHKEHKEH!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyOhohhh beli dekat BP Mall. HEHE.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekTulahhhh raya kau memerap duduk kat rumah buat apa. Kalau dtg rumah aku kompom makan ketupat dengan lepat. Nyumnyum! HEHE