Eceh. Mesti letak tajuk mintak penampar. Dan selalunya merujuk kepada diri sendiri! HAHA!
Pernah makan kuih gendang kasturi / kuih kasturi? Kuih ini termasuk dalam kategori kuih paling cool kentang dalam Malaysia selain senang di buat dan rasanya yang sedap sedunia. Kalau sekali goreng tu 10 - 15 biji selamba aje masuk dalam perut.
Pernah makan kuih gendang kasturi / kuih kasturi? Kuih ini termasuk dalam kategori kuih paling cool kentang dalam Malaysia selain senang di buat dan rasanya yang sedap sedunia. Kalau sekali goreng tu 10 - 15 biji selamba aje masuk dalam perut.
Cuti sekolah ni aku rajin sikitlah tolong - tolong emak buat kuih untuk breakfast. Aku pun terkejut dengan perubahan positif diri sendiri. Bagusnya! Bangun pagi pukul 5 pagi, lepas itu siap jogging lagi! Wah! Kalau tak selim tak tahulah nak cakap apa. HAHA.
Okay hari tu aku belajar buat kuih Dorayaki atau orang panggil Kuih Gendang Kasturi / Kuih Kasturi gasaklah kan. Tapi kami adik - beradik yang ada darah Jepun sikit - sikit sebelah selipar Jepun *batuk* ni panggil kuih ni Kuih Dorayaki. Pengaruh Doremonlah ni. Tak lain tak bukan. Steady aje belajar tanpa sebarang pen / kertas. Kehkeh (Padahal resepinya simple sangat sebab tu tak payah pen dengan kertas)
Sebelum menjadi mangsa kekepalan.
Sesi kepal - mengepal. Sila hasilkan kepalan yang gebu dan mengiurkan ye!
Goreng. (Buat dek ajelah dengan kuali emak aku yang old school tu ye!)
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Kuih Gendang Kasturi
1/2 kg kacang hijau (Toyol suka main dengan kacau hijau! Tak ada kena mengena!)1/2 biji kelapa2 biji gula melaka1 camca teh garamTepung (Untuk kulit)Minyak (Untuk menggoreng)
Cara - caranya :
Rebus kacang hingga empuk. Masukkan kelapa parut dan gula kemudian kacau hingga sebati. Kacau - kacau dan kacau lagi sampai campuran kacang, kelapa parut dan gula melaka tadi sebati dan kering sedikit (Tak berair sangat)
Bila dia dah sebati and dah kering, kita tunggu dulu sampai dia sejuk. Jangan tengah panas - panas macam itu engkau nak kepal - kepalkan dia. Karang kalau ada tangan orang berlubang kepanasan aku tak tahu! HAHA! Bila dia sudah sejuk, masukkan 2 sudu tepung gandum supaya senang kita nak bentukkan dia menjadi bulat - bulat. Eh apa ke ayat aku ni tunggang terbalik. Suka hati engkaulah nak buat bulat - bulat dia besar ke kecik ke. Gasak.
Lepas itu kita ambil tepung tu untuk buat kulit dia pulak. Kita kasilah dia baju. Janganlah biar dia terbogel macam tu. Kesian kan. Merepek! Okay. Tepung tadi tu bancuh lepas tu masukkan sedikit garam (Secubit garam. Eh garam main cubit - cubit) dan air sikit sampailah dia jadi cecair.
Kemudian, masukkan kacang hijau yang kita dah kepal - kepal tadi tu ke dalam tepung ni sebelum kita goreng dia sampai garing tanpa perasaan belas kasihan. Lepas itu bolehlah mencekik dengan gembiranya.
Amacam. Senang kan? Sedap nih untuk breakfast ke, minum petang ke, makan malam ke. Belasah ajelah nak makan bila. HAHA.
Selamat mencuba! (Ewah!)
Dah. Babai!
12 comments:
tak berapa suka sangatlah. sebab tak suka kacang hijau! i kan anak orang kaya! muahahahah!
bagus ada effort nak buat.
elin??? pi carik kat kedaijer..hiiih
sebb kang buat suami x reti mkn.tekak selera cina tau mkn supppp jer.haiss.
wahhh....sedappp!!!
mintak pos cket kat yath CPB...hihi
boleh lah nurin try nanti :)
walawehhhh! cam sodap.tak pernah makan lagi kuih ni..
ha kan dah cakap, asal jadi mak je mesti pandai masak secara tiba2..hik2..
@Innanie | AriffinChaittttt! Toyol betul! HUHU!
@♥ Elin ♥Elin, effort ni datang lepas 3 tahun berkahwin. Bagus tak perangai? HAHA!
@yayathMeh meh alamat meh! HUHU!
@nurinqistSila sila! ^___^
@laskar pelangiEh serious ke tak pernah makan? Sedap nih! HAHA!
@nur easyKan kan? Ajaib betul! HAHA!
Post a Comment