Assalamualaikum
Bertabahlah wahai kawan - kawan sekalian kalau semenjak akhir - akhir ni aku selalu update pasal makanan dalam blog ni. Mungkin ada yang dah start rasa menyampah. Poyo! Masak benda remeh pun nak update hari - hari! Mungkin begitulah kan dialognya. Tapi seriously aku tak kisah sebab I'm happy doing it! KEHKEH! Aku terasa sungguh berbangga dapat memasak untuk suami, abah and Adam sepanjang ketiadaan emak, sumber inspirasi makanan kami sekeluarga. Walaupun agak sukar untuk Maklong digest dalam kepala otak dia bahawa aku memang boleh memasak (Ceh sentap betul aku!) aktiviti memasak tetap diteruskan seperti biasa. Silalah kagum.
Aku tengok abah pun berselera besar makan apa yang aku masak. Sejuk hati. KEHKEH. Hari ni pukul 9.45 pagi dah start masak. Lauk yang aku dah fikirkan sejak dari malam tadi sebelum tidur. Penuh perasaan aku pesan dekat suami yang dah mamai - mamai tu suruh dia belikan aku telur puyuh esok pagi. Penuh keazaman betul ni! HAHA! Mula - mula ingat nak buat nasi lemak, tapi kensellah. Nanti gemuk. KEHKEH. Geli betul!
Akhirnya dalam masa lebih kurang 1 jam setengah, siaplah lauk makan untuk tengahari. Sayur lemak kobis, sambal tumis telur puyuh dengan ikan kering bulu ayam. Orang Jawa kata Gereh Jentir. Eksotik kan nama dia? HAHA. Suami pukul 11 lebih aje dah sibuk ajak makan. Sedap dia kata sambal tumis aku. Pheww! Tak sia - sia tangan pijar bila rendam cili kering tadi! HAHA!
Macam biasa. Serve atas dulang. Baru datang aura perempuan Melayu terakhir. HAHA!
The Famous Javanese Sambal Tumis featuring telur puyuh. Yummy!
Sayur lemak kobis. Yang ni kan sedap betul! HAHA! Tak percaya first time masak boleh sedap!
Walaupun blog akhir - akhir ni dah jadi macam Kakak Sepsi Suraya Sulatin punya blog sebab asyik update pasal makan aje, tapi tak niat pun nak ambik alih takhta blog makanan paling geram dia. HAHA. Excited kan bila memasak untuk someone lepas tu dia makan dengan penuh berselera sekali. Alhamdulillah. Tekak suami pulak bukannya tekak yang mencabar. Semua yang aku masak dia kata sedap. Ambil hati semata - mata atau apa, tak tahulah kan. Yang pasti, setiap kali memasak aku sungguh gembira sedunia. Lalu menghasilkan hasil makanan yang menterujakan! ^___^
Sabar eh sabar eh. Lagi 2 hari aje emak balik. Lepas tu engkau orang tak payahlah lagi terseksa menyampah aku update pasal makanan aje kan. Nanti emak dah balik, aku kembali malas memasak macam biasa! HAHA. Bolehlah fokus kepada projek jarum dan benang pulak! ^___^
p/s : Kalau nak rasa masakan aku, meh datang rumah. Tapi janganlah demand nak rendang rusa ke tenggiling masak gulai kawah ke apa. Bilis goreng campur belacan bolehlah! Hihi!
Dah. Babai!
26 comments:
wah...sdapnye CPB...dah la tngah lapar neyh..haih... ^_^
bleh blaja msak dgan CPB kOt lpas neyh...hehe...bab2 msak neyh...sya kureng skit..huu~~
grr sedap tuu.Sambal tumis telur puyuh mmg sedap! lagi-lagi tambah ulam-ulaman & sambal belacan..terliur rasanya huhuhu
jum singgah ;p
LATEST ENTRY : Kisah Lawak | Broken English Terlampau
ahahaha tak perlu risau readers menyampah update pasal makanan, sbb pasal makanan ni la sy suka baca blog sis lately ni. (cuti sekolah memang kerja makan je huhu). lemak kobis berpasangan dgn sambal tumis mmg pasangan yg ideal! sdp2!
memang mencabar tekak betul la nampak sambal telur puyuh tu.saje je bagi perut lapar ni menjerit-jerit.
ikan kering bulu ayam tu mmg favorite lah!tu la satu2nya ikan kering yg dd makan.hehe
yeh!!! weekend ni aku balik johor kalau dan aku nak rasa ko masak okeh!! yippie...
@miZz sYirAhHahaha teruja tak? ^____^
@miZz sYirAhWehhh awak ingat saya pndi masak sangat ke? Huhuhuhu! Ni testing - testing 123! Huhuhuhu!
@Cik StrawberryUlam dengan sambal belacan takde! Ngehngeh!
@Klo DyaNasi mmg bertambah2! HAHAHA! (Lepas tu gemuk! Kehkeh!)
@dd.hasnidarIkan kering tu kalau goreng campur tepung memang rasa dia terbaik satu dunia! Rangup! SEDAP!
@Rai BOLEH BOLEH BOLEH! ^_____^
Tapi aku pemalu tau! HUHUHUHU!
Hahaha. baru dalam hati kata,'Eh budak ni nak caras aku ker apa ni?' Skali ada link nama Kaksu! Hahahahha. Tau2 jer apa dalam otak aku ni kan?????
@Chooyaya!Kehkehkeh blog bangga diri saya ni mana boleh transform jadi blog mamam mamam. Itu trademark kak su! HAHA!
konpem sedapppp...
nakkkk..
ohoho..sedapnyer tgk sambal telur kamu dik.akak teringin la pulak.nnt akak blk johor akak cr kamu.masakkan sambal ye?
hehehe,,praktkum kt batu pahat nnti roger2 laa time weekend,hahah
@saya_ariefMehlah datang Batu Pahat! ^____^
@Lydia Miza(Aidyl Azim)Alhamdulillah. Tak mengecewakan kak rasa dia. HEHE. Eh kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan! Mehmeh!^____^
@.cik yaya.Haaaa hokeh hokeh! ^____^ Next year kan? Orait!
bila nak masakkan utk aku nih?
lama dah tunggu.dari bujang sampai tukar title puan.hehe..
nnt masak sambal telur tu hantar rumah ye.terima kasih!!!
"aunty,nak sambal telur ye!" <--ni baby ckp. ^_____^
@-[DeeYA]-Alahai kalau baby yg request tak sampai hati auntie nak tolak! HUHUHU! nati eh baby, weekend ni insyaallah auntie masakkan! ^____^
masakan jawa mmg besttttttt...(puji kaum kerabat sendiri) hahahhahah
lg2 ikan kering tu...terbaikkkkk!
@zella yKan? Simple tapi sdap2! HEHEHEHE Ikan kering? GEREH MEMANG SEDAP! ^____^
kobis masak lemak dengan apa-apa benda yang masak sambal memang kombinasi terbaik dan termantop! terliur saya baca entry akak.. hehe
@nnBetullah kan? Sambal tu mmg pembuka selera lawan dengan apa2 masak lemak memang terbaik! Hihi!
Post a Comment