Friday, November 18, 2011

Tips Menjauhkan Diri dari Bahaya Fitnah

Eceh. Nak jugak feeling - feeling ustazah pilihan.

Fitnah tu sakit tahu. Yang membuat fitnah tu rasanya seronok. Yang kena fitnah tu rasanya sangatlah pedih dan penuh beremosi. 

Sebut pasal fitnah, dah banyak kali dah aku kena fitnah. Alhamdulillah masih mampu bersabar walaupun kadang - kadang hilang kawalan jugak ke atas amarah yang menguasai. Kalau tengah marah ni, setan memang suka. Biasalah, manusia mana yang tak marah kalau tiba - tiba diri sendiri di fitnah dengan perkara yang bukan - bukan. Manusia biasa macam aku ni, memang senang - senang hilang kesabaran. Pernah terfikir nak buat benda - benda tak elok kepada orang yang pernah / selalu memfitnah aku.

Aku ni bukanlah manusia yang alim sangat. Buat ibadah mana yang wajib, yang sunat tu sekadar yang termampu. Tapi hari ni aku nak share tips yang aku belajar daripada pembacaan dan orang - orang sekeliling tentang macamana nak menjauhkan diri daripada fitnah. Fitnah ni bukan benda yang boleh kita pandang ringan. Kalau tak kuat iman, macam - macam boleh terjadi.

Amalkanlah membaca surah Al - Kauthar. Surah yang terpendek tapi banyak kelebihannya. Surah ini Allah turunkan untuk mengubati hati junjungan besar kita Rasulullah SAW yang pada ketika itu sedang bersedih di atas kematian dua orang manusia yang dikasihinya iaitu anaknya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Surah ini banyak kelebihannya, tapi hari ni aku nak fokus terhadap amalan membaca surah ni boleh menjauhkan kita daripada bahaya fitnah. Ataupun untuk golongan yang teraniaya. Antara lain kelebihan surah Al - Kauthar ini menyebut barangsiapa yang terkena fitnah dan dizalimi, maka amalkanlah membaca surah ini sebanyak 71 kali maka InsyaAllah Allah akan menurunkan bantuan kepadanya (Sekiranya dia dizalimi dan tidak bersalah).

Allah menurunkan bantuan / balasan tanpa kita sangka - sangka. Setiap kali aku ingatkan semula apa yang berlaku pada aku tahun lepas (2010) aku rasa sayu, hiba tapi dalam masa yang sama sangat bersyukur. Tak sangka aku rupanya setabah dan sekuat itu. Allah maha adil. Aku tak perlu buat apa - apa. Aku serahkan pada Allah untuk mebalas apa saja perbuatan orang terhadap aku. Baik atau buruk, hanya Allah yang mampu membalasnya. Aku yakin, sekarang ini, manusia - manusia yang menjahati aku tak pernah hidup sesaat dengan lebih tenang. Hidup mungkin dibayangi 1001 kemurungan, masalah dan tekanan. Alhamdulillah. Janji Allah itu sesuatu yang pasti. Mungkin mereka tak sedar, mereka sedang diberikan balasan, tapi itulah. Sedikit sebanyak, hati aku terubat jugak. Bukan aku mendoakan yang buruk - buruk untuk mereka, aku hanya nak mereka rasa sakitnya yang aku rasa. Amin.

Tapi alhamdulillah, dipandang dari sudut positif, bila terkena macam itu aku sekarang menjadi seorang yang lebih produktif, organized dan kalau buat kerja, aku buat sungguh - sungguh. Nampak sangat perbezaannya. Alhamdulillah.

Apa yang terjadi tahun lepas, akan aku sentiasa sematkan dalam hati. Aku akan ingat sampai bila - bila. Banyak yang aku belajar dari pengalaman lalu.

Namun untuk mematahkan semangat aku, tidak sekali - kali.

You can break my bones, but not my wills.

Dah. Babai!

2 comments:

Unknown said...

thanks akak. tips ni hadir di saat yang memerlukan. sayang akak ketat-ketat♥♥♥

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosSama - sama Bella! ^___^

Sayang Bella ketat ketat ketat ketat sangat!