Assalamualaikum
Hari ni walaupun aku kena pergi sekolah untuk meeting panel, tapi aku sungguh gembira dan begitu berbahagia sekali sebab sebab sebab sebab hari ni hari lahir suami yang ke 30. 30 okay! Bukannya setiap hari kita berusia 30 kan! Every minute is precious! HEHE untuk hari lahir suami kali ini aku nak buat semuanya handmade and homemade. Dari memasak sampailah kad ke wishes ke aku nak semuanya tangan aku memainkan peranan disitu. Teruja sungguh! Bukan apa, saja nak tambah personal touch dekat situ. So that appreciation level dia lain macam sikit. ^___^
Habis meeting terus balik rumah and nak prepare untuk majlis doa selamat lepas isya' nanti and nak buat handmade wish card untuk dia. Tapi badan pulak rasa sangat tak sedap. Tekak sakit, badan seram sejuk, alaaa janganlah demam. Banyak meeting nak kena pergi lagi ni. Tapi tak mengapa, demi insan tercinta gagahkan diri untuk prepare sikit - sikit sambil dibantu oleh emak dengan Auntie Wah. Bila kerja - kerja dekat dapur dah siap separuh, terus masuk bilik and prepare untuk handmade wish card pulak. Kawan baik aku suggest buat notes dalam kertas warna - warni and gulung - gulung masuk dalam bekas. Tapi aku terfikir, rajin pulak suami aku nak buka notes yang dah bergulung - gulung tadi tu. So aku end up tulis notes tu dekat colorful stick-on-notes and tampal dekat sliding door wardrobe. HEHE. Comel jugak! ^___^
Kemudian dapat last minit idea untuk menggunakan props sedia ada. Maka terhasillah gambar dibawah ini. Bukan senang nak handle budak yang suka gerak - gerak macam ulat nangka ni. Kena puji - puji dia handsome barulah dia nak duduk diam 5 saat. Haih! '-____-
Comel tak saya? HEHE!
Wishes untuk birthday boboiboy!
Balik dari kerja, suami terus masuk bilik untuk letak kot and everything. Then bila dia terpandang sliding door wardrobe, terus dia tersenyum - senyum tersipu - sipu alahhh comel sangattttttt! Tak cakap apa - apa tapi senyum memanjang sampai meleret - leret mulut. Okay adegan seterusnya takpayahlah aku tulis. Engkau orang budak - budak lagi. Tak faham! HAHA!
Kek marble warna - warni yang alhamdulillah sedap sedunia. ^___^
Lepas Isya' berkumpul dengan family Auntie Wah dan abah selaku ketua keluarga memulakan majlis doa selamat dan kesyukuran untuk suami. Memohon suami diberikan kesihatan baik yang berpanjangan dan sentiasa mendapat rahmat yang Maha Esa. Sepanjang bacaan doa anak aku memang mencabar kesabaran betul. Kejap - kejap dia berjoget, kejap nanti dia terbaring sambil goyang - goyang kaki, kacau nasi lah airlah haihhhhh kecik besar kecik besar aje aku tengok. Behave 2 nanosaat aje. Lepas itu jadi ulat nangka semula! Teringat masa birthday suami tahun lepas, budak ulat ni cuma pandai mengesot - ngesot aje!
Lepas habis bacaan doa, suami potong kek yang dibuat dengan penuh kasih - sayang tu tadi. Suami memang pemalu, puas aku suruh dia posing sambil senyum tengok kamera. Tapi taknak jugak. Pemalu. Macam aku jugak. HAHA.
Feat. Adam dan Kitty Kepamnya!
Close up sikit wajah kesayangan hamba. -____-"
Sumpah kek ni sedap! Milky habis rasa dia! Nyumnyum!
Menu malam ni adalah Nasi Ambeng. Memang terbaik dari ladang. Ayam masak kicap, sambal goreng, serunding, keluban (Ada yang panggil urap pucuk ubi) Mee hoon goreng dengan ikan kering bulu ayam goreng. Uihhhhhh sedapnyaaaaaaaa! Emak dah siap - siap bungkus dalam kertas pembungkus nasi. Tak payah susah - susah nak basuh pinggan lepas itu. HEHE. Okay sebenarnya emak sedia maklum anak dia terlalu pemalas juga untuk membasuh pinggan. '-____-
Nasi Ambeng. Nyumnyum!
Alhamdulillah. Lepas makan semua pun kenyang dan penuh kegembiraan. Adam sampai comot satu badan sebab makan dan minum dalam masa yang sama. Sabarlahh sabar. Budak kecil memang macam itu. Sabarlah banyak - banyak emaknya. HAHA. Lepas makan nasi, makan kek birthday dengan buah tembikai merah pula. Sumbat 2,3 keping sampai rasa betul - betul kenyang. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki Allah.
Oh hadiah untuk birthday suami kali ini aku dah beri awal - awal dulu. ^___^ Advance birthday present. HEHE.
Suamiku,
Selamat hari lahir yang ke 30, sayang. Teruslah menjadi imamku. Berikanlah aku dan anak - anakmu hidup yang baik. Tidak mewah pun tidak mengapa asalkan engkau sentiasa mahu berusaha. Teruslah menjadi imam kepadaku dan kepada anak - anakmu. Terima kasih suami, kerana engkau memilih untuk menghabiskan hidupmu yang seterusnya bersamaku.
Yang tulus ikhlas menyintaimu,Isterimu yang tercantik sedunia.
Dah. Babai!
20 comments:
woo,happy birthday!
btw,cik pun bunga mmg kreatif habess :)nice entry !~
Happy besday~ May Allah bless u and ur family~
adam tu comel lah. macam papa ye? hahaha kak, untung suami dapat isteri cam akak. penuh kasih sayang. cuma gangster sket je! kehkehkeh!
sweet nye kad2 tu
Sweet nyer...Please say happy birthday too..
weeewittt happy birthday untuk husband akak gojes! semoga dimurahkan rezeki..
wah wah maju siap buat kek marble lagi. nanti share resipi ye. DIY birthday card tu pun comel. i like everything you've prepared for your husband! thumbs up akak!
happy birthday to ur hubby..bertuah dia dpt isteri yg bkn sj cantik sedunia romantik plak tu :)
sweeettt sangat!
alhamdulillah... semuanya nampak istimewa dan pastilah istimewa utk y teristimewa.. semoga kehidupan sekeluarga tambah bahagia bersama2 kasihsygNya..;)
p/s: bermakna betul kitty tu ya.. hehe
suka gerak - gerak macam ulat nangka- haha.xleh blah statement utk adam.ehehe..
romantiknya!
alahh..suwittt nye..rase nak kawen sekarang jugak..boleh wat serprise untuk suami mcm ni..
@Nurul Nadiah KarimTerima kasih. Oh taklah kreatif sangat. Cuma save budget saja! ^____^
@Innanie | AriffinKau kata akak gangster! PANGGGGGG!!
Hehehehehehe! Terima kasih!
(Lepas lempang orang cakap terima kasih pulak!)
@twinkle twinkleTerima kasih! ^____^
@ZYASHTerima kasih! ^____^
@Bella BellitosOkay nanti akak share recipe tu. Senang bangat! HEHE!
Terima kasih! ^____^
@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyTerima kasih! ^____^
Malunya! HEHE!
@NaddyThanks weh! HUHU!
@nur easyDimana ada Adam, disitu ada Kitty! Kembar tuh! HAHA!
Terima kasih! ^____^
@sailaafAdam memang sebijik macam tu! HAHA!
Terima kasih! ^____^
@♥CIK SHA♥Amin! HAAAA silalah kawen cecepat ye! HEHE!
Terima kasih! ^____^
Post a Comment