Masih lagi terasa kesedapan Tutti Frutti sampaikan mangkuk kertas dia aku bawak balik dari JB ke Batu Pahat. Saja aku letak dekat gate depan dengan harapan orang kampung yang lalu lalang akan nampak. KAHKAH kenapalah perangai aku macam ni Ya Allah. (Sinikalnya!)
Tadi pergi Jakel - kan ke Jakel ada buat sales besar - besaran, jadi lepas lunch terus pergi sana sebab nak cari kain chiffon untuk projek Syria Chiffon aku. Sementara tengah bersemangat kental ni baik jangan lengah - lengahkan, nanti kalau dah datang malas aku apapuntakboleh. HAHA.
Sampai Jakel terpaksa keluar pergi beli kain sorang - sorang sebab Adam dah tidur, elok aje dia tidur padahal tadi tonggeng - tonggeng dalam kereta. Straight aje jalan terus jumpa dengan shop assistant. Nasib baik SA dia peramah, sabar aje melayan kerenah aku yang entahhapehape. HEHE. Belek - belek kain yang semuanya cantik - cantik sangat. Memang kena sangatlah masa sebab Jakel tengah buat sales, harga kain chiffon dari RM10.90 jadi RM3.90 semeter. Borongggg jangan tak borongggg!
Beli 8 meter kain chiffon. Rasa - rasanya jadi dalam 16 helai chiffon syria. Melampau tak? KEHKEH. Geleng kepala aje suami tengok aku memborong kain. Bila aku cakap ada sales, baru dia senyum - senyum. Eceh abang!
Eh apakah tajuk setakat ni tak ada kena mengena lagi dengan entry? HAHA. Okay okay. Balik dari Jakel singgah BP Mall sekejap hajat di hati nak cari frozen yogurt. Sampai - sampai aje shopping barang dapur sikit sebelum pergi beli frozen yogurt. Kedai dia ni dekat dengan Big Apple. Kat tengah - tengah. Senanglah kalau nak cari.
Walaupun agak mendukacitakan sebab flavor dia ada dua saja iaitu original flavor dengan strawberry flavor saja. Topping pun limited sangat - sangat pilihannya. Ada beberapa aje. Untuk topping pertama RM0.80 and untuk topping kedua RM0.60. So aku ambik flavor strawberry plus topping Nata De Coco and Tropical Fruits.
Not bad. Yummy jugak!
Rasa dia sedap jugak! Kira boleh setanding dengan Tutti Frutti jugaklah, tapi sebab flavor dia limited jadi engkau terpaksa bertabah ajelah dengan perisa yang ada. Semangkuk cuma RM5.30. Jimat berbaloi - baloi. HEHE.
Tak pandang orang lain dah.
Lepas ni kalau aku rindu - rindu nak makan Tutti Frutti yang jauh di mata dekat dihati bolehlah aku terjah Say Yo! ni. Eheh.Okay nama kedai ni Say Yo! Feeling Eminem terus aku! HAHA!
Okaylah nak pergi potong kain ni. Chayok chayok!
Dah. Babai!
6 comments:
haha.kemain siap substitute lagi tu. galang ganti la bak kata melayu nye.hehe
@sailaafBuat menyedapkan hati! HEHEHEHE!
chiffon syria tu kita order 1 tau.. hehe
dgn bangga nye nak ckp Tutti Frutti dh bukak kat melaka... hehhehe...
tp x try lagik.. :)
eh projek syria tu apa? tudung ke?
ce tunjuk cikit nak tgk.. :)
@nur easyEhehhh tunggu dulu siap nanti rupa dia cemana!HAHAHAHA!
@watyzChetttt! Meanyampah betul! Dekat bukit beruang kan? Jeles lah jeles! HUHUHU!
Oh haah, buat tudung syria chiffon sendiri. Alaaaa simple gilerrr nanti kalau dah siap akan diupload! ^___^
Post a Comment