Sunday, November 27, 2011

Walaupun Kau Mahal, Nasib Baik Engkau Sedap!

Assalamualaikum!

Baiklah. Tajuk entry macam cheapskate.Well, aku bukanlah manusia yang banyak duit tabur - tabur tengah jalan. Walaupun aku ni kaki shopping, impulse buyer, more like it, tapi aku tahulah jugak menghargai duit. Jadinya bila terpaksa membayar sesuatu yang mahal untuk sesuatu yang aku boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah of courselah aku macam terencat - rencat sikit kan.

Anyway, as long as I'm happeeeee (Eja 'Happy' macam ini sebab nampak lebih cool!) I really don't mind spending lavishly! ^___^ Lagi - lagi untuk benda yang aku memang mengidam sangat - sangat - sangat! Pelikkan? Ini macam post - craving ke hape sebab masa pregnant dulu aku sangat behave dan tak pernah pun mengidam benda - benda yang merepek. Okay tak apa.

Weekend ni kami sekeluarga turun ramai - ramai ke JB sebab Insyirah Iman berkonvo, and yang buat convocation dia lagi super cool sebab Insyirah Iman akan buat Indian dance and bernasyid dalam masa yang sama. Cool eh? Extra opposite betul! Lepas kau tergelek - gelek, engkau bernasyid pulak! Bagusss bagus! Dan dah alang - alang ke JB tu maka aku pun merebut peluang ni untuk menunaikan satu hasrat dan keinginan terpendam di dalam hati sejak sekian lama iaitu mencekik Tutti Frutti. Mana boleh tahan kan asyik orang lain je yang makan, aku nak jugak merasa dengan tekak sendiri sedap ke sangat benda tu.

Lepas Insyirah Iman berkonvo, esoknya terus pergi Sutera Mall sebab dekat - dekat area situ ada satu Tutti Frutti. Pergi siap ramai - ramai macam ada konvoi sebab semua pun nak merasa kelazatan Tutti Frutti yang digembar - gemburkan. Akulah manusia yang super excited sekali macam nak pergi blind date untuk kali pertama. Adrenalin rush betul!

Sampai aje tengok dalam kedai tu memang ramai manusia. Menyampah tak menyampah ajelah kan. Nasib baik ada dua tables kosong so kami anak - beranak boleh lepak situ lama sikit. Barulah aura kelazatan dia datang. Sebab Plan B tadi kalau ramai orang, kitorang take away aje.

Behold, for the great Tutti Frutti is about to be devoured!
Budak handsome ni conquer sorang - sorang. Nasib baik dia behave.
Suami macam biasa flavor strawberry topping peach dengan strawberry seketul plus nata de coco, untuk emak flavor old school sikit, lychee plus topping buah laici dengan nata de coco jugak, family maklong ambik campur - campur tak kuasa aku nak check satu - satu, and aku dengan Adam macam biasa kegemaran kami iatu Death by Chocolate (Nama aje dah gangster!) topping dengan marshmallow and gummy bears. Nyumnyum! Lazat lazat! 

Ternyata Tutti Frutti sangat tidak mengecewakan aku. Rasa dia yang sedap enak lemak berkrim dengan tekstur frozen yogurt yang mencair dalam mulut memang superblah sedap bangat! Bayangkan, Adam yang super hyper tu boleh duduk diam dengan behavenya menikmati setiap suapan frozen yogurt ni dengan muka yang tenang. Inner peace. Walaupun mahal (Aku punya semangkuk aje dah RM15++) tapi tak kisahlah nok, sebab rasa dia buat engkau bahagia.
 
Suami.
Tengok. Main gasak aje tudung pink baju biru. (Interframe dekat belakang : Emak + Maklong's)
Ini kalau suruh bergambar memang suka buat perangai neh! (Uiyooohhhh ada misai + janggut sikit - sikit sepsinyaaaa!)
Ini gambar paling sia - sia. Tapi tak apa. Sebab ini blog aku, maka aku boleh sia - sia di sini. Hehe.

Kesimpulannya, aku pasti akan datang lagi ke sini Insyaallah kalau ada peluang. Nasib baik Tutti Frutti ni jauh, dekat Batu Pahat tak ada. Kalau tidak, sia - sia ajelah duit gaji aku sebulan dok perabis dekat sini aje. Sesekali boleh ajelah layan, kalau selalu emphhhh anak aku tak pakai pampers lah karang, pakai daun aje. HAHA.
p/s : Nak try pulak frozen yogurt dekat BP Mall. Manalah tau lebih sedap dan lebih murah?

Dah. Babai!

12 comments:

Cikrosecute said...

Emmm sedapnya...

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

sedap kan tutti fruti kak bunga? adam mesti suka sangat makan. rasa dia sedap. tapi, tulah. mahal.



kita yang tutti fruti dekat ngan umah pun baru makan sekali jew. tak nak makan selalu, mahal memang.



kalau nak makan yogurt jugak makan yang JCool jew. murah dan sedap jugak,, =)

Cik Puan Bunga said...

@Cik Rose CuteMemang sedap! Nyumnyum!

Cik Puan Bunga said...

@hazirah abdul rahmanSedap! ^___^ Tapi tulah mahal mak oihhhhh! Makan sesekali tak apalah jangan makan selalu! Ngehngehngeh!

Kat sini JCool tak ada lah zira. Huhuhu! Ada frozen yogurt jek. Huhu!

Anonymous said...

hi teacher ;)

frozen yogurt kat bp mall mmg lebih murah..1 cup tu klu amek 2 jenis topping baru rm5 lebih..rasanya pun sedap jugak..cubalah..

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHarus dicuba neh! ^___^

Thanks ye!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

salam singgah..

emm.tak penah try lagi. kena cuba ni..

Cik Puan Bunga said...

@NuR si CiKGu RiBeNaInsyaAllah tak menyesal! HEHE!

nur easy said...

adam nampak makin macho la.. ;) bilakah cik tutti ni nak bertandang bp kan

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKan? agaknya dia buka tempt yang classy aje kot sebab it's quite pricey jugak. Huhuhuhu.

Sedap Eize! Nyumnyum!

Oh Adam dah makin besar ni makin banyak karenah dia! HEHE!

yayath said...

baru sekali je rasa tutti frutti ni...hihi

ari tuh amek makan sengsorang harga sampai rm 22.50..muahahaha...sebaek kakak yang blanje...

Cik Puan Bunga said...

@yayathMesti akak awak menyesal tak sudah! HAHAHAHA!